Monday 31 October 2011

11 FACEBOOK SEKS !!! 10 GADIS D RAGUT DARA & ZINA MEREKA D RAKAM ...

.. KUALA LUMPUR Julai 17: Seorang lelaki ‘buaya darat’ mungkin tidak akan melupakan pembalasan diterimanya selepas kemaluannya nyaris dipoton...

Thursday 27 October 2011

ANU WAR MEMBUTUHKAN KOTA LONDON


Orang sibuk pergi Tanah Suci  termasuk lah Perdana Menteri dan Isteri.anuar ibrahim sibuk ke london plak jumpa Al Gore ,Mitch dan Jonathan .kalau dia boleh berulang alik dari Malaysia ke Amerika macam berulang-alik dari Butterworth ke Cherok Tok a, takkanlah dia tak boleh singgah langsung kat Makkah?Anwar Ibrahim, bila lagi dia nak ke Makkah sama ada untuk menunaikan umrah atau menunaikan Haji. Kemampuannya lebih dari cukup untuk dia menunaikan ibadat ziarah itu.

berbincang pembangunan Mampan dan beretika pendidikan bermutu? anuar dh sempurna diri tu nk bagi pembangunan pendidikan? atau ada agenda lain kot?


Khalid Gagap nyanyi lagu Janji manismu lagi.





Untungnya rakyat negeri selangor bila Khalid Gagap menyanyikan lagu JANJI MANISMU akan menunaikan segala janji-janji dalam manifesto pakatan yang di buat sewaktu pilihanraya umum lepas.
Antara janji-janji yang akan di tunaikan oleh mb dan kerajaan negeri ialah,

1. bantuan rm 75 sebulan bagi setiap anak yang di hantar ker nurseri.(kaya kaya.kaya)
2. bantuan rm 50 kepada seorang anak yang di hantar ke tadika.
3. menghadiahkan rm 1000 kepada setiap anak selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke ipta dan ipts.(Bole bayar deposit Perodua)
4. memberi bantuan kepada anak muda selangor yang nak berkahwin. (Bole bulan madu)
5. mencarum kedalam takaful untuk warga emas sebanyak rm 2500, sila bawa kad pengenalan.(untung la wargamas)
6. elaun kepada ibu tunggal.(jadi janda berhiasla )
7. memberi elaun kepada suri rumah yang menjaga anak sepenuh masa.(Bole pakai gelang macam mami jarum)
8. memberi rumah kepada setiap rakyat selangor masih tidak memiliki rumah.(terjaga kawasan yang semak samun)


Rakyat selangor akan mendapat durian runtuh bila janji-janji manis mu dalam manifesto pilihanraya akan dibayar dari tarikh Pakatan Rakyat Memerintah  sehingga 31 October 2011.
betul ke kerajaan selangor nak bayarr.sedangkan hutang air pun berbillion pun tak terbayar?

Wednesday 26 October 2011

MB buat peminat bola Gembira

YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan



Harga tiket diturunkan daripada RM 50 kepada RM 30


Saya (PBNS) lebih rela melupuskan hasil pendapatan dari jualan tiket perlawanan akhir nanti, daripada mengecewakan penyokong2 NS,
lautan penyokong N9


 demi mengambil kira bebanan yg terpaksa dipikul oleh penyokong dan peminat bola sepak negara.



 Silalah dtg beramai ramai ke stadium shah alam sabtu ini untuk memberikan sokongan kpd pasukan kita.. HOBEN JANG HOBEN!


perutusan : YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan

RAJA LAUT KOMEN: banjirkan stadium dengan sorakan HOBIN JANG HOBIN

hobin jang hobin kito hobin FAM


SEREMBAN - Keluhan orang ramai ekoran harga tiket melampau yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini turut mendapat perhatian Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS).
Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, secara amnya pihaknya tidak bersetuju dengan kadar harga tiket perlawanan yang ditetapkan FAM.


Malah, beliau berpendapat bahawa harga yang tinggi itu akan membebankan penyokong tegar kedua-dua pasukan.
''Ia adalah keputusan pihak jawatankuasa FAM, namun kita tidak setuju dengan harga yang melonjak dari RM30 kepada RM50 kerana ini amat membebankan peminat dan penyokong untuk perlawanan akhir itu nanti.


''RM50 itu nampak terlalu tinggi tetapi terpulanglah kepada budi bicara FAM untuk menentukannya," katanya ketika diminta mengulas mengenai keputusan FAM menaikkan harga tiket di sini semalam.
Mohamad yang juga Menteri Besar tidak menolak kemungkinan bahawa harga tiket yang tinggi itu sedikit sebanyak akan menjejaskan jumlah kehadiran penonton yang akan hadir pada final nanti.
Begitupun, Mohamad tetap menaruh harapan penyokong skuad Hoben Jang Hoben tetap membanjiri Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Katanya, kehadiran penonton mampu menjadi pembakar semangat kepada pemain-pemain mereka untuk membawa pulang kejuaraan berpresjtij itu sekali lagi.
Katanya lagi, bagi memudahkan orang ramai mendapatkan tiket perlawanan akhir, pihak PBNS mengambil inisiatif dengan menjualnya diseluruh daerah di negeri ini.
''Tiket-tiket ini akan dijual di semua daerah di negeri ini bagi memudahkan orang ramai mendapatkannya tanpa perlu datang ke Seremban.
"Begitupun, bagi mereka yang yang mahu membeli di Seremban, tiket akan dijual di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi," katanya.


Mohamad juga menjelaskan, hasil perbincangan pihaknya, PBNS telah memutuskan untuk mengehadkan pembelian tiket kepada 10 tiket bagi setiap pembeli dalam usaha mengatasi masalah ulat tiket .

''Melainkan mereka yang mempunyai permit bas dibenarkan untuk membeli tiket sehingga 50 keping.
"Arahan telahpun dikeluarkan, dan setiap seorang hanya dibenarkan membeli 10 tiket bagi setiap pembeli," katanya.

