BAGAIMANA orang lain
melihatnya penulis tidak pasti, tapi secara peribadi penulis melihat
parti-parti pembangkang ini ditubuhkan hanya untuk mencari peluang
mengalahkan parti pemerintah dan peluang untuk mentadbir negeri dan
negara, tidak lebih dari itu.
Sebab itu apa akal dalam dunia pun akan
digunakan untuk mencapai matlamat yang lebih besar, ada atas nama
kebebasan bersuara, ada atas nama hak asasi manusia malah ada juga atas
nama menerima apa yang dah dibuat d ibarat.
Orang barat buat macam kita ke? Tajuk debat lain tapi isi debat lain?
Atau di barat ada berlaku parti A ajak
parti B muzakarah, kemudiannya parti A menolak muzakarah dengan parti B
sebab kononnya permainan politik? Eh, siapa ajak siapa sekarang?
Sendiri ajak, sendiri tolak.
Apa sekalipun, bottom line nya
ialah tujuan parti pembangkang hanya untuk menjatuhkan parti
pemerintah. Itulah yang penulis faham, kok ada yang faham lain, penulis
bersedia untuk mendengarnya.
Oleh dengan itu, pada firasat penulis,
tak usahlah selepas ini kita begitu bersungguh-sungguh benar melayan
sebarang permintaan dari parti pembangkang untuk bermuzakarah, berdebat
dan seumpamanya. Diakhirnya nanti, yang kelat hijau, masih kelat hijau,
yang biru, putih dan sebagainya masih macam itu juga.
Tidak akan ada apa yang berubah sebab
bukan tujuan mereka ditubuhkan untuk menunjuk siapa yang lebih layak
berkhidmat kepada rakyat, tapi nak menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Lebih malang, bila peluang debat dan
muzakarah itu dijadikan pulak platform untuk mengutuk lawan
masing-masing, bukan nak bincang atau bertukar-tukar pendapat. Tidak
ada siapa yang minat nak dengar pandangan parti-parti pembangkang dan
janji-janjinya, tapi sebab ada yang gemar melayan, maka terjadilah apa
yang penulis sebutkan di atas.
Yang penting tu, adakah ia menyelesaikan masalah? Tidak juga.
Ambil contoh debat Bersih 3.0 yang
lepas. Kalau ditanya sorang-sorang, rata-rata akan kata Ketua Pemuda
UMNO menang, tapi apa faedahnya? Bersih 3.0 tetap dijalankan, 25,000
orang tetap turun, kekecohan tetap berlaku, yang bergaduh tetap
bergaduh, kena pukul dan sebagainya.
Kalau selepas debat, Bersih dibatalkan,
ada jugaklah yang nak ceritakan, tapi dengan kekecohan yang berlaku,
silap-silap orang pun lupa ada debat diadakan sebelum rusuhan Bersih
berlaku.
Memang setiap orang rasa berhak memberi
pendapat masing-masing dalam soal ini. Tapi penulis tidak bergantung
kepada 1 atau 2 perkara semata-mata sebelum membuat rumusan bahawa debat
dan muzakarah yang dianjur Pakatan haram ini hanya membuang masa.
Sudah banyak yang berlaku dan tajuk di atas adalah rumusannya.
Pakatan haram di Malaysia ini sekarang
betul-betul beraja di mata, bersultan di hati. Tak boleh terusik sikit
atau berlaku keadaan yang tidak menyebelahi mereka, nescaya semuanya
sudah jadi tidak adil. Undang-undang (BAFIA) yang tidak pernah
dipertikai sesiapa pun secara tiba-tiba menjadi zalim dan diletak
setaraf ISA, hanya kerana PKR ada kepentingan dengannya.
Masalah dengan kita pulak, kita tahu masalah itu tapi kita tetap layan jugak kehendak puak-puak yang tak cukup akal ni.
Adamyan
No comments:
Post a Comment