Monday 23 May 2011

ILMU PERANG DALAM MASYARAKAT MELAYU: Bahagian 1

Tamadun Melayu mempunyai keunikan yang tersendiri yang mana tidak terdapat di tamadun-tamadun barat. Walaupun kepulauan Melayu dekat dengan tamadun yang besar dan hebat seperti China, dan India namun demikian tidak kesemua aspek kehidupan masyarakatnya dipengaruhi daripada kedua-dua buah tamadun ini dan perkara ini termasuklah dalam hal-hal berkaitan ilmu peperangan. Tamadun Melayu sejak sebelum kedatangan para pengembara dan pedagang dari India dan China yang membawa cara hidup, teknologi dan agama mereka lagi telah mempunyai kebudayaan, cara hidup dan tradisi local genius mereka yang tersendiri. Hal ini diakui sendiri oleh para pengembara dan pedagang daripada India dan China yang datang pada awal era kegemilangan tamadun Melayu.

Sebelum membincangkan lebih jauh mengenai ilmu peperangan masyarakat Melayu, adalah patut sekiranya diperjelaskan mengenai apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai Melayu dan tamadun Melayu itu. Melayu yang dimaksudkan di sini adalah dalam konteks yang lebih luas iaitu merangkumi kawasan geografi meliputi seluruh kepulauan Melayu atau Nusantara iaitu semenanjung tanah Melayu, Sumatera, Kalimantan, kepulauan Jawa, Maluku, Filipina, selatan Thailand, kepulauan Andaman selatan Kemboja, selatan Vietnam sehinggalah ke Madagaskar. Rumpun Melayu adalah terdiri daripada kategori rumpun Austronesia atau Malayo-polinesia. Karakteristik yang paling ketara yang terdapat dalam rumpun ini adalah persamaan daripada segi budaya dan rumpun bahasa mereka. Alfred Russel Wallace, mengkategorikan kaum Melayu sebagai antara kaum terpenting di kepulauan Melayu atau Nusantara. Beliau menganggap kaum Melayu sebagai The Most Civilized dan paling banyak membuat perhubungan dengan orang-orang Eropah dan mendapat tempat dalam sejarah dunia.

Menurut beliau lagi apa yang boleh dikategorikan sebagai Melayu sebenar adalah terbahagi kepada 4 kumpulan iaitu Melayu yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera dan sepanjang pantat timur, selatan dan barat pulau Borneo. Kumpulan kedua ialah suku Melayu Jawa yang tinggal di kepulauan Jawa, sebahagain daripada selatan Sumatra, Lombok, bali, dan Madura. Kumpulan ketiga pula adalah suku Melayu Bugis yang tinggal di kepulalaun Sulawesi dan Sumbawa. Manakala suku yang keempat yang dikatakan sebagai the four great race of Malay ialah suku Tagalas yang terdapat di kepulauan Filipina.Ini termasuklah suku Maranau atau Maguindanau yang terdapat di selatannya. Suku kaum seperti batak, Dayak, dan jakun dianggap sebagai puak Melayu yang tidak bertamadun atau savage. Kenyataan yang dibuat oleh beliau ini adalah sesuatu yang amat menarik. Beliau mengakui bahawa bangsa Melayu adalah sebuah bangsa yang bertamadun dan mempunyai tempat dalam sejarah. Sebagai sebuah bangsa yang bertamadun dan mempunyai sejarah yang panjang adalah mustahil sekiranya bangsa ini tidak mempunyai tradisi keilmuan dalam konteks ilmu perang dan ketenteraan.

Walaupun masyarakat Melayu telah terjajah sejak 1511 lagi dengan silih berganti oleh Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan kemudian Inggeris semula, namun ini bukan berati ia sebuah bangsa yang senantiasa mengalami kekalahan di dalam peperangan dan memiliki aktiviti peperangan yang tidak baik. Sejarah bangsa Melayu telah membuktikan bahawa mahupun dalam pra-kolonial, era penjajahan dan pemerintahan yang silih berganti diwarnakan sebelum dan selepasnya dengan banyak peristiwa-peristiwa konflik bersenjata di peringkat setempat ataupun antarabangsa. Bagi membincangkan mengenai ilmu perang melayu, tidak lengkap jika kita tidak menyentuh mengenai silat. Namun begitu dalam artikel ini saya tidak akan menyentuh panjang lebar kerana telah banyak blog-blog yang  khusus menceritakan tentang silat baik inggeris, melayu atau indonesia sehinggakan ia menjadi agak klise. oleh itu saya menyentuh hal-hal penting sahaja.

Silat: Seni Mempertahankan Diri Bangsa Melayu.