Rumah rakyat kelantan Daif. RM 19 juta di peruntukkan untuk Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Ghaib

Laporan Ketua Audit Negara 2011 telah menegur kerajaan negeri Kelantan kerana kegagalan mereka membina Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) biar pun telah diberikan peruntukkan oleh kerajaan pusat sebanyak RM 19 juta.

 tidak mustahillah jika masih ada rakyat di Kelantan yang masih tinggal dalam kandang lembu

 :
KOTA BHARU - Selalunya pemimpin Pas seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah banyak mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi kali ini apa pula kata mereka selepas dikritik.



Laporan Ketua Audit Negara 2011 menegur kelemahan kerajaan Pas Kelantan dalam projek membina Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) biarpun diberi peruntukkan sebanyak RM19 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Melalui peruntukan itu kerajaan negeri merancang membina tujuh projek RAKR melibatkan 838 unit rumah. Daripada peruntukkan tersebut sebanyak RM8.33 juta telah dibelanjakan sehingga akhir tahun lalu tetapi projek RAKR masih tidak berjalan sepenuhnya.
Dalam tempoh RMK-9 tiada langsung projek RAKR dibina sebagaimana yang dirancang malah pembinaan projek sambungan RMK-8 secara usaha sama melibatkan dua blok pangsapuri yang mempunyai 160 RAKR di Wakaf Mek Zainab tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Sebanyak 56 daripada 100 unit rumah yang dibina di RAKR Gaal, Pasir Puteh belum dapat dijual walaupun projek tersebut siap tahun 2007. Sehingga akhir tahun 2010, tunggakan ansuran sewa beli dan sewa rumah berjumlah RM9.40 juta. Seramai 56 pembeli belum menjelaskan bayaran pembelian rumah secara terus berjumlah RM2.45 juta walaupun rumah tersebut diduduki/diserah kunci melebihi setahun.
Audit turut memberi pandangan bahawa kelemahan perancangan menyebabkan pelaksanaan projek RAKR di Kelantan tidak dapat dilaksanakan.
Kegagalan Kerajaan Negeri membina rumah sebagaimana yang dirancang menyebabkan rakyat memerlukan rumah kos rendah tidak dapat memilikinya terutama bagi 1,913 pemohon yang berdaftar sehingga akhir tahun 2010.
Laporan itu turut menyatakan sepanjang tempoh perlaksanaan RAKR Kelantan (1976-2010) sebanyak 4,768 unit rumah dibina oleh kerajaan Negeri.
Daripada jumlah itu sebanyak 3,746 unit dibina untuk jualan secara sewa beli, 778 unit untuk jualan terus manakala 244 unit lagi untuk disewa.
Nampak gayanya 400,000 rakyat Kelantan tiada harapan dapat rumah mampu milik mereka mungkin terpaksa kembali tinggal di hutan semula.


Tuesday 25 October 2011

Pemimpin Pas maksiat Di kecualikan Hukum Hudud Pas.

  Pemimpin PAS suka khalwat dengan Isteri Orang.

LELAKI-LELAKI INI PUNCA ANWAR TERSUNGKUR.....

Mampukah Anwar Bertahan Tanpa Alibi ?


Dato’ Mohd Zaid Ibrahim seorang peguam terlatih dan pengasas firma undang-undang swasta terbesar di negara ini pernah berkata keterangan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat kukuh berbanding dengan keterangan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dalam kes liwat I, 13 tahun lampau.

Sukma Darmawan yang pada awalnya membuat pengakuan diliwat secara sukarela oleh abang angkatnya, Anwar, tetapi menukar pengakuan tersebut apabila dibicarakan di mahkamah.

Kes Liwat I – Mahkamah Percaya Anwar Meliwat
Namun begitu, perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Sukma Darmawan didapati bersalah bersubahat dengan abang angkatnya meliwat Azizan Abu Bakar, di unit No. 10-7-2, di Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar Kuala Lumpur (apartment milik Sukma) pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993.

Walau bagaimanapun, Anwar dan adik angkatnya, dibebaskan pada 2 September 2004 dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan dengan keputusan majoriti 2-1 atas alasan teknikal.

Pembebasan itu bukan bermaksud Anwar dan adik angkatnya tidak melakukan aktiviti terkutuk itu, malah ketiga-tiga hakim sepakat bersetuju dan mempercayai ‘aktiviti liwat di Tivoli Vila benar-benar berlaku‘, tetapi mereka dibebaskan kerana masalah ‘tarikh‘ dan wujud elemen ‘suka sama suka‘.

Persoalan tarikh dan elemen suka sama suka itu ditakrifkan sebagai alasan teknikal.

Namun begitu, majoriti pengamal undang-undang di Malaysia secara keseluruhan berpendapat kes liwat I Anwar berbeza dengan kes liwat II.

Selain, Zaid Ibrahim, pandangan yang sama turut disokong oleh bekas peguam bela kes liwat I, YB Datuk Zulkifli Noordin.

Mereka berpendapat bahawa keterangan, saksi utama, Mohd Saiful konsisten dan kredibel dari awal perbicaraan sehingga kes itu ditutup oleh pihak pembelaan 17 Oktober lalu.

Dalam proses pembelaan, pihak Anwar tidak menumpukan perhatian kepada merosakkan kredibiliti saksi utama, sebaliknya berusaha mempertikaikan aspek DNA dan air mani.

Namun begitu percubaan-percubaan mempertikaikan aspek DNA dan air mani juga gagal dilakukan oleh pihak Anwar. Klik di sinisinisini dan sini

Anwar Tidak Berani Bela Diri Dari Kandang Saksi
Keterangan bela diri Anwar pada 22 Ogos mengecewakan ramai pihak.

Selain gagal mengemukakan bukti-bukti yang menunjukkan beliau tidak bersalah, Anwar juga dikritik kerana bersikap pengecut kerana memilih keterangan di ‘Kandang Tertuduh‘.

Menurut Zulkifli Noordin, tindakan Anwar memilih keterangan di Kandang Tertuduh, bermaksud beliau takut untuk disoal balas oleh pihak pendakwa dan dilihat sebagai satu percubaan untuk melindungi fakta kes sebenar supaya tidak bocor di mahkamah.

