Friday, 25 May 2012

PENYAKIT TERSASUL MELANDA PEMIMPIN PAKATAN! SATU WABAK!!

PENYAKIT TERSASUL MELANDA PEMIMPIN PAKATAN! SATU WABAK!!

PEWARIS ANAK BANGSA
25hb mei 2012 GEORGETOWN – Ketua Menteri, Lim Guan Eng menafikan bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh ada mengeluarkan kenyataan mengenai perjuangannya untuk memastikan bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata,Karpal tersasul ketika mengeluarkan kenyataan di khalayak ramai dan ia diputarbelit oleh sesetengah media sehingga menjadi isu besar.
“Beliau (Karpal) tersasul ketika mengeluarkan kenyataan dan saya rasa ia tidak perlu diperbesarkan. Ini hanya satu propaganda oleh sesetengah media sehingga ia menimbulkan keresahan kepada rakyat.
“Sesetengah media yang ‘dipegang’ oleh sebuah parti ini hanya tahu memutar belit  fakta sahaja, padahal Karpal hanya tersasul,” katabeliau kepada media hari ini.
Menurutnya, DAP dan Pakatan Rakyat (PR) masih berpegang teguh dengan pendirian bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi Perdana Menteri jika PR menakluki Putrajaya kelak.


Berapa banyak tersasul sampai panjang bebnor ayat kenyatan Karpal tu. Kalu tersasul, kenapa bukan Karpal sendiri buat kenyataan membetulkan KESASULAN tu? Kenapa pul Lim Guan Eng membuat kenyataan mewakili karpal Singh?

KUALA LUMPUR 23 Mei – Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan, selagi hidup, beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.
Menurutnya, meskipun ketika ini pakatan pembangkang bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon paling layak memegang jawatan nombor satu negara, namun beliau secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang oleh calon bukan Melayu.
“Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas kenyataannya dalam beberapa laporan akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini tentang beliau menamakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai bakal Perdana Menteri, Karpal mengakui tersilap menyebutnya tetapi tetap menegaskan calon bukan Melayu akan menyandang jawatan tersebut suatu hari nanti.
“Saya akui tersasul menyebut menamakan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri tetapi buat masa ini, kita (pakatan pembangkang) sepakat untuk pilih Anwar jika menang pilihan raya nanti,” jelasnya.
Menurut Karpal, tidak termaktub dalam Perlembagaan negara yang menyebut hanya orang Melayu dibenarkan menjadi Perdana Menteri.
“Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini,” tegas beliau.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Kota Alam Shah, M. Manoharan turut senada dengan Karpal yang mahu melihat bukan Melayu memegang jawatan Perdana Menteri.
Kata beliau, tidak ada salahnya mana-mana kaum di negara ini menyandang jawatan tersebut. – Utusan Malaysia
Andailah Karpal Singh TERSASUL PANJANG. M.Manohara pula TERSASUL SOKONG ker? Betulker tersasul ni? LANGKAH MAYAT tu tersasul jugaker?
Adalah lebih baik bukan Lim Guan Eng membetulkan kenyataan yang dibuat oleh Karpal Singh. Empunya badan dan mulut membuat pengakuan terbuka. Memperakui kenyataannya dalam keadaan SEDAR atau memang benar TERSASUL seperti dakwaan ketua Menteri Pulau Pinang tersebut.
Penyakit TERSASUL kot melanda pemimpin pakatan ni. Sebelum ini Presiden PAS juga membuat kenyataan bahawa SALAH LAPOR berkenaan MUZAKARAH. Mengatakan TIDAK AKAN ADA MUZAKARAH PAS-UMNO.  Dalam masa yang sama Nik Aziz TERBABAS masih kata tetap adakan MUZAKARAH dengan UMNO walau UMNO tidak mahu . Waaaahhh apa dah jadi? Adakah ini juga MAKBULnya solat HAJAT yang dibuat oleh PAS dahulu?
TerSASUL Anwar cerita PTPTN. Penyakit LUPA kelulusan PTPTN itu zaman dia  menjadi timbalan Perdana menteri. Lim Guan Eng ketika itu bersetuju dan menyokong.  Banyak sangat TERSASUL, LUPA menjangkiti dan menyerlah penyakit sejak akhir-akhir ini. Kenapa ya?

Agaknya penyakit LEMAH ini kerana TEKANAN PERASAAN melanda kepimpinan Pakatan pembangkang yang melihat ROAD TO PUTRAJAYA semakin berliku-liku. Jambatan nak direntasi  semakin sulit nak lalu.  Kalau Pakatan Pembangkang di Sabah menggunakan kata kebiasaan orang Sabah sebagai slogan mereka "INI KALILAH" pu3 jawablah ya. "JANGAN MIMPILAH"
selepas ini siapa lagi akan terjangkit penyakit LEMAH in dalam kepimpinan Pakatan ya ? Jangan kata tak ada. memang ada. Khalid Gagap asyik LUPA macam mana rupa SAMPAH yang berlambak di selangor. Nik Aziz LUPA warna JERNIH air bersih.  Azizan LUPA PUB tumbuh bagai cendeawan kat kedah. Lim Guan Eng LUPA hal bahagian tanah Masjid di Pulau Pinang. Jeffry Kitingan LUPA duit Rakyat Sabah dia bawa lari ke Hong Kong dulu. Wan Azizah terlupa mana letaknya jam OMEGA. opppsss.. ada kat rumahlah. Rafizi lupa tadika PASTI ada bayaran. lor! bukan penyakit baru rupanya. dah berdekad penyakit ini ada dalam kepimpinan Pakatan. Penyokong mereka je TerLUPA !
Pu3 tak akan LUPA dan sentiasa akan mengingatkan rakan UMNO yang lain. Insyallah. 

No comments:

Post a Comment

Others Blog Archive