Tuesday, 25 October 2011

LELAKI-LELAKI INI PUNCA ANWAR TERSUNGKUR.....

Mampukah Anwar Bertahan Tanpa Alibi ?


Dato’ Mohd Zaid Ibrahim seorang peguam terlatih dan pengasas firma undang-undang swasta terbesar di negara ini pernah berkata keterangan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat kukuh berbanding dengan keterangan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dalam kes liwat I, 13 tahun lampau.

Sukma Darmawan yang pada awalnya membuat pengakuan diliwat secara sukarela oleh abang angkatnya, Anwar, tetapi menukar pengakuan tersebut apabila dibicarakan di mahkamah.

Kes Liwat I – Mahkamah Percaya Anwar Meliwat
Namun begitu, perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Sukma Darmawan didapati bersalah bersubahat dengan abang angkatnya meliwat Azizan Abu Bakar, di unit No. 10-7-2, di Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar Kuala Lumpur (apartment milik Sukma) pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993.

Walau bagaimanapun, Anwar dan adik angkatnya, dibebaskan pada 2 September 2004 dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan dengan keputusan majoriti 2-1 atas alasan teknikal.

Pembebasan itu bukan bermaksud Anwar dan adik angkatnya tidak melakukan aktiviti terkutuk itu, malah ketiga-tiga hakim sepakat bersetuju dan mempercayai ‘aktiviti liwat di Tivoli Vila benar-benar berlaku‘, tetapi mereka dibebaskan kerana masalah ‘tarikh‘ dan wujud elemen ‘suka sama suka‘.

Persoalan tarikh dan elemen suka sama suka itu ditakrifkan sebagai alasan teknikal.

Namun begitu, majoriti pengamal undang-undang di Malaysia secara keseluruhan berpendapat kes liwat I Anwar berbeza dengan kes liwat II.

Selain, Zaid Ibrahim, pandangan yang sama turut disokong oleh bekas peguam bela kes liwat I, YB Datuk Zulkifli Noordin.

Mereka berpendapat bahawa keterangan, saksi utama, Mohd Saiful konsisten dan kredibel dari awal perbicaraan sehingga kes itu ditutup oleh pihak pembelaan 17 Oktober lalu.

Dalam proses pembelaan, pihak Anwar tidak menumpukan perhatian kepada merosakkan kredibiliti saksi utama, sebaliknya berusaha mempertikaikan aspek DNA dan air mani.

Namun begitu percubaan-percubaan mempertikaikan aspek DNA dan air mani juga gagal dilakukan oleh pihak Anwar. Klik di sinisinisini dan sini

Anwar Tidak Berani Bela Diri Dari Kandang Saksi
Keterangan bela diri Anwar pada 22 Ogos mengecewakan ramai pihak.

Selain gagal mengemukakan bukti-bukti yang menunjukkan beliau tidak bersalah, Anwar juga dikritik kerana bersikap pengecut kerana memilih keterangan di ‘Kandang Tertuduh‘.

Menurut Zulkifli Noordin, tindakan Anwar memilih keterangan di Kandang Tertuduh, bermaksud beliau takut untuk disoal balas oleh pihak pendakwa dan dilihat sebagai satu percubaan untuk melindungi fakta kes sebenar supaya tidak bocor di mahkamah.

Menurutnya keterangan Anwar dari ‘Kandang Tertuduh’ itu tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi mahkamah kerana ia tidak perlu bersumpah dan menutup ruang untuk disoal balas yang membawa maksud, Anwar boleh berbohong di mahkamah.

Jika diperhatikan keseluruhan teks bela diri yang dibacakan Anwar, keterangannya bercapah, tidak fokus, bombastik dengan bahasa berbunga-bunga dari bidalan Latin, Shakespeare hingga petikan ayat Al Quran yang sering diucapnya di pentas-pentas politik.

Dalam bahasa lain, keterangan seumpama itu bukan bersifat fakta dan Anwar tidak menjawab persoalan yang didakwa kepadanya, sebaliknya mengalihkan topik kepada perkara lain.

Namun, Anwar sendiri keliru sama ada mahu mempertahankan hujahnya sebagai konspirasi atau tidak. Ada ketikanya beliau berkata ‘konspirasi’ dan ada ketikanya beliau mengaku bersama pengadu di Unit 1151, kondominium tersebut.