Menurutnya keterangan Anwar dari ‘Kandang Tertuduh’ itu tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi mahkamah kerana ia tidak perlu bersumpah dan menutup ruang untuk disoal balas yang membawa maksud, Anwar boleh berbohong di mahkamah.

Jika diperhatikan keseluruhan teks bela diri yang dibacakan Anwar, keterangannya bercapah, tidak fokus, bombastik dengan bahasa berbunga-bunga dari bidalan Latin, Shakespeare hingga petikan ayat Al Quran yang sering diucapnya di pentas-pentas politik.

Dalam bahasa lain, keterangan seumpama itu bukan bersifat fakta dan Anwar tidak menjawab persoalan yang didakwa kepadanya, sebaliknya mengalihkan topik kepada perkara lain.

Namun, Anwar sendiri keliru sama ada mahu mempertahankan hujahnya sebagai konspirasi atau tidak. Ada ketikanya beliau berkata ‘konspirasi’ dan ada ketikanya beliau mengaku bersama pengadu di Unit 1151, kondominium tersebut.

Tetapi yang pastinya, Anwar tidak pernah menyalahkan dirinya sendiri sebaliknya menyalahkan Hakim, Peguam Negara, pihak Pendakwa, polis, doktor, TV3 dan lain-lain.
Semuanya menjadi kabur dan mengelirukan.

Mengaku Bersama Saiful di Unit 1151
Menyentuh berkenaan Mohd Saiful, Anwar berkata; “Pengadu menyatakan dalam keterangannya pada 26 Jun 2008, beliau tiba di Kondominium Desa Damansara pada jam 2:45 petang untuk membincangkan urusan kerja dan menyerahkan dokumen yang dikirimkan Ibrahim Yaakob [Ketua Staf saya] kepada saya.


“Katanya lagi dia memberhentikan vannya di pos keselamatan dan menyebut nama kod ‘Mokhtar’ kepada pengawal kondominium sebelum dibenarkan masuk. Dia meletakkan kenderaannya dan mengambil lif untuk ke Unit 11-5-1 di mana saya dikatakan berada di meja makan di ruang tamu.

“Dia mengatakan bahawa dia duduk di meja yang sama dan memulakan perbincangan.

Beliau memberitahu mahkamah tentang bagaimana kesatnya saya meminta seks
Kenyataan Anwar itu hanya bersifat mengesahkan keterangan-keterangan Mohd Saiful di mahkamah. Membenarkan semua keterangan pengadu dan tidak dibantah oleh Anwar.

Sepatutnya, jika keterangan Mohd Saiful tidak benar, beliau boleh pertikaikan keterangan pengadu itu dan bukannya memetik dan menyebut semula di mahkamah.

kata Anwar; ” Apabila disoal, beliau menjawab bahawa SP1 (Mohd Saiful) merasa marah dan takut dan tidak bersedia untuk melakukannya, akan tetapi kerana saya kelihatan marah, dia akhirnya akur.

“Perlu diperhatikan pada peringkat ini pengadu boleh, berdasarkan pengakuannya sendiri ketika pemeriksaan utama (examination-in-chief), meninggalkan bilik kerana tidak ada sebarang bukti percubaan oleh saya untuk mengunci pintu dari dalam.”

Hujah Anwar hanya berdasarkan logik tanpa bukti-bukti konkrit yang menyokongnya.

Apabila Anwar membuat kenyataan seperti di atas, bermakna beliau bersetuju dengan pertuduhan yang mendakwa beliau berada bersama-sama pengadu di Unit 11-5-1Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Mengaku Saiful Bawa Pelincir, Selepas Aktiviti Seks, Minum & Berbual Mesra
Kata Anwar; “Dia (Mohd Saiful) juga mendakwa bahawa dia diarahkan masuk ke bilik tidur dan bahawa dia masuk kerana takut. Bahkan di peringkat ini, pengadu berpeluang untuk meninggalkan ruang tamu, walaubagaimanapun dia tidak berbuat demikian.

“Bukti selebihnya menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang dan kesempatan untuk melarikan diri tetapi dia tidak berbuat demikian. Alasannya kerana beliau takut. Namun alasan tersebut itu bertentangan dengan segala fakta.

“Beliau adalah seorang lelaki di awal dua puluhan, enam kaki, mempunyai fizikal yang sihat serta cergas dan mempunyai hubungan dengan pegawai atasan polis dan golongan elit politik, di samping dengan akses kepada lingkungan dalaman kekuasaan.

“Tambahan lagi, beliau pernah menjadi mahasiswa operatif UMNO yang penting, menjalani latihan rapi yang dikendalikan Biro Tata Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Manakala saya seorang lelaki berusia 60 tahun, mempunyai sejarah kecederaan belakang dan telah menjalani pembedahan belakang yang besar dan juga tidak memegang apa-apa posisi kuasa.

“Jika benar saya boleh memberikan apa-apa jenis pengaruh yang tidak wajar atau tekanan mental kepadanya, ini boleh dengan mudahnya diselesaikan dengan satu panggilan telefon kepada kenalan-kenalannya yang mempunyai kuasa itu.

“Berkenaan dengan ketakutan terhadap kecederaan fizikal, adalah sesuatu yang memerlukan khayalan yang jauh untuk mencadangkan bahawa saya boleh menyebabkan apa-apa kecederaan fizikal kepadanya.

“Ketika pemeriksaan balas, bukti penting yang berikut telah didapatkan daripada pengadu.Beliau mengakui bahawa dia membawa bersamanya pelincir dan telah secara sukarela dan tanpa teragak-agak menggunakannya.

“Beliau mendakwa bahawa berlaku persetubuhan dan ia adalah menyakitkan dan kasar. Walau bagaimanapun, ini jelas tidak mempunyai sandaran dalam bukti-bukti perubatan oleh pihak pendakwa bahawa adanya carikan atau koyakan.

“Selepas perbuatan yang dikatakan itu, beliau memberi keterangan bahawa dia telah duduk untuk minum dan berbual mesra dengan saya. Yang menakjubkan, tiada usaha yang dibuat oleh pengadu untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera. Sebaliknya, beliau menghadiri satu acara PKR pada hari esoknya.

