Fakta Mengenai Finland Yang Disorok Oleh Rafizi
Seperti yang saya kata pagi tadi, Rafizi datang semalam bukannya
dia nak berdebat pasal PTPTN pun dengan KJ. Dia nak ambil kesempatan
diatas siaran langsung untuk berceramah menghentam BN dan menonjolkan
dirinya.
Malah lebih teruk lagi dia sanggup berbohong sebagaimana dia kantoi
dengan KJ semalam berhubung apa yang dia kata pendidikan percuma di
Turki.
Dalam ceramahnya semalam Rafizi memuji negara Finland kerana
memberi pendidikan percuma. Dia juga kata cukai di Finland lebih rendah
dari Malaysia. Mengikut seorang pembaca yang hantar komen , apa yang
dikatakan Rafizi itu tidak benar. Katanya cukai di Finland lebih
tinggi dari di Malaysia. Saya tak berani nak komen lagi mengenai perkara
tersebut kerana saya tak jumpa nas-nasnya lagi.
Apa yang saya nak kongsikan bersama anda adalah mengenai Finland yang tidak diceritakan sepenuhnya oleh Rafizi malam tadi.
Rafizi kata Finland bagi pendidikan percuma, manakala Malaysia pula penuntut perlu buat pinjaman PTPTN.
Sekarang mari kita lihat perbezaan antara Finland dan Malaysia dan kenapa mereka boleh beri pendidikan percuma...
Merdeka
Finland - 1917
Malaysia - 1957
Bilangan Rakyat
Finland - 5,375,276 (2010)
Malaysia - 27,565,821 (2010)
Pendapatan Negara Kasar
Finland - USD 253 bilion (2010)
Malaysia - USD 242 bilion (2010)
* RM 727 bilion / 3.0 = USD 242b
Inilah yang KJ katakan Rafizi berceramah kemudian bandingkan apel dengan rambutan.
Finland yang merdeka 40 tahun lebih awal dari Malaysia dan sebuah negara
maju serta dikelilingi negara maju dan berada EU, maka sudah tentulah
mereka mempunyai pendapatan yang baik dan mampu memberi pendidikan
percuma.
Sebab apa dia mampu beri pendidikan percuma ?
Sebab rakyatnya hanya 5 juta....
Kita pula rakyat 27 juta.....
Cuba anda bayangkan dengan hanya rakyat 5 juta, berapa kerat sangat yang masuk universiti setahun ? Bolehlah mereka percuma.
Kalau Malaysia yang berada di tempat Finland dengan pendapatan dan
rakyatnya seperti itu, jangan kata beri pendidikan tinggi percuma ,
kereta , rumah sampai ke bini atau laki pun kerajaan BN boleh bagi
percuma.
Pendidikan yang tak percumanya di Malaysia hari ini adalah pendidikan
tinggi. Pendidikan rendah dan menengah semuanya percuma. Pendidikan
tinggi pun masih ada harapan untuk dapat percuma, dengan syarat pelajar
lulus dengan baik. Segala pinjaman akan bertukar menjadi biasiswa. Kalau
belajar setakat kelas Adam Adli dan Khalid Ismeth ataupun geng-geng
semahasewelnya, jangan haraplah nak dapat percuma.
Kadangkala saya pun terfikir juga bahawa kerajaan BN yang perintah
negara hari sebenarnya gila. Apa tak gilanya, kalau dari lubang rahim
ibu hingga ke lubang kubur semuanya boleh dapat bantuan kerajaan. Di
Finland apakah anda ingat rakyatnya boleh lahir anak di hospital dengan
bayaran belasan ringgit sahaja ? Jangan haraplah....
Di Malaysia beranak kena bayar belas-belas ringgit sahaja. Kalau ada
duit bayar, tiada duit tak payah bayar. Kemudian bidan pula mari ke
rumah periksa anak sihat atau tidak. Siap timbang lagi....
Anak nak membesar cucuk itu, cucuk ini, vitamin itu, vitamin ini, ubat
kutu dan macam-macam lagi. Kemudian masuk sekolah pula, dapat duit untuk
beli pakaian dan alatan persekolahan. Tak cukup boleh pergi jumpa wakil
rakyat. Buku teks percuma, yuran percuma. Dah masuk sekolah, datang
pula jururawat dan doktor gigi untuk periksa gigi agar tidak buruk dan
siap ajar lagi cara gosok gigi. Sampailah ke sekolah menengah....
Habis sekolah nak masuk universiti, dapat pula pinjaman. Kalau lulus
elok pinjaman bertukar jadi biasiswa. Kalau tak lulus kena bayar. Kalau
tak boleh bayar datang bincang. Kemudian nak berniaga, berebut
peluang-peluang perniagaan dari kerajaan atau swasta. Dapat projek
kerajaan atau swasta , tiada duit nak buat modal, boleh pula pinjam
dengan kerajaan. Dah habis projek dapat bayaran, duit yang dipinjam
dipulang balik dengan jumlah yang dipinjam, kalau ada pun sedikit caj
pentadbiran. Duit untung kau dapat semua, kerajaan tak minta pun.
Ish...ish...ish....kalau nak cerita satu persatu tak habis beb.... Bila
dah bertaubat nak pergi haji, bayar RM 10 ribu sahaja. RM 4 ribu subsidi
pula.. Bila dah tua dapat pula bantuan JKM. Mati pula, kalau tiada
duit nak uruskan jenazah tidak menjadi masalah. Wakil rakyat atau
wakil-wakil kerajaan berada dimana-mana sahaja untuk menolong.
Itu belum lagi dikira subsidi beras, gula , minyak , susu dan barangan subsidi lain lagi.
Satu lagi tertinggal , duit BR1M pun boleh dapat....
Opsssss satu lagi, FELDA...FELDA....itu anda huraikan sendirilah apa
benda yang peneroka dapat dari mula mereka masuk ke tanah rancangan
sampai ke hari ini.
Pendek kata di Malaysia ini tiada orang mati tak makan, melainkan mati
terlebih makan. Mewahnya kita hari ini kerana duit senang dapat sekarang
ini.
Hari ini Tabung Haji Travel bawa orang pergi umrah bukan lagi guna
penerbangan komersial. Tak cukup tempat duduk dalam penerbangan
komersial . TH Travel kena sebiji kapal terbang khusus untuk bawa orang
Malaysia pergi umrah. Begitulah gambaran banyaknya duit orang Malaysia
hari ini sampaikan berduyun-duyun orang boleh pergi umrah.
Tetapi masih ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak reti bersyukur
dengan kenikmatan yang kita kecapi. Cuba undurkan kebelakang balik dan
renungkan kehidupan kita 10 , 20 , 30 ,40 atau 50 tahun yang lampau. Apa
yang kita ada dan bagaimana kehidupan kita pada masa itu dan apa yang
kita ada serta kehidupan kita masa kini.
Adakah benar kerajaan yang memerintah negara hari ini zalim, kejam dan kuku besi sehingga mereka layak dipanggil regim ?
Kalau ikut cerita Anwar ekonomi negara ini akan hancur sejak sehari
selepas dia dipecat September 1998. Dah 14 tahun dia ulang cerita yang
sama, ekonomi teruk, rasuah, penguasa zalim , kejam dan sebagainya. Tapi
Alhamdullilah sehingga ke hari ini rakyat dan negara Malaysia semakin
hari semakin maju dan hidup rakyat pun semakin bertambah baik dari tahun
ke tahun.
No comments:
Post a Comment