BEZA ANTARA 2 ORANG PEMIMPIN .........
Apa sumbangan mereka kepada kemajuan rakyat .....???
Tun Mahathir : 22 Tahun sebagai PM ......
Membangunkan Malaysia sehingga ke tahap seperti pada hari ini. Daripada menghasilkan kereta nasional hinggalah adanya LRT, Monorel ...... tak terhitung jasanya ......
Pada tahun-tahun awal pentadbirannya, Dr Mahathir telah melancarkan Dasar Pandang ke Timur, di mana kerajaan berpaling kepada negara-negara Timur yang maju seperti Jepun dan Korea Selatan untuk tujuan usaha sama, perdagangan, pendidikan tinggi dan aspek-aspek lain yang difikirkan bersesuaian. Lebih kurang pada masa yang sama, Dr Mahathir memperkenalkan kempen "Bersih, Cekap, Amanah" yang bertujuan meningkatkan produktiviti dan menanamkan etika kerja serta usaha ke arah kecemerlangan. Menyusul selepas itu ialah kempen "Kepimpinan Melalui Teladan" yang berhasrat memupuk sifat-sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan kakitangan Kerajaan. Barangkali, sumbangan Dr Mahathir yang paling signifikan ialah idea dan inisiatifnya dalam membawa Malaysia dari sebuah ekonomi berasaskan pertanian kepada yang berasaskan industri, pada pertengahan 1980an. Berikutan langkah berani dalam percubaan menyaingi negara-negara maju (seperti terbukti dengan penubuhan HICOM dan pengeluaran kereta nasional pertama, Proton Saga pada 1985), Dr Mahathir memperkenalkan pula slogan "Malaysia Boleh" – yang pada hakikatnya bukan sekadar slogan kosong yang mahu mengatakan keupayaan Malaysia melakukan apa sahaja. Lebih dari sekadar slogan, Malaysia Boleh adalah konsep yang digunakan sebagai salah satu strategi ke arah mempromosikan Malaysia dan membuka rakyat Malaysia kepada dunia penuh peluang dan kesempatan. Lebih penting, konsep Malaysia Boleh adalah pernyataan keyakinan yang telah menjadi pendorong berkuasa tinggi, yang telah memungkinkan ramai rakyat Malaysia mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.
Pada 1990 Dr Mahathir melancarkan Wawasan 2020 – pelan sembilan cabaran yang menggariskan hasrat dan halatuju kerajaan dan rakyat Malaysia iaitu untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020. Taraf negara maju yang dibayangkan Dr Mahathir bukanlah yang meniru cara hidup di negara-negara maju yang ada ketika ini, tetapi yang berlandaskan moral dan nilai-nilai murni mengikut acuan Malaysia sendiri. Pada 1996 Dr Mahathir memacu Malaysia setapak lagi meninggalkan era ekonomi pertanian mundur, kali ini ke arah Zaman Maklumat, dengan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Ekonomi berasaskan pengetahuan yang dirangsangkan oleh pembinaan MSC adalah peringkat ketiga peralihan ekonomi Malaysia – yang akan membawa negara ke taraf negara maju menjelang 2020. Antara lainnya, projek MSC merangkumi aplikasi-aplikasi seperti kerajaan elektronik, tele-perubatan, dan kad pintar serbaguna.
Di satu hujung MSC terletak Lapanganterbang Antarabangsa Kuala Lumpur manakala di satu hujung lagi adalah KLCC, pembangunan gergasi yang menampilkan bangunan pejabat tertinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas. Juga terletak di sepanjang koridor ini adalah pusat-penyelidikan dan pembangunan berteknologi tinggi, dan Putrajaya, bandar pintar pertama di dunia yang kini menjadi pusat pentadbiran Malaysia. Kesemua projek berbilion-ringgit ini, dan juga projek kereta nasional pertama Malaysia serta projek-projek mewah yang lain seperti Menara Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang dan banyak lagi projek-projek bertaraf dunia, kerap menghadapi kritikan sewaktu ianya mula dilaksanakan. Namun Dr Mahathir bukanlah seorang yang berpandangan cetek, seperti katanya baru-baru ini: "Kita sudah biasa dengan orang yang mengatakan apa yang kita buat itu salah, tapi kini telah terbukti mereka patut menarik balik kata-kata mereka pada hari kemudian."
Nik Aziz : 22 Tahun jadi Menteri Besar ......
Memecahbelahkan umat Islam, mengkafirkan saudara seagama, penghalang perpaduan Melayu dan Islam, Negeri serambi Mekah yang mundur ....... tak ada apa jasa kepada rakyat ....... hanya sebuah masjid sahaja yang mampu dibina. Rakyat kelantan merempat mencari rezeki di negeri orang .......
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata sejak mengambil alih teraju pentadbiran negeri itu pada 1990, beberapa nama tokoh diabadikan pada nama jalan atau tempat di negeri ini.
"Selain memberi penghormatan kepada tokoh berkenaan, langkah itu juga dapat memberi pengetahuan dan sejarah kepada generasi muda mengenai peranan yang dimainkan oleh tokoh tersebut kepada masyarakat terdahulu, malah dapat mengangkat martabat dan jasa mereka kepada negara," katanya pada majlis ulang tahun ke-75 jubli intan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Perempuan, di sini hari ini.
Pada majlis itu, beliau dianugerahi Tokoh Jubli Intan sempena sambutan ulang tahun ke-75 sekolah agama itu.
Nik Abdul Aziz berkata, beberapa tempat ditukar dengan nama baru, seperti Pasar Pusat Buluh Kubu ditukar kepada Pasar Besar Siti Khadijah sebagai mengenang tokoh usahawan wanita di zaman Rasulullah S.A.W, Jalan Hospital kepada Jalan Abdul Kadir Adabi dan Jalan Pekeliling kepada Jalan Long Yunus dan Jambatan Tok Kenali.
Beliau kesal kerana ada pihak yang mempersendakan cadangan supaya Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) menamakan sebatang jalan di kawasan pihak berkuasa tempatan itu sebagai Jalan Tok Guru, kononnya untuk mengaitkan namanya sebagai pemimpin kerajaan negeri itu.
Sekadar tukar nama-nama jalan sahaja jasanya ........
Aku pun boleh. Lorong Haji Taib tukar nama kepada Lorong Nik Aziz ......
Mukhriz dikorban kerana anwar
-
Mukhriz adalah korban kerakusan cita² anwar. Pelik? Bagi sesetengah orang
mungkin pelik. Tapi jika anda ikuti episod panjang perseteruan
Anwar-Mahathir m...
4 years ago
No comments:
Post a Comment