“Pada sebelah malam, beliau menyertai mesyuarat Anwar Ibrahim Club di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda ketidakselesaan sama ada emosi atau fizikal apatah lagi trauma. Sebaliknya, beliau menjalankan urusannya dengan cara yang tenang dan yakin. Oleh itu, kelakuannya benar-benar tidak konsisten dengan dakwaannya”

Anwar Akui Seks Berlaku Suka Sama Suka
Sikap Anwar yang tidak menafikan Mohd Saiful melakukan hubungan seks dengannya itu memakan dirinya sendiri. Apatah lagi, beliau turut bersetuju dengan keterangan pengadu bahawa bahan pelincir (KY Jelly) digunakan semasa kejadian seks itu.

Motif Anwar senang diduga, iaitu beliau ingin membuktikan kejadian liwat itu berlaku secara ‘suka sama suka’, sepertimana beliau dibebaskan pada 2 September 2004 oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat I.

Keterangan logik Anwar berkenaan usia beliau dengan pengadu bercanggah dengan pengakuannya sendiri bahawa pengadu membawa bahan pelincir, dan kejadian seks itu berlaku atas dasar suka sama suka.

Kata Anwar; “Dalam apa jua keadaan, dia tidak membuat laporan polis dan tidak mendapatkan rawatan perubatan, walaupun dua hari sebelum perbuatan yang dikatakan itu, beliau telah bertemu dengan Dato’ Sri Najib dan Rosmah serta telah bercakap di telefon dengan Musa Hassan dan bertemu dengan Rodhwan di sebuah hotel”

Keterangan Anwar tentang tidak membuat laporan polis dan tiada rawatan segera, bukanlah hujah yang kukuh, apatah lagi beliau cuba mengaitkan dengan kejadian dua hari sebelum kejadian meliwat.

Anwar didakwa meliwat pada 26 Jun 2008, dan Anwar mendakwa pengadu berjumpa dengan Najib dan Rosmah pada 24 Jun 2008.

Walaupun, benar sekalipun pertemuan pengadu dengan Najib dan Rosmah, beliau boleh lepas daripada tuduhan itu, jika beliau tidak mengaku meliwat pengadu sama ada ‘suka sama suka’ atau paksa rela.

Gugur Sapina Musa & Rodwan
Manakala keterangan tentang peranan Musa dan Rodwan tidak relevan, kerana pihaknya sendiri membatalkan sapina ke atas kedua individu itu, walaupun sebelum ini pihak Anwar juga yang secara paksa rela mensapina mereka berdua.

Dengan keterangan bela diri seumpama ini, maka tidak hairan media Barat, Asia Sentinelmendakwa Anwar bercakap terlalu banyak yang bermaksud bercakap merapu yang tidak menguntungkan dirinya.

“Adakah Anwar bercakap terlalu banyak hinggakan bercakap perkara yang tidak sepatutnya ?”, soal John Berthelsen dari portal Asia Sentinel.

“Dia (Anwar) berkata, pengadu (Mohd Saiful Bukhari Azlan) dengan penuh kesedaran bersedia untuk melakukan hubungan seks” begitulah penegasan dalam tajuk kecil (subtitle), inti kupasan wartawan itu.

Menurut laman itu, keterangan Anwar yang mengesahkan Mohd Saiful ‘membawa bahan pelincir’ (KY Jelly) tidak membantu pertahanan diri Ketua Pembangkang itu, sebaliknya memberi kemenangan kepada pengadu, di mana Anwar sendiri mengakui pengadu masuk ke kondominium itu dan berada bersamanya ketika tarikh, masa dan tempat yang didakwa di mahkamah.

Pendirian laman itu adalah kejadian liwat itu benar-benar berlaku sepertimana yang didedahkan oleh Wikileaks pada 20 Januari lalu.

Jika begini bentuk pembelaan Anwar, bermakna beliau sendiri mengesahkan semua keterangan-keterangan Mohd Saiful di mahkamah adalah benar semata-mata.

Saiful Pilih Bersumpah, Keterangan Kandang Saksi


Mohd Saiful memilih keterangan secara gentlement yakni dari ‘Kandang Saksi’ yang memerlukan acara angkat sumpah dan bersedia untuk disoal balas oleh pihak Anwar.

Peguambela bela utama, Karpal Singh, bersuaha berkali-kali mengertak saksi utama dengan ugutan sumpah, membaca syarat-syaratnya dan tindakan mahkamah, namun begitu, Mohd Saiful sentiasa tenang menjawabnya, malah jawapannya konsisten tidak bercanggah antara satu sama lain.

Malah, apabila Mohd Saiful ingin memberikan jawapan lanjut berkenaan kejadian-kejadian liwat yang berlaku sebelum 26 Jun 2008, Karpal cepat-cepat menutupnya supaya kisah itu tidak tersebar.

Anihnya, Karpal juga memohon agar perbicaraan dijalankan secara tertutup, apabila Mohd Saiful ingin menceritakan secara terperinci bagaimana Anwar meliwatnya.

Tidak ada percanggahan jawapan saksi utama, walaupun disoal balas secara bertubi-tubi dengan nada pujukan, gertakan, mahupun provokasi oleh Karpal.

Pengadu juga menceritakan bagaimanakah dia boleh bekerja dengan Anwar dan selepas itu dilantik Anwar sebagai pembantu peribadinya.

Keterangan pengadu ini tidak dibantah oleh Anwar dan barisan peguamnya. Klik di sini
Dalam keterangannya itu, dia menjawab persoalan Anwar kenapa dia menghadiri program Kelab Anwar Ibrahim (AIC) yang diadakan di rumah kediaman peribadi majikannya, di No.11, Jalan 3/61, Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur) pada sebelah petang 27 Jun 2008.

Mohd Saiful juga turut memberi gambaran yang lebih jelas pada hari kejadian iaitu 26 Jun 2008. Bermula dari pejabat Ketua Umum, Seksyen 16, diarahkan datang ke kondominium dan pertemuannya dengan Anwar di Unit 1151. 

Keterangan ini juga tidak dinafikan oleh Anwar dan pasukan pembelanya.

