Monday, 21 May 2012

Wardina Melenting bila dikataken bergiat aktif dgn politik

PANASS!! Lagi Kisah menarik Mengenai Wardina!!




Saya nak tegaskan, apa yang ditulis di blog-blog mengatakan saya akan masuk parti politik lah, giat aktif dengan parti itu parti ini, itu semua adalah tidak benar sama sekali! Macam manalah mereka boleh tahu, sedangkan saya sendiri tidak tahu mengenai perkara ini. Suami saya pun tidak tahu yang saya nak ceburi politik. Mengarutlah!",

Begitulah kata selebriti Safiyyah Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot, 33, dengan nada tegas ketika dihubungi baru-baru ni.

Personaliti TV3 ni diminta mengulas sejauh mana kebenaran mengenai spekulasi dia bakal bertanding mewakili sebuah parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, tidak lama lagi.

Sejak setahun lalu, bekas pengacara rancangan Malaysia Hari Ini itu sering melibatkan diri dengan program-program berbentuk politik di samping turut agresif memberikan pandangan dan komen mengenai topik dan perkara yang berkaitan dunia politik tanah air menerusi di laman sosial Facebook dan Twitter.

Malah, ekoran satu balasan mesej Twitter kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sikit masa dulu, blog Siasah Daily pernah menulis Wardina kononnya akan bertanding di kerusi Lembah Pantai menentang menteri wanita tersebut.

Terbaru, sekitar April lalu nama Wardina sekali lagi di sebut-sebut, sebagai calon PKR untuk PRU 13 dan bakal bertanding mewakili DUN Kota Damansara.

Bertanyakan hal berkenaan, ini sambungan penjelasan ibu kepada tiga cahaya mata ni,

"Saya ingin tegaskan sekali lagi, segala apa yang ditulis di dalam blog-blog itu tidak betul. Saya tak ada masa pun nak jadi ahli politik. Saya tak minat. Tak pernah terfikir dan bercita-cita pun. Dan saya tidak akan menjejakkan kaki dalam kancah itu",

Sebab lagipun saya sedih melihat senario politik negara kita hari ini sangat mengecewakan. Bangsa kita bergaduh sesama sendiri, mencaci dan menghina seperti tiada adab. sangat menyedihkan. Saya rasa saya tidak berkepentingan untuk menceburi mana-mana parti politik. Saya tak mendaftar dengan mana-mana parti pun, ujarnya dengan panjang lebar.

Bagaimanapun Wardinah tidak menafikan dia kini bergiat aktif menjayakan kegiatan yang dijalankan oleh beberapa NGO dengan memberi ceramah serta berkongsi pandangan bersama pelajar-pelajar institut pengajian tinggi juga di luar negara.

Serta secara tidak langsung dia juga sering bekerjasama dengan parti-parti politik.

"Saya tiada masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik. Saya akui saya banyak kenalan dari kalangan mereka yang giat aktif dalam parti misalnya orang-orang PAS. Saya juga banyak kenal orang-orang PKR. Tapi tidak bermakna saya perlu menceburi bidang politik.

Dalam perkembangan lain, Wardina baru saja pulang dari United Kingdom menjayakan program anjuran persatuan mahasiswa gabungan kelab UMNO dan IKRAM di sana.-

mc

No comments:

Post a Comment

Others Blog Archive