Perkataan silat adalah lebih masyhur digunakan di seluruh Malaysia dan juga Brunei. Sebutan selain daripada itu turut digunakan mengikut sesuatu daerah yang berlainan dan membawa makna yang lebih khusus. Misalnya perkataan ‘Gayung’ secara umumnya digunakan oleh masyarakat Melayu di daerah utara semenanjung Tanah Melayu di mana perkataan silat itu digugurkan dan hanya gayung disebut. Perkataan Gayung secara khususnya bermaksud amalan kerohanian yang terdapat dalam silat. Perkataan ‘Pencak’ pula lebih lumrah digunakan di Indonesia khususnya dalam masyarakat Jawa. Dipercayai bahawa pencak adalah daripada perkataan Panca atau Manca dalam sebutan orang Melayu Minangkabau yang membawa makna pelajaran silat Langkah atau Sembilan. Silat adalah satu seni tempur yang di dalamnya terdapat teknik serang dan bela diri sama ada dengan senjata atau tanpa senjata. Perkataan ‘Kali atau Basilat’ pula digunakan oleh masyarakat Melayu Filipina yang mengembangkan kemahiran senjata tongkat dari kayu atau rotan.

Satu teori menyatakan bahawa perkataan silat itu sendiri berasal dari kata silek dari bahasa Minangkabau. Silek adalah salah satu komponen untuk menyembahkan tarian rakyat yakni randai Minangkabau disertai dengan bakaba atau pereka cerita dan saluang jo dendang iaitu lagu dan seruling. Merujuk pada buku Filsafat dan Silsilah Aliran-Aliran Silat Minangkabau, maka dapat diketahui bahawa pengasas ilmu Silat Minangkabau adalah Datuak Suri Dirajo yang dianggarkan wujud pada tahun 1119 Masehi di daerah Pariangan, Padang panjang, Minangkabau. Lebih lanjut dihuraikan oleh penulis bahawa pengawal dari Datuak Suri Dirajo ini adalah Kambiang Utan yang berasal dari Kemboja, Harimau Campo dari berasal dari Champa, Kuciang Siam datang dari daerah Siam atau Thailand dan Anjiang Mualim datang dari Parsi.

Pada umumnya perkataan Silat atau Gayung biasa digunakan oleh masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu atau Silek dan Gayuang di Sumatera, Pencak dan Maempok di Jawa Barat, Pencak di Jawa Timur dan Jawa Tengah, Mancak di Madura dan Bawean, Encak di Bali, Mpaa Sila di Dompu dan Nusa Tenggara Barat, Bermancek di Bulungan dan Kalimantan, memencak di Bugis dan Sulawesi, Akmencak di Sulu dan Sulawesi , Basilat dan Kali di Mindanau.Silat dianggarkan menyebar di kepulauan Nusantara semenjak abad ke 7 Masihi lagi , namun begitu asal permulaannya belum dapat dipastikan. Meskipun demikian, silat pada masa ini telah diakui sebagai budaya suku Melayu dalam pengertian yang luas, iaitu para penduduk daerah pesisir pulau Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu, serta berbagai kelompok etnik lainnya yang menggunakan lingua franca bahasa Melayu di berbagai daerah di pulau-pulau Jawa, Bali, Kalimantan, Sulawesi, dan lain-lainnya juga mengembangkan sebentuk silat tradisional mereka sendiri. Dalam Bahasa Minangkabau, silat itu sama dengan silat atau silek.
Terdapat pengaruh ilmu bela diri dari China dan India dalam silat. Bahkan tidak hanya berakhir di situ sahaja. Hal ini dimaklumi kerana memang kebudayaan Melayu termasuk Silat adalah kebudayaan yang terbuka yang mana sejak awal kewujudannya lagi, kebudayaan Melayu telah beradaptasi, asimilasi dan akomodasi dengan berbagai kebudayaan yang dibawa oleh pedagang mahupun perantau dari India, Cina, Arab, Turki, dan lain-lain. Kebudayaan-kebudayaan itu kemudian berasimilasi dan beradaptasi dengan kebudayaan penduduk asli Melayu. Maka dapat disimpulkan bahawa sejarah silat itu lahir bersamaan dengan munculnya kebudayaan Melayu itu sendiri kerana ia tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Silat adalah salah satu unsur penting dalam kebudayaan Melayu. Sehinggakan, setiap daerah secara umumnya memiliki tokoh persilatan yang selalu dibangga-banggakan. Sebagai contohnya, suku Melayu terutama di Semenanjung Melaka atau Tanah Melayu amat percaya dengan legenda bahawa Hang Tuah dari