Benarkah Petronas Beri Wang Pada Anwar?
Benarkah Petronas Beri Wang Pada Anwar?
Buku dalam talian The ‘I’ Files oleh Jonathan Smith yang membongkar
kisah-kisah Anwar kini mula diperkatakan umum. Seperti yang penulis
sentuh sebelum ini, iaitu kebanyakan kisah yang diceritakan adalah
rahsia umum, setidak-tidaknya bagi para pemerhati politik veteran
seperti penulis.
Kisah Anwar kahwin lari, bapa Wan Azizah
mengamuk ingin menembak Anwar bukanlah sulit walaupun mungkin ramai
anak-anak muda hari ini belum pernah mendengarnya. Malah, kisah-kisah
bagaimana beliau ditaja oleh kumpulan ektremis Islam, pendokong Wahhabi
juga sudah pernah didedahkan.
Penglibatan beliau dengan
International Institute of Islamic Thought (IIIT) sememangnya diketahui
ramai. Apa yang menarik ialah Smith tidak pula (atau belum lagi)
menghuraikan berkenaan IIIT secara terperinci. Kita percaya bahawa
lokasi IIIT di Langley, yang juga menempatkan pejabat CIA bukanlah satu
kebetulan. IIIT adalah diwujudkan oleh CIA. Menurut beberapa sumber,
hasil penyelidikan pemikiran umat Islam oleh IIIT digunakan oleh CIA
untuk memanipulasi, melaga-lagakan dan memusnahkan negara-negara Islam
secara halus dan tersusun.
Melalui IIIT juga diwujudkan Muslim
fanatik, Muslim liberal di seluruh dunia bagi mengekang Muslim
fundamental iaitu yang berfahaman sederhana selaras dengan ajaran Islam
sebenar.
CIA tahu bahawa Muslim fanatik akan secara automatik
akan bertelagah dengan Muslim fundamental. Jika perlu, CIA akan
menimbulkan isu melalui agen-agen mereka di negara-negara berkenaan,
menyemarakkan kebencian sehingga memabawa kepada kekecohan dan mungkin
juga perang saudara dan pemberontakan.
Apabila negara-negara
Islam mula lemah akibat pertelagahan sesama sendiri, barat akan memberi
sokongan, bantuan malah dana untuk mengembangkan fahaman liberal di
negara-negara tersebut melalui berbagai sudut, bentuk dan cara.
Maka kita wajar faham bahawa tajaan wang yang dikatakan diterima oleh
Anwar dari kumpulan ektremis Islam tadi adalah berakar umbi dari barat,
iaitu CIA juga - mungkin pada ketika itu, tanpa disedari oleh Anwar
mahupun kumpulan-kumpulan ektremis Arab itu sendiri.
Yang
jelasnya, hari ini, kita tahu bahawa Anwar memang cukup sedar mengenai
tangan-tangan CIA di dalam IIIT. Tidak mungkin beliau tidak tahu
kedudukan sebenar apabila namanya terletak sebaris dengan tokoh-tokoh
Yahudi Zionis dan Muslim liberal di dalam beberapa pertubuhan yang
berkait rapat dengan CIA.
Selain wang dari kumpulan ektremis
Islam, Smith menyebut satu lagi punca kewangan Anwar yang mungkin belum
pernah diketahui sebelum ini, iaitu Petronas.
Dan bagi pihak
rakyat Malaysia keseluruhannya, penulis yakin inilah yang menjadi
persoalan utama yang timbul dari 4 bab buku ini.
Menurut Smith,
data kewangan Petronas yang memusykilkan telah pun dibawa ke
perhatiannya lama sebelum Anwar mula menunjukkan warna sebenar kepada
Malaysia. Pada mulanya, pekerja bawahannya telah mengesan penjualan
minyak petronas dalam jumlah yang kecil, tetapi di bawah harga pasaran.
Namun, beliau telah menganggap bahawa ianya terlalu kecil untuk dikesan
atau diberi perhatian pada waktu itu.
Nama Hassan Marican
kemudiannya muncul di dalam fail risikannya pada tahun 1990, sebagai
seorang yang berkait rapat dengan Anwar yang merupakan juniornya di
MCKK. Menurut rekod juga, bapa Hassan pernah bekerja dengan bapa Wan
Azizah pada tahun 1970an. Anwar dikatakan membawa Hassan masuk ke
Petronas dan menolaknya terus ke tampuk kuasa tertinggi syarikat
tersebut pada 1995.
Tun Dr. Mahathir agak sangsi pada mulanya
kerana Hassan baru berumur 43 tahun pada waktu itu, bagaimanapun, beliau
mempercayai penilaian Timbalannya lalu bersetuju dengan perlantikan
Hassan.
Memainkan harga minyak hanyalah perkara kecil bagi
kedua-dua bekas MCKK ini. Apa yang lebih hebat ialah bagaimana mereka
membentuk rangkaian yang melibatkan pembinaan, pembelian dan
perkhidmatan melalui Petronas yang bernilai berbillion pound.
Dana dari rangkaian Wahhabi/CIA dan Petronas serta entah berapa billion
lagi dari berbagai sumber lain itulah yang digunakan oleh Anwar Ibrahim
yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada waktu
itu, untuk membina sokongan dan empayar tersendiri sekali gus,
menjatuhkan Tun Dr. Mahathir.
Memandangkan Wahhabi atau CIA
bukanlah perkara yang dekat dengan rakyat Malaysia, maka kita letakkan
dua perkara ini ke tepi dan biarlah Anwar atau kerajaan atau entiti yang
lebih besar menangani mereka.
Sebagai rakyat marhaen, kita
hanya ingin tahu apakah benar Petronas telah secara tidak langsung
menaja seorang pengkhianat, peliwat dan penzina untuk menjadi Perdana
Menteri negara kita? Dan benarkah Hassan Marican terlibat sama?
Petronas dan Hassan wajib menjawab kemusykilan rakyat.
No comments:
Post a Comment