Rakyat Menanti Dan Menanti Tarikh PRU-13??
RAMAI yang bertanya, bila pilihanraya ye?. Maka bermacam-macam cerita yang boleh kita dengar. Ada yang kata bulan Jun..Julai dan ada pulak yang kata lepas raya. Teka-lah, dan bermainlah dengan teka-teki. Masanya akan tiba juga.
Dan,
majoriti pengundi di Semenanjung Malaysia mahu daftar pemilih, yang
menjadi pertikaian pembangkang, bersih sebelum Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13), demikian menurut kajian terbaru kendalian Merdeka Center.
Kenyataan
dari media Merdeka Center bahawa seramai 92 peratus mahu daftar pemilih
dibersihkan. Itu mengikut kajian mereka. Tapi, apa yang difahamkan, SPR
telah menjalankan tugas mereka dengan penuh teliti dan sedang
diperbaiki dari masa kemasa. Oleh itu , kenapa sesetengah pihak
terutamnya pembangkang masih was-was dan ragu terhadap SPR?. Apa lagi
sebenarnya yang mereka nak?.
Begitu
juga dengan kenyataan dari Merdeka Center kononnya penemuan itu juga
mendapati bahawa hanya 44 peratus responden melahirkan keyakinan bahawa
proses pilihan raya di Malaysia adalah bebas daripada unsur-unsur salah
guna dan kepincangan manakala 49 peratus responden tidak yakin sama
sekali. IBM nak tanya, apa betul ke pekiraan mereka tu, atau saja nak
jadi 'batu api' supaya SPR tertekan dan ditekan oleh pihak pembangkang.
Cukup
le tu. Jangan nak cari salah orang. SPR telah menjalankan tugas mereka
dengan berkesan sekali. Ini adalah PRU yang ke-13. Bagaimana yang
lepas-lepas?....kenapa sekarang baru di pertikai?. Inilah soalan yang
timbul di kepala semua pencinta 'politik'. Mesti
ada sesuatu yang tak kena. Apapun, kita BN telah bersedia bila-bila
masa. Kita orang tak gentar dan tak kisah bila PRU ke-13 akan diadakan
kerana rakyat akan sentiasa bersama BN. Insyallah. ~ IBM
No comments:
Post a Comment