Tetapi yang pastinya, Anwar tidak pernah menyalahkan dirinya sendiri sebaliknya menyalahkan Hakim, Peguam Negara, pihak Pendakwa, polis, doktor, TV3 dan lain-lain.
Semuanya menjadi kabur dan mengelirukan.

Mengaku Bersama Saiful di Unit 1151
Menyentuh berkenaan Mohd Saiful, Anwar berkata; “Pengadu menyatakan dalam keterangannya pada 26 Jun 2008, beliau tiba di Kondominium Desa Damansara pada jam 2:45 petang untuk membincangkan urusan kerja dan menyerahkan dokumen yang dikirimkan Ibrahim Yaakob [Ketua Staf saya] kepada saya.


“Katanya lagi dia memberhentikan vannya di pos keselamatan dan menyebut nama kod ‘Mokhtar’ kepada pengawal kondominium sebelum dibenarkan masuk. Dia meletakkan kenderaannya dan mengambil lif untuk ke Unit 11-5-1 di mana saya dikatakan berada di meja makan di ruang tamu.

“Dia mengatakan bahawa dia duduk di meja yang sama dan memulakan perbincangan.

Beliau memberitahu mahkamah tentang bagaimana kesatnya saya meminta seks
Kenyataan Anwar itu hanya bersifat mengesahkan keterangan-keterangan Mohd Saiful di mahkamah. Membenarkan semua keterangan pengadu dan tidak dibantah oleh Anwar.

Sepatutnya, jika keterangan Mohd Saiful tidak benar, beliau boleh pertikaikan keterangan pengadu itu dan bukannya memetik dan menyebut semula di mahkamah.

kata Anwar; ” Apabila disoal, beliau menjawab bahawa SP1 (Mohd Saiful) merasa marah dan takut dan tidak bersedia untuk melakukannya, akan tetapi kerana saya kelihatan marah, dia akhirnya akur.

“Perlu diperhatikan pada peringkat ini pengadu boleh, berdasarkan pengakuannya sendiri ketika pemeriksaan utama (examination-in-chief), meninggalkan bilik kerana tidak ada sebarang bukti percubaan oleh saya untuk mengunci pintu dari dalam.”

Hujah Anwar hanya berdasarkan logik tanpa bukti-bukti konkrit yang menyokongnya.

Apabila Anwar membuat kenyataan seperti di atas, bermakna beliau bersetuju dengan pertuduhan yang mendakwa beliau berada bersama-sama pengadu di Unit 11-5-1Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Mengaku Saiful Bawa Pelincir, Selepas Aktiviti Seks, Minum & Berbual Mesra
Kata Anwar; “Dia (Mohd Saiful) juga mendakwa bahawa dia diarahkan masuk ke bilik tidur dan bahawa dia masuk kerana takut. Bahkan di peringkat ini, pengadu berpeluang untuk meninggalkan ruang tamu, walaubagaimanapun dia tidak berbuat demikian.

“Bukti selebihnya menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang dan kesempatan untuk melarikan diri tetapi dia tidak berbuat demikian. Alasannya kerana beliau takut. Namun alasan tersebut itu bertentangan dengan segala fakta.

“Beliau adalah seorang lelaki di awal dua puluhan, enam kaki, mempunyai fizikal yang sihat serta cergas dan mempunyai hubungan dengan pegawai atasan polis dan golongan elit politik, di samping dengan akses kepada lingkungan dalaman kekuasaan.

“Tambahan lagi, beliau pernah menjadi mahasiswa operatif UMNO yang penting, menjalani latihan rapi yang dikendalikan Biro Tata Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Manakala saya seorang lelaki berusia 60 tahun, mempunyai sejarah kecederaan belakang dan telah menjalani pembedahan belakang yang besar dan juga tidak memegang apa-apa posisi kuasa.

“Jika benar saya boleh memberikan apa-apa jenis pengaruh yang tidak wajar atau tekanan mental kepadanya, ini boleh dengan mudahnya diselesaikan dengan satu panggilan telefon kepada kenalan-kenalannya yang mempunyai kuasa itu.

