Wednesday, 12 October 2011

Polis Selamatkan Guang Eng dari kemarahan org melayu

Bantahan penduduk di hadapan Restoran Siang Hai Kee.... (Gambar dari blog Melayu Delima)
PEMIMPIN chauvanis DAP sering melakukan provokasi terhadap orang Melayu di negara ini. Semalam petang, Guan Eng selaku Setiausaha Agung parti anti-Melayu dan anti-Islam itu cuba meemasuki negeri Johor dengan mengadakan satu majlis ceramah di sebuah restoran di Kampug Abdullah, Segamat.

Dari segi politik chauvanis kehadiran Guan Eng dilihat mahu menguji serta mencabar sejauh mana marahnya orang Melayu Johor terhadapnya gara-gara kenyataannya yang memburuk-burukkan negeri Johor kepada pelabur asing di luar negara.

Setelah dia memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Johor yang murka dengan kenyataannya itu melalui media sahaja, Gua Eng cuba memasuki Johor setelah isu khianat yang ditimbulkan itu pada anggapan mereka sudah pulih.

Ternyata apa yang dijangkakan Guan Eng dan DAP salah serta silap.

Ratusan penduduk di Segamat berkumpul di hadapan Restoran Siang Hai Kee di Kampung Abdullah petang semalam, bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang itu untuk satu majlis makan malam anjuran DAP di restoran tersebut.

Rata-rata penduduk setempat berkumpul bagi menyatakan rasa tidak puas hati dengan kedatangan anak Lim Kit Siang itu ke negeri Johor berikutan kelantangan beliau memburuk-burukkan Johor di hadapan diplomat asing di Singapura baru-baru ini.

Bagi memastikan keadaan terkawal, polis turut menghantar Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyuraikan perhimpunan itu.
'Mohon maaf dari jauh' oleh Guan Eng masih tidak mencukupi selagi dia tak menghadap Sultan Johor....
Penduduk berkumpul sejak pukul 6 petang menunggu ketibaan Guan Eng yang sepatutnya tiba di restoran itu pada pukul 7 petang, namun beliau dilihat muncul pada pukul 8  isumalam.

Ketibaan pemimpin DAP itu disambut dengan jeritan ‘Daulat Tuanku’, ‘Mohon ampun pada Sultan’ selain suara kemarahan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kesemua yang berhimpun bersurai secara aman selepas diarahkan sebaik sahaja pemimpin DAP itu tiba.

“Secara keseluruhannya, tiada sebarang kekecohan berlaku. Mereka hanya berpiket secara aman tanpa berlaku kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kemelah, Ayob Rahmat ketika dihubungi berkata, kumpulan penduduk yang berhimpun itu kesal dengan tindakan berani Guan Eng yang tetap datang meskipun dibantah oleh penduduk Johor.

Demikian berterusannya sikap kurang ajar chauvanis DAP terhadap orang Melayu. Majlis yang diadakan khas untuk mendatangkan Guan Eng ke negeri Johor itu hanyalah untuk menunjukkan kepada kaum Cina dan para penyokong DAP bahawa kemarahan orang Melayu tak kemana. Setelah minta maaf, segalanya boleh selesai... Beres... Tak ada masalah....

Kenapa chauvanis Cina DAP begitu berani mencabar kehormatan bangsa Melayu?

Jawapannya semua orang tahu, iaitu kerana mereka kini mendapat sokongan padu segelintir ‘Melayu murtad’ daripada PAS dan PKR yang lupa diri dan sanggup menjadi pengkhianat bangsa Melayu di tanah air sendiri.
- Sumber Berita: UtusanOnline

No comments:

Post a Comment

Others Blog Archive