'Inikah amoi yang dimaksudkan...' dari log MPP |
Terbaru dari blog Malay Delima |
Terbaru, blog MPP telah menyiarkan gambar seorang gadis yang dijadikan tandatanya – apakah gadis ini yang dimaksudkan, sebagaimana yang diperpanjangkan oleh bolg handalan House PK.
Sebelum itu beberapa blog lain ada menyentuh isu panas ini dalam nada yang berselindung dan tidak berterus terang. Mungkin sumbernya tidak berapa tepat atau sememangnya mahu disensasikan sepertimana isu video seks Anwar Ibrahim di Thailand – yang sehingga kini masih belum didedahkan sepenuhnya.
Sementara gambar keluarga Guan Eng ini pulak dari blog Unspinners |
Persoalannya, kenapa sehingga kini Lim Guan Eng masih membisu? Kononnya, seperti yang dikhabarkan oleh para blogger, para belaci Guan Eng yang bertaraf ‘gangster’ sedang mengawas dan memantau pergerakan keluarga serta anak gadis berkenaan setelah wang sogokan sebanyak Rm200 ribu diberi kepada keluarga itu sebagai ‘penutup kes’ dan ‘penutup mulut’.
Peliknya, setelah seminggu isu ini dimainkan media baru dengan pelbagai kata sindiran, Ketua Menteri Pulau Pinang anak Melaka itu masih belum bersuara. Masih berdiam diri dan membisu seribu bahasa.
Mungkin dia mengambil sikap begitu kerana yakin isu itu akan senyap atau tertutup dengan sendirinya jika dia tidak memberikan sebarang kenyataan mengenainya.
Sebagai manusia kita semua boleh merancang atau merencanakan sesuatu menggikut kehendak dan selera politik kita. Yang manusia sering terlupa ialah di sebalik semua daya usaha kita sebagai manusia, ada satu kuasa yang mutlak sifatnya, iaitu Tuhan.
Nampaknya, begitulah kehendak dan takdir tuhan ke atas keluarga Guan Eng....
No comments:
Post a Comment