“Berkenaan dengan ketakutan terhadap kecederaan fizikal, adalah sesuatu yang memerlukan khayalan yang jauh untuk mencadangkan bahawa saya boleh menyebabkan apa-apa kecederaan fizikal kepadanya.

“Ketika pemeriksaan balas, bukti penting yang berikut telah didapatkan daripada pengadu.Beliau mengakui bahawa dia membawa bersamanya pelincir dan telah secara sukarela dan tanpa teragak-agak menggunakannya.

“Beliau mendakwa bahawa berlaku persetubuhan dan ia adalah menyakitkan dan kasar. Walau bagaimanapun, ini jelas tidak mempunyai sandaran dalam bukti-bukti perubatan oleh pihak pendakwa bahawa adanya carikan atau koyakan.

“Selepas perbuatan yang dikatakan itu, beliau memberi keterangan bahawa dia telah duduk untuk minum dan berbual mesra dengan saya. Yang menakjubkan, tiada usaha yang dibuat oleh pengadu untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera. Sebaliknya, beliau menghadiri satu acara PKR pada hari esoknya.

“Pada sebelah malam, beliau menyertai mesyuarat Anwar Ibrahim Club di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda ketidakselesaan sama ada emosi atau fizikal apatah lagi trauma. Sebaliknya, beliau menjalankan urusannya dengan cara yang tenang dan yakin. Oleh itu, kelakuannya benar-benar tidak konsisten dengan dakwaannya”

Anwar Akui Seks Berlaku Suka Sama Suka
Sikap Anwar yang tidak menafikan Mohd Saiful melakukan hubungan seks dengannya itu memakan dirinya sendiri. Apatah lagi, beliau turut bersetuju dengan keterangan pengadu bahawa bahan pelincir (KY Jelly) digunakan semasa kejadian seks itu.

Motif Anwar senang diduga, iaitu beliau ingin membuktikan kejadian liwat itu berlaku secara ‘suka sama suka’, sepertimana beliau dibebaskan pada 2 September 2004 oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat I.

Keterangan logik Anwar berkenaan usia beliau dengan pengadu bercanggah dengan pengakuannya sendiri bahawa pengadu membawa bahan pelincir, dan kejadian seks itu berlaku atas dasar suka sama suka.

Kata Anwar; “Dalam apa jua keadaan, dia tidak membuat laporan polis dan tidak mendapatkan rawatan perubatan, walaupun dua hari sebelum perbuatan yang dikatakan itu, beliau telah bertemu dengan Dato’ Sri Najib dan Rosmah serta telah bercakap di telefon dengan Musa Hassan dan bertemu dengan Rodhwan di sebuah hotel”

Keterangan Anwar tentang tidak membuat laporan polis dan tiada rawatan segera, bukanlah hujah yang kukuh, apatah lagi beliau cuba mengaitkan dengan kejadian dua hari sebelum kejadian meliwat.

Anwar didakwa meliwat pada 26 Jun 2008, dan Anwar mendakwa pengadu berjumpa dengan Najib dan Rosmah pada 24 Jun 2008.

Walaupun, benar sekalipun pertemuan pengadu dengan Najib dan Rosmah, beliau boleh lepas daripada tuduhan itu, jika beliau tidak mengaku meliwat pengadu sama ada ‘suka sama suka’ atau paksa rela.

Gugur Sapina Musa & Rodwan
Manakala keterangan tentang peranan Musa dan Rodwan tidak relevan, kerana pihaknya sendiri membatalkan sapina ke atas kedua individu itu, walaupun sebelum ini pihak Anwar juga yang secara paksa rela mensapina mereka berdua.

Dengan keterangan bela diri seumpama ini, maka tidak hairan media Barat, Asia Sentinelmendakwa Anwar bercakap terlalu banyak yang bermaksud bercakap merapu yang tidak menguntungkan dirinya.

“Adakah Anwar bercakap terlalu banyak hinggakan bercakap perkara yang tidak sepatutnya ?”, soal John Berthelsen dari portal Asia Sentinel.

“Dia (Anwar) berkata, pengadu (Mohd Saiful Bukhari Azlan) dengan penuh kesedaran bersedia untuk melakukan hubungan seks” begitulah penegasan dalam tajuk kecil (subtitle), inti kupasan wartawan itu.

