Tuesday 22 May 2012

Negara akan Bankrap seperti Greece jika janji-janji yg dibuat oleh Pakatan Rakyat dilaksanakan

.SHAH ALAM, 23 Mei 2012 - Ketua Pemuda Umno Malaysia, YB Khairy Jamaluddin mendakwa negara akan menjadi muflis sekiranya janji-janji yang dibuat oleh Pakatan Rakyat dilaksanakan.

Menurutnya,, jika PTPTN dimansuhkan dan lain-lain janji di dalam buku Jingga dilaksanakan, tidak hairan Malaysia akan turut bankrap seperti yang berlaku di Greece.

“Negara akan muflis dalam dua hingga tiga tahun jika janji bulan dan bintang pembangkang dilaksanakan.

“Ini kerana negara dan rakyat terpaksa memikul beban perbelanjaan RM 188 bilion setahun. Belanjawan tahun ini RM 233 bilion. Tolak RM 188 bilion, tinggal RM 45 bilion. Hendak bayar gaji kakitangan awam pun RM 52 bilion. Bayar gaji pun tidak  mampu nanti, negara kita akan muflis," katanya.

Menurutnya lagi, janji-janji yang diutarakan Pakatan pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu masih belum terlaksana apatah lagi janji-janji yang baru seperti memansuhkan pinjaman PTPTN yang bukan merupakan persetujuan Pakatan Pembangkang, tetapi hanya janji populis PKR.

Beliau mengambil contoh kegagalan kerajaan negeri Selangor di dalam menunaikan lapan janji utama yang dibuat pada PRU ke-12 termasuk memastikan pendidikan percuma untuk kanak-kanak tadika.

“Ini baru pendidikan untuk kanak-kanak tadika yang mereka tak boleh biayai, apatah lagi nak bela pelajar universiti,” kata Khairy yang juga merupakan ahli Parlimen Rembau.

LNH

No comments:

Post a Comment

Others Blog Archive