Disokong Oleh Rahimi & Najwan Halimi
Rakan baik pengadu, Muhamad Rahimi Osman dalam pengakuan bersumpahnya turut mengesahkan keterangan Mohd Saiful di mahkamah adalah benar.

Malah Rahimi turut menjawab persoalan Anwar yang membangkitkan tentang latar belakang Mohd Saiful yang ada kaitan dengan UMNO dan BTN.

Menurut Rahimi, sebelum Mohd Saiful diambil bekerja secara tetap dengan Anwar, perkara latar belakang seperti itu telah diajukan kepada Anwar dan Ketua Umum PKR itu tidak kisah dengan latar belakang seumpama itu serta berkeras mahu menjadikan pengadu sebagai staffnya. 

Malah kehadiran Mohd Najwan Halimi sebagai saksi pembela memberi lebih banyak keuntungan kepada pihak pendakwa, kerana Najwan telah mengesahkan Mohd Saiful bekerja dengan Anwar yang sering dinafikan oleh Ketua Umum PKR sebelum ini. 




Mampukah Anwar Bertahan Dengan 8 Saksi Tanpa Alibi Vs 29 Saksi ? Mampukah Anwar Bertahan Tanpa Alibi ? 
akan datang cinta terlarang

Sunday 23 October 2011

ANUAR MEMANG HEBAT




Semalam selepas solat Jumaat, Pak Anwar telah mengadakan perjumpaan dengan penduduk Permatang Janggus di Dewan Orang Ramai, Batu 5. Program dijadualkan bermula pada 2.30 petang sebaik sahaja selesai solat Jumaat tetapi tunggu punya tunggu berapa kerat jer penduduk yang datang. Korang tengok sendirilah Pak Anwar yang dikatakan hebat berbicara dan menunaikan "janji", penduduk di parlimen sendiri pun dah muak dengan kata2 beliau..

Apa lagi...mengamuk la Pak Anwar pada orang yang menganjurkan program ini...malu beb.. Ahli parlimen turun kawasan bercakap dengan kerusi dan tiang yang ada di dewan tersebut, mau tak bengang. Penganjur pun apa lagi pegilah cari makcik2 yang duduk di kawasan tersebut. Janji penuh sikit dewan tu... 

RAJA LAUT KATA ;org dh takut nk datang,nanti kena liwat,,,,,

doa sikit

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/11/bismillah.jpg?w=233


http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/11/doamenolakgangguansyaitan.png?w=300
 
Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

KERAJAAN PAS KEDAH LINTAH DARAT

Jalan bukan dibina atas angin, Kerajaan PAS Kedah nak duit cukai tanah dari PLUS !


Jalan bukan dibina atas angin, Kerajaan PAS Kedah nak duit cukai tanah dari PLUS !


Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) perlu menjelaskan hutang cukai tanah yang tertunggak sejak tanah milik Kerajaan Negeri diambil alih untuk dibangunkan sebagai Lebuhraya Utara-Selatan.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau difahamkan bahawa sehingga kini tanah yang ditukar milik untuk tujuan pembangunan prasarana di bawah Kanun Tanah Negara, masih belum digazet sedangkan proses pengambilalihan tanah sudah lama diselesaikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Menurutnya, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara, tanah berkenaan perlulah digazet dan apabila ia digazet pihak pengurusan perlulah menjelaskan cukai tanah kepada Kerajaan Negeri Kedah sama seperti pembayar-pembayar cukai yang lain.

“Laluan itu panjang, bermula dari Bukit Kayu Hitam sehinggalah sempadan Pulau Pinang (dan sempadan Perak), namun sejak laluan berkenaan digunakan, sekupang (satu sen) pun (cukai) tidak dibayar kepada Kerajaan Negeri.

“Tanah yang diambil adalah milik Kerajaan Negeri Kedah, dan kalau tanah itu digunakan, hasilnya (cukai) perlulah dibayar,” katanya semasa berucap pada program ceramah sempena Sambutan 60 Tahun Pas peringkat negeri Kedah, yang diadakan di Kompleks Pas Batu 9, malam kelmarin.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang, berkata, tidak ada sebab untuk Plus tidak membayar cukai tanah kepada Kerajaan Negeri sedangkan mereka mengaut untung besar setiap tahun.

“Kenapa projek daripada Plus yang mendapat kutipan tol dan mengaut untung lebih 1 bilion setahun, tidak membayar hasil (cukai) sedangkan laluan dibina di atas tanah Kerajaan Negeri dan bukannya di atas angin.

“Jika bayaran cukai ini dibuat, ia akan menjadi satu lagi hasil baru di bawah pendapatan negeri ini dan perkara ini akan saya tanyakan dalam Dewan Rakyat pada minggu depan,” katanya.

Sementara itu, katanya, Kerajaan Negeri Kelantan juga akan menuntut hutang berjumlah RM35 juta, yang melibatkan pembinaan landasan kereta api serta stesen kereta api di beberapa kawasan termasuklah Pasir Mas, Kuala Krai, Tumpat, Gua Musang dan Tanah Merah.

“Kita akan membuat tuntutan, sudahlah royalti minyak pun diambil, kini Perbadanan Aset Keretapi perlu membayar cukai kerana ia didirikan di atas tanah milik Kerajaan Negeri Kelantan,” katanya.


RAJA LAUT KATA: PAS NIE MEMANG BINGAI DULU UUM LA NIE LEBUHRAYA......Lepas nie cukai KUBUR KENA BAYAR PULAK.....