Menurut laman itu, keterangan Anwar yang mengesahkan Mohd Saiful ‘membawa bahan pelincir’ (KY Jelly) tidak membantu pertahanan diri Ketua Pembangkang itu, sebaliknya memberi kemenangan kepada pengadu, di mana Anwar sendiri mengakui pengadu masuk ke kondominium itu dan berada bersamanya ketika tarikh, masa dan tempat yang didakwa di mahkamah.

Pendirian laman itu adalah kejadian liwat itu benar-benar berlaku sepertimana yang didedahkan oleh Wikileaks pada 20 Januari lalu.

Jika begini bentuk pembelaan Anwar, bermakna beliau sendiri mengesahkan semua keterangan-keterangan Mohd Saiful di mahkamah adalah benar semata-mata.

Saiful Pilih Bersumpah, Keterangan Kandang Saksi


Mohd Saiful memilih keterangan secara gentlement yakni dari ‘Kandang Saksi’ yang memerlukan acara angkat sumpah dan bersedia untuk disoal balas oleh pihak Anwar.

Peguambela bela utama, Karpal Singh, bersuaha berkali-kali mengertak saksi utama dengan ugutan sumpah, membaca syarat-syaratnya dan tindakan mahkamah, namun begitu, Mohd Saiful sentiasa tenang menjawabnya, malah jawapannya konsisten tidak bercanggah antara satu sama lain.

Malah, apabila Mohd Saiful ingin memberikan jawapan lanjut berkenaan kejadian-kejadian liwat yang berlaku sebelum 26 Jun 2008, Karpal cepat-cepat menutupnya supaya kisah itu tidak tersebar.

Anihnya, Karpal juga memohon agar perbicaraan dijalankan secara tertutup, apabila Mohd Saiful ingin menceritakan secara terperinci bagaimana Anwar meliwatnya.

Tidak ada percanggahan jawapan saksi utama, walaupun disoal balas secara bertubi-tubi dengan nada pujukan, gertakan, mahupun provokasi oleh Karpal.

Pengadu juga menceritakan bagaimanakah dia boleh bekerja dengan Anwar dan selepas itu dilantik Anwar sebagai pembantu peribadinya.

Keterangan pengadu ini tidak dibantah oleh Anwar dan barisan peguamnya. Klik di sini
Dalam keterangannya itu, dia menjawab persoalan Anwar kenapa dia menghadiri program Kelab Anwar Ibrahim (AIC) yang diadakan di rumah kediaman peribadi majikannya, di No.11, Jalan 3/61, Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur) pada sebelah petang 27 Jun 2008.

Mohd Saiful juga turut memberi gambaran yang lebih jelas pada hari kejadian iaitu 26 Jun 2008. Bermula dari pejabat Ketua Umum, Seksyen 16, diarahkan datang ke kondominium dan pertemuannya dengan Anwar di Unit 1151. 

Keterangan ini juga tidak dinafikan oleh Anwar dan pasukan pembelanya.

Disokong Oleh Rahimi & Najwan Halimi
Rakan baik pengadu, Muhamad Rahimi Osman dalam pengakuan bersumpahnya turut mengesahkan keterangan Mohd Saiful di mahkamah adalah benar.

Malah Rahimi turut menjawab persoalan Anwar yang membangkitkan tentang latar belakang Mohd Saiful yang ada kaitan dengan UMNO dan BTN.

Menurut Rahimi, sebelum Mohd Saiful diambil bekerja secara tetap dengan Anwar, perkara latar belakang seperti itu telah diajukan kepada Anwar dan Ketua Umum PKR itu tidak kisah dengan latar belakang seumpama itu serta berkeras mahu menjadikan pengadu sebagai staffnya. 

Malah kehadiran Mohd Najwan Halimi sebagai saksi pembela memberi lebih banyak keuntungan kepada pihak pendakwa, kerana Najwan telah mengesahkan Mohd Saiful bekerja dengan Anwar yang sering dinafikan oleh Ketua Umum PKR sebelum ini. 




Mampukah Anwar Bertahan Dengan 8 Saksi Tanpa Alibi Vs 29 Saksi ? Mampukah Anwar Bertahan Tanpa Alibi ? 
akan datang cinta terlarang

No comments:

Post a Comment

Others Blog Archive