Akhirnya Terjawab Jua Kenapa Anwar Boleh Bebas Kes Liwat
Sewaktu kes liwat yang melibatkan Anwar dengan saiful hendak dibicarakan
pada 2008 dan 2009, Anwar bermati-matian menolak Peguam Negara , Tan
Sri Abdul Gani Patail sebagai ketua pendakwaraya.
Akhirnya Peguam Negara menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan dan menyerahkannya kepada Peguamcara Negara , Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.
Sepanjang perbicaraan berjalan, banyak kerenah Anwar dilayan oleh
pendakwaraya dan pihak pendakwaraya juga dilihat terlalu mengikut
kerenah pihak peguam Anwar. Banyak suara-suara sumbang ketika itu yang
menuduh Peguam Negara telah dibeli oleh Anwar dan Anwar akan bebas.
Akhirnya benar Anwar dibebaskan....
Dah bebas satu hal....kemudian nak failkan rayuan pun puas didesak.
Setelah desakan demi desakan , dah sampai saat-saat akhir sebelum tempoh
merayu tamat barulah rayuan dikemukakan oleh pihak pendakwaraya...
Kenapa kerenah Anwar dilayan ?
Kenapa Anwar bebas ?
Kenapa susah nak buat rayuan ?
Semuanya telah terjawab hari ini.....
Kemunculan bekas Peguamcara Negara , Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden
sebagai peguambela Anwar dalam kes rusuhan bersih di Mahkamah Sesyen KL
hari ini menjawab segala persoalan diatas.
Selamat maju jaya kepada Datuk Yusof. Nama dan khidmat Datuk selama
berpuluh-puluh tahun akhirnya tercalar begitu sahaja. Jangan salahkan
masyarakat jika mereka memandang Datuk sebagai api dalam sekam atau
gunting dalam lipatan, kerana Datuk sendiri yang dedahkan pekung busuk
Datuk selama ini.
No comments:
Post a Comment