Anak Muda Dah Meluat Dengan PAS


HIMPUN: Manifestas​i Kekecewaan Gerakan Islam Kepada PAS

Oleh Helme Hanafi,

HIMPUN: Manifestas​i Kekecewaan Gerakan Islam Kepada PAS


Agendadaily – JIKA kita selalu menghadiri program ceramah besar-besaran PAS, kita akan dapati cara kerjanya (SOP) sama dengan Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang diadakan di Stadium Shah Alam petang Sabtu.
Baik dari segi kedudukan petugas yang menyambut orang ramai, susun atur program, ungkapan takbir setiap kali habis ucapan, bentuk dan design banting yang tergantung di sekeliling stadium, dan paling terang sekali, sebelum penceramah terakhir berucap, keluar karung khas kutip derma, memang sah DNA PAS.
Bagi wartawan yang biasa liputi program UMNO dan PAS, sebahagian besar daripada 10,000 hadirin itu adalah aktivis-aktivis Islam yang sinonim dengan PAS bukannya UMNO.
Deretan belia dan beliawanis, berkopiah dan bertudung litup, duduk tertib dari awal hingga akhir majlis, jarang bertepuk tangan, memang sinonim dengan gerakan Islam di manapun.
“Mereka ini aktivis Islam yang selama ini menyokong PAS dan mula kecewa dengan Pakatan Rakyat,” kata seorang bekas pemimpin PKR pusat ketika kami terserempak di majlis tersebut.
Menurut beliau, majoriti yang hadir itu adalah golongan yang kecewa dengan pengaruh kumpulan Erdogan dalam parti Islam tersebut.
“Mereka merasakan PAS di era Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang ini terlalu berkompromi dengan isu-isu Islam seperti murtad yang sudah lama menjadi retorik dalam ceramah-ceramah PAS.
“Tapi mereka juga bukan penyokong apatah lagi pengundi UMNO, jadi HIMPUN menjadi medan mereka untuk menzahirkan ketidakpuasan hati terhadap PAS Baru yang lari dari asas perjuangan dan retorik tradisi mereka,” katanya.
PAS dalam muktamar terakhirnya Jun lalu bahkan menukar konsep Negara Islam kepada Negara Kebajikan bagi menarik sokongan bukan Islam kepada parti itu.
Penganjur bersama HIMPUN, Dr Yusri Mohamad memberitahu Agendadaily, beliau teruja melihat kehadiran ramai orang muda dalam majlis tersebut.
“Kami hanya mengharapkan NGO-NGO yang menyertai HIMPUN agar memobilisasi ahli mereka,” katanya ketika ditanya cara penganjur kumpul peserta program tersebut.
Ada yang kata angka 10,000 itu tanda kegagalan penganjur kumpul satu juta tapi kalau kita lihat dari sudut lain, angka 10,000 adalah angka kehadiran biasa bagi program-program besar PAS di Lembah Klang.
“Sebut apa saja program besar PAS samada di Stadium Melawati atau Taman Melewar, kehadiran mesti kurang atau lebih 10,000, sebab apa, sebab itulah akar umbi mereka,” kata bekas pemimpin PKR yang biasa dengan kerja-kerja mobilisasi penyokong PAS apabila program melibatkan Anwar Ibrahim.
“Jika di Kelantan atau Kedah mungkin boleh dakwa sehingga 50,000 tapi kalau di Lembah Klang, 10,000 itu angka sebenarnya,” katanya penuh yakin.
Jika ditolak satu pertiga daripada 10,000 itu untuk penyokong Perkasa, UMNO, dan NGO seperti PPIM dan PEMIMPIN yang dilihat condong kepada kerajaan, yang lain itu memang dikenali berat belah pembangkang.
Dalam bahasa mudahnya, perhimpunan petang Sabtu itu adalah manifestasi kekecewaan kelompok gerakan Islam kepada PAS Baru.
Mereka kecewa melihat PAS yang tunduk kepada Anwar, yang tunduk kepada DAP sehingga hilang jati diri parti itu.
Sehingga mereka sendiri (ketua-ketua NGO Islam) perlu ‘turun padang’ menjadi satu kumpulan pendesak baru tanpa lagi bergantung harap kepada PAS yang kini dilihat banyak berkompromi asas perjuangannya untuk meraih undi bukan Islam.
Soal kehadiran bukan isu besar, bagi mereka yang duduk dan menyaksikan betapa bersemangatnya kumpulan HIMPUN ini, pasti sedar tapak sokongan PAS sudah bergoyang.
Apatah lagi bila ada cadangan dari wakil-wakil NGO yang berucap, mahu menjelajah setiap negeri dengan HIMPUN dan disambut dengan laungan ‘allahuakbar’ yang gegak gempita.
PAS sehari dua lagi, akan merasai kesannya dan jangan terkejut sekali lagi parti menggunakan nama Islam itu menukar retoriknya seperti kes hudud baru-baru ini.
Selepas melihat PAS semakin hilang sokongan Melayu terutama di Kelantan, Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat tiba-tiba membangkitkan semula soal pelaksanaan hudud yang PAS sudah tidak bincang sekian lama.
Hujah PAS kepada DAP dan Anwar mudah, orang Kelantan mengundi PAS sebab nak laksana hudud.
Di Shah Alam petang Sabtu, kisah Datuk Dr Hasan Ali yang hadir dan berdoa menutup majlis bukan sebagai pemimpin atau ahli PAS tetapi sebagai umat Islam (seperti kata pengerusi majlis) pasti menjadi bualan dikalangan gerakan Islam.
Terutama ratusan wakil NGO, yang khuyuk mengaminkan tatkala Hasan Ali dengan mata berair berdoa “Ya Allah, tuhan yang membolak-balikkan hati. Kekalkan kami di atas landasan Islam,”.
Stadium yang boleh memuatkan 100,000 pengunjung itu mungkin terlalu besar untuk 10,000 yang hadir, tapi gema doa munajat yang dibaca Hasan Ali, pasti berbekas di hati mereka yang mengaminkannya dan berkembang kepada yang lain juga.
Kita sama-sama lihat nanti.

