BANDAR
TUN RAZAK - Sejumlah 11,764 peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi
Nasional (PTPTN) tidak perlu membayar balik pinjaman yang ditukar
kepada biasiswa apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang di
peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Pengerusi
PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata ini merupakan satu penghargaan
kepada para peminjam atas usaha keras dan kesungguhan mereka dalam
bidang pelajaran.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan wang
pendahuluan PTPTN di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Bandar Tun
Razak, Jengka di sini hari ini.
Pada
majlis itu, seramai 1,133 pelajar menerima wang pendahuluan sebanyak
RM1,500 melibatkan jumlah RM1.7 juta bagi kemasukan Mei/Jun 2012 di UiTM
Pahang.
Ismail
berkata untuk kemasukan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
di seluruh negara bagi sesi Mei/ Jun 2012, seramai 32,777 pelajar
menerima wang itu membabitkan RM49 juta.
Bagi negeri Pahang, katanya sebanyak RM3.7 juta diperuntukkan sebagai wang pendahuluan PTPTN kepada 2,496 pelajar.
Ismail
berkata sehingga 31 Dis lalu, sebanyak 553,913 waran Wang Pendahuluan
Pinjaman (WPP) telah ditunaikan dengan jumlah RM812 juta.
Mengenai
jumlah peminjam yang telah membayar balik hutang mereka, Ismail berkata
sejumlah RM3.18 bilion berjaya dikutip daripada 759,526 peminjam.
Kawan RL cakap:
Tak payah la
diorang sibuk berdemo dan cari gaduh dijalanan, Belajar lah rajin2 nanti pinjaman ditukar kpd biasiswa walaupun buat pinjaman
PTPTN.
Selain
itu, sejak 31 Mac lalu, seramai 25,138 peminjam yang disenarai hitam
datang berunding dengan PTPTN serta membayar balik dengan kutipan
berjumlah RM178.9 juta, katanya. -- Bernama
No comments:
Post a Comment