Sunday 9 October 2011


 

POK NINg DAN HADIaWANG TEMPELAK OLEH DEWAN ULAMAK PAS DAN RAKYAT KELANTAN



1- Pemimpin tertinggi PAS hari ini telah mendedahkan kelemahan mereka sendiri apabila lebih 22 tahun mereka berdetum-detam, pong-pang dan menyalak-yalak mengenai hukum hudud tetapi langsung tidak mengambil inisiatif untuk melaksanakannya sehingga menjelang pilihanraya.
Sebenarnya kelemahan pentadbiran PAS yang tidak langsung berilmu perlembagaan untuk mengurus hal tersebut terpampang luas selepas perhimpunan besar besaran diadakan Stadium Sultan Mohammad Ke IV pada Jumaat 7 Oktober.
Kata seorang pembaca, “Pas mentadbir negara Zero” amat tepat.
Ribuan rakyat Kelantan bersuara tegas meluahkan keinginan mahukan hukum hudud dilaksanakan tanpa tolenrasi lagi dengan melaungkan perkataan mahukan hudud berkali-kali.
Ini merupakan tempelakan yang hebat dan dasyat kemuka Pok Nick dan Hadi Wang kerana selama ini mereka alpa dan lalai terhadap tanggungjawab melaksanakan hudud di Kelantan.
Pok Nick dan Hadi Wang asyik menyalahkan Umno, Kerajaan Pusat, Perlembagaan, DS Najib dan Tun Mahathir yang dituduh menjadi batu penghalang terhadap perlaksanaannya, tanpa menyalahkan diri sendiri.
Sehinggakan penyokong pro-UmnoBN sendiri sudah termakan dengan rasukan Pok Nick dan Hadi Wang dan turut menyalahkan Najib dan Perlembagaan.
 
 
 
Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu,
Ketua Penerangan Dewan Ulama' PAS Negeri Terengganu,
2- Tempelakan terhadap Pok Nick dan Hadi Wang turut disuarakan oleh Ketua Penerangan, Dewan Ulamak Pas yang menegaskan,
Bahawa hujah pihak-pihak tertentu (baca: Pok Nick dan Hadi Wang) bahawa peruntukan Perlembagaan menjadi penghalang kepada perlaksanaan hudud sepatutnya dikaji semula”
“Dewan Ulamak PAS menyeru mana-mana pihak yang 'kabur' tentang perlaksanaan syariah Islam, Hudud dan Qisas, supaya lebih terbuka dan bermuzakarah dengan mereka yang berpengetahuan”
– Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh.
Jelas sejelasnya Pok Nick, Hadi dan pemimpin PAS sendiri adalah dipihak yang ‘kabur’. Pimpinan PAS tidak ada pengetahuan teknikal dan pengetahuan perlembagaan langsung untuk berurusan. Ini yang menyebabkan mereka berdiam diri sehingga ke PRU13.
Kepada penganut Pas dan yang seangkatan waktu dengannya yang menyalahkan DS Najib dan perlembagaan sila ambil perhatian serious.
3- BUKTI KUKUH bahawa pentadbiran Pok Nick dan Pas Kelantan tidak berilmu pengetahuan teknikal dan perlembagaan langsung kerana baru semalam mereka sedar perkara-perkara berikut setelah berkurun-kurun lamanya.
Perkara-perkara dibawah baru disedari hari ini dan ia masih belum lagi di challenge oleh Majlis Peguam dan Lawmakers seperti Karpal Singh.
Cukup memalukan.
..................................................
.....Petikan dari weblog Dewan Ulamak PAS Pusat seperti dibawah.......
KOTA BHARU, 7 Oktober 2011: (Harakahdaily)
Wacana Perlaksanaan Hudud di Negeri Kelantan semalam antara lain merumuskan bahawa Kelantan berhak dan boleh melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) 1993.
Malah, menurut Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad salah seorang panel wacana itu berkata, undang-undang itu perlu dilaksana segera kerana sudah 20 tahun diluluskan tanpa perlaksanaan.
Tambah beliau lagi, bagi mencapai hasrat itu Kelantan perlu segera mewujudkan dua mahkamah iaitu Mahkamah Syariah Khas tiga hakim dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas lima hakim.
"Bagi perlaksanaan hukum ini, pihak kami sudah bersedia dan hanya menunggu keputusan kerajaan Kelantan sahaja dan ia bukannya mudah untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah kerana pesalah atau yang dituduh perlu melalui beberapa proses seperti saksi yang cukup dan sebagainya,”
-       katanya di dewan Teratai Kompleks Darulnaim, di sini.
Selain beliau, wacana tersebut turut menampilkan:
Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Mohammad Daud Iraqi dan Pensyarah Undang-Undang UIA, Prof Dr Abd Aziz Bari.
Tambah beliau lagi, Akta Mahkamah Syariah 1965 (Pindaan 1985) juga tidak wajar dijadikan halangan untuk melaksanakan hudud di negeri itu.
Mengulas dakwaan perlaksanaan hudud bertentangan dengan perlembagaan, Daud pula berkata, “Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud”
Malah, ujarnya sebarang undang-undang yang menyekat kebebasan ini sebenarnya yang patut dipertikai. (HHalem: apa kah undang2 tersebut?).
“Perkara 11 memberikan kebebasan mengamalkan agama, kenapa kita nak takut, kita nak amalkan agama kita, kita nak laksana, tanggungjawab ini tertanggung kepada kerajaan yang akan ditanya Allah di akhirat nanti kenapa luluskan enakmen tetapi tidak laksana,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Others Blog Archive