Individu Islam Perlekeh Himpun Diselar

SHAH ALAM 22 Okt. – Tindakan sesetengah individu Islam yang memperlekehkan penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun) bagi menentang gejala murtad negara ini amat dikesali.
Pengerusi Bersama Himpun, Dr. Yusri Mohamad yang tampil sebagai pemidato pertama pada perhimpunan juga melahirkan rasa sedih apabila terdapat individu tertentu mengatakan Himpun sebagai tidak relevan serta tidak mempunyai asas dalam Islam.
Sedangkan katanya, perhimpunan itu adalah simbolik kepada penyatuan umat bagi menentang gejala murtad di kalangan masyarakat Islam bagi menyelamatkan akidah mereka daripada dipesongkan oleh pihak tertentu.
“Ada individu Islam sendiri kata apa salah murtad, ada yang kata usaha mereka (bukan Islam) bekerja keras menyebarkan agama mereka maka patut mereka tuai hasil dan ada juga kata murtad tidak salah, ia kebebasan beragama.
“Isu yang membuat kita berhimpun pada hari ini ialah isu yang paling besar di sisi Allah iaitu murtad menolak risalah Islam, para anbia (nabi-nabi) dan tiada maksiat, tiada salah guna kuasa, tiada pencabulan hak asasi manusia paling besar di sisi Allah selain murtad.
“Maka, perhimpunan kita adalah atas asas yang paling besar iaitu untuk memperbesarkan apa yang dibesarkan Allah, Allah letakkan murtad dan pemurtadan sebagai kesalahan paling besar, isu paling besar dan paling perlu dapat perhatian,” katanya ketika menyampaikan pidato pada perhimpunan tersebut di Stadium Shah Alam di sini hari ini.
Seramai lapan pemidato tampil berucap pada perhimpunan tersebut mewakili pelbagai pertubuhan bagi menyuarakan keprihatinan masing-masing terhadap gejala murtad di negara ini.
Seorang lagi pemidato iaitu bekas pastor, Mohd. Farhan Abdullah pula mengutarakan cadangan agar Parlimen menggubal kembali Artikel 11 (1), Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan klausa ‘kebebasan beragama’ hanya terpakai bagi masyarakat bukan Islam.
Menurutnya, ini kerana terdapat pihak yang terkeliru serta pihak yang sengaja mengelirukan masyarakat mengenai peruntukan undang-undang itu bagi memesongkan akidah umat Islam.
“Saya sendiri pernah terlibat dalam gerakan mengkristiankan umat Islam dahulu dan usaha ini dilakukan dengan begitu teliti serta terancang,” tegasnya.
Beliau juga mahu wakil-wakil Himpun yang terdiri di kalangan Ahli Parlimen atau Ahli Undangan Negeri (ADUN) dapat membawa usul tentang isu murtad agar dapat dibahas di Dewan Rakyat atau DUN.
Dalam pada itu, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Muhammad Hasan menggesa kesemua organisasi dan pengamal media tempatan supaya tidak menyelewengkan kefahaman agama Islam demi keuntungan masing-masing.
Katanya, penyelewengan di media boleh mengelirukan pelbagai pihak termasuk mahasiswa sendiri apatah lagi sejarah membuktikan pernah terjadi beberapa kes gerakan pemurtadan pelajar Islam di kampus-kampus universiti tempatan.
“Justeru, Gamis mengharapkan agar golongan yang disebut sebagai penyampai maklumat, media harus bebas beri maklumat betul kepada masyarakat (terutama dalam gerakan pemurtadan),” ujarnya.
Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor, Abdullah Mansor berkata, kegiatan pihak tertentu yang memperkecilkan institusi diraja dilihat semakin berani dan tindakan itu akhirnya akan merugikan penganut serta agama Islam dalam negara.
“Lebih menyedihkan gerakan itu turut didalangi oleh para pemimpin serta individu Islam sendiri,” katanya – utusan

Biadap!. Masjid FOR ALL oleh Pakatan Rakyat




Perhimpunan haram berhubung isu air Selangor yang diadakan di Masjid Negara pada 5.12.2010 adalah anjuran MB Selangor.
Seluruh negeri Selangor mereka gantung kain rentang mengajak rakyat berkumpul dan berhimpun di Masjid Negara dan berarak bersamanya ke Istana Negara.
Hasil daripada seruan dan ajakan MB Selangor itu telah menyebabkan kesucian Masjid Negara tercemar.
Sila lihat video dibawah yang dirakam oleh video you-tube yg dibawah ini pada waktu azan zuhur sedang berkemundang dan selepas waktu azan.
 

Penjaga Masjid Negara terpaksa lari ke kiri dan kanan menghalang peserta-peserta demo masuk ke dalam kawasan Masjid dengan memakai kasut dan selipar.
Pada minit 0.30 dalam video di bawah anda boleh lihat bagaimana seorang lelaki cina memakai seluar pendek (baju merah dan beg sandang hitam) juga cuba masuk ke kawasan masjid.
Pada minit 1.08 pula dua orang penganut krisian, Theresa Kok dan isteri kepada exco Selangor, Xavier Jayakumar cuba untuk naik ke bahagian atas masjid walaupun dihalang oleh penjaga Masjid kerana pada waktu itu adalah waktu solat zuhur.
Pada minit 1.18 pula anda boleh lihat bagaimana dua penganut kristian tersebut apabila menolak jubah yang dihulurkan petugas wanita Masjid Negara.
Pada minit 2.00 terdengar suara petugas wanita Masjid Negara yang cuba menghalang dengan berkata "time sembahyang tak boleh masuk".
pada minit 2.12 apabila Tian Chua menghampiri Theresa Kok mereka terus bercakap dalam bahasa cina yang kita tidak ketahui apa maksudnya. Mungkin mereka mengutuk pihak Masjid Negara.
Kenapa harus berbahasa cina sedangkan sebelum itu Theresa Kok menggunakan bahasa inggeris ? Itulah yang kita ragui apa yang mereka perkatakan.
Itulah keadilan dan kesamarataan yang diperjuangkan oleh PKR. Masjid pun disamakan seperti tempat-tempat lain. Bebas untuk sesiapa sahaja untuk datang berdemo dan melanyak masjid secukup-cukupnya.

SIMONCELLI MATI KEMALANGAN DI MOTOGP SEPANG 2011 -




SEPANG: Penunggang Honda, Marco Simoncelli dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang, sebentar tadi.
 
