Nurul Izzah mendakwa mendapat maklumat bahawa ada pihak akan mengadakan
kekacauan di rumah Ambiga esok. Sehubungan itu Nurul Izzah yang tak
habis-habis menyalahkan PDRM semasa peristiwa BERSIH 3.0 membuat laporan
polis bersama lembu-lembu yang lain seperti Khalid Gereja dan Dr Dzul.
Persoalannya yang timbul, sejak beberapa hari lepas, pihak polis
sentiasa memantau rumah Ambiga kerana demo yang diadakan di hadapan
rumah Ambiga. Pastinya pihak polis tidak mahu terlepas pandang dalam
menjaga keselamatan Ambiga kerana dikhuatiri sesuatu yang buruk berlaku
semasa demo di hadapan rumah Ambiga.
Jadi maklumat mana yang didapati Nurul Izzah mengenai serangan yang akan
berlaku di rumah Ambiga sebenarnya banyak bercorakkan kepada taktik
bapanya yang melarikan diri ke Kedutaan Turki.
Apabila sudah tersepit dan tiada jalan keluar, maka cerita-cerita karut
mula timbul. Sebelum ini pun taktik ini memang menjadi kegemaran Pakatan
Rakyat. Taktik ini digunakan Ambiga dalam menghentikan acara demo di
hadapan rumahnya.
Benar atau tidak tidak diketahui tetapi apa yang pasti sememangnya
bodohlah rakyat jika sentiasa mempercayai sandiwara basi Nurul Izzah dan
Pakatan Rakyat!
Ini antara pelakon-pelakon taktik basi dipukul, diserang, diugut bunuh dan lain-lain ancaman dalam Pakatan Rakyat.
|
Mendakwa terima ugutan bunuh |
|
Mendakwa dipukul 20 orang |
|
Mendakwa dipukul polis sampai nazak |
|
Mendakwa dipukul 20 orang pegawai JAIP |
|
Mendakwa diserang polis semasa BERSIH 2.0 |
|
Mendakwa terima ugutan bunuh |
|
Mendakwa ada ugutan bunuh |
Jika hendak disenaraikan semua sampai besok pun tak habis...
No comments:
Post a Comment