Marco Simoncelli (20 January 1987 – 23 October 2011) was an Italian Grand Prix motorcycle road racer.
A top rider of the Italian Minimoto Championship from 1996 to 2000, Marco Simoncelli moved to 125cc bikes after taking two consecutive titles in the aforementioned discipline. After a promising first season in the 125 Honda Trophy, Simoncelli took the European 125cc title in 2002 and had a first taste of Grand Prix racing the same year.
In 2003 he undertook his first full season in the World Championship with the Matteoni Racing team. A consistent point-scorer in his rookie season, he moved to the Rauch Bravo team in 2004 and scored his first Grand Prix win at a rain-soaked Jerez, but could only manage an eleventh placed finish overall.
Another 125cc campaign in 2005, with the Nocable.it Race team, was completed with an improvement in the final standings in fifth place, giving Simoncelli the opportunity to leap into the quarter-litre category. A steady season saw the Italian achieve 10th position in the championship representing Metis Gilera, with whom he continued in 2007 and 2008.
In 2008 Simoncelli achieved his first race victories in the 250cc class, his maiden triumph coming at his home race in Mugello, and was involved in some breathtaking battles with his rivals over the course of the year. Emerging as the standout rider in the class, Gilera provided their newest star with a top-of-the-range RSA machine for the final races of the season.
The Italian secured his fifth win of the year at Phillip Island early in October and clinched the title with third place at Malaysia at the penultimate round of the year. He previously rode a Gilera in the 250cc World Championship, and has previously in the 125cc class. He has five race wins in the 250cc class, and two in the 125cc class.
He made a one-off appearance for Aprilia in the World Superbike round at Imola. He qualified on the second row and was one of three riders to crash out of race one at Tosa while running fifth, before fighting through to third in race two, making a forceful move to overtake team-mate Max Biaggi to get onto the podium.
On 25 June 2009, it was confirmed that Simoncelli would move up to premier class racing for 2010 MotoGP championship after agreeing to ride with the San Carlo Gresini Honda team.
Simoncelli died after an accident during the 2011 Malaysian motorcycle Grand Prix on 23 October 2011.

Lakar sejarah lagi Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan

Lakar sejarah lagi Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan

Negeri Sembilan berjaya ke pertandingan akhir


PAROI, 22 Okt. – Suasana di Stadium STAR Paroi semalam seolah-olah Negeri Sembilan tidak lagi boleh  disekat kemaraan mereka ke perlawanan akhir piala Malaysia 2011. 45 ribu penyokong yang menyokong tanpa belah bagi seolah-olah tidak membenarkan pasukan pelawat merampas  tempat perlawanan akhir dari mereka.
Negeri Sembilan mengawal keseluruhan permainan di separuh masa pertama walaupun gagal menjaringkan sebarang gol. Banyak peluang-peluang yang tersasar malahan gol jaringan Hairudin Omar  di minit ke-16 dibatalkan kerana berada di dalam keadaan “offside”.
T-Team yang memerlukan  3 gol untuk menafikan Negeri Sembilan untuk mara ke perlawanan akhir juga gagal untuk bertindak cemerlang.
Namun T-Team berjaya membolosi gawang Negeri sembilan terlebih dahulu apabila sepakan Mohd Fitri Omar melepasi gawang Negeri Sembilan pada  minit ke  72 . Negeri Sembilan seolah-olah dikejutkan dari tidur membalas kembali seminit kemudian apabila Shahurain Abu Samah berjaya menjaringkan gol  di minit ke  73.
Gawang  T-Team dibolosi lagi pada minit ke-80 hasil tandukan lembut Shukur Adan yang menerima bola dari G. Mahathevan dari jarak 25 meter.
Perlawanan pusingan kedua separuh akhir antara Negeri Sembilan dan T-Team menyaksikan 5 kad kuning dan 2 kad merah dilayangkan oleh pengadil Nagor Amir Noor Mohamad.
Negeri Sembilan layak ke akhir dengan aggreget 6-3 menentang T-Team dan pastinya akan bertemu Terengganu juara Piala FA 2011. Turut bersama penonton pada malam tadi menyaksikan perlawanan separuh akhir ini ialah Presiden PBNS, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan .
Perlawanan akhir Piala Malaysia diadakan pada 29 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam, Selangor.
oleh : DudiAziz@n9kini.com

Terima Kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Presiden PBNS kerana telah membawa pembangunan Bolasepak Negeri Sembilan ketahap yang amat membanggakan dan melakarkan sejarah sebagai sebuah pasukan yang hebat antara yang terhebat di dalam kancah Bolasepak tanah air setelah 3 kali ke separuh akhir Piala Malaysia , 3 kali ke pertandingan akhir, sekali juara sekali Naib Juara dan pastinya kita mengidamkan kejuaraan kali ke dua dalam masa tiga tahun. Sekali menjuarai piala FA. SEMOGA PEMBANGUNAN BOLASEPAK NEGERI SEMBILAN AKAN TERUS GEMILANG DI BAWAH KEPIMPINAN DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD HAJI HASAN.

sumber dari Politik Negeri Sembilan

Saturday 22 October 2011

Belajar Tinggi-Tinggi perangai macam berok





CISS!! Beruk-beruk Import Rupanya , Ingatkan Budak UIAM!!




Kalau mengikut sumber dari blog MPP. Beruk-beruk yang dok berdemo ni sebenarnya
bukan pelajar UIAM pun. Ada yang di import dari UKM, UM, UPM, KUIS dan ada dari
beberapa U lagi, yang amat popular dengan masalah pelajar serupa beruk macam
diorang ni la.


AMK PKR di percayai mengimport beruk-beruk ni untuk membuat kacau di UIAM
berlakon yang kononnya pelajar UIAM sendiri berdemo untuk membela Aziz Bari.


Sedangkan pelajar UIAM sendiri mengakui, dari berdemo terkinja2, baik mereka
tidur atau study lagi baik.


Kalau ada yang join pun hanya beberapa orang saja. Lainnya takut kena tangkap,
 kena hukum, kena gantung U menyesal pula.


Kalau tak salah Mc, yang bukan pelajar dan penyokong PKR pun ada kat sana.
Saja buat tambah nampak ramai.


Patut halau saja si beruk2 ni dari buat kacau, tapi paling tak boleh tahap laporan
dari TheMalaysian Insiders dan Malaysiakini yang mempropa kata pelajar pelajar
 UIAM berdemo, sedangkan mereka ini hanyalah BERUK IMPORT!

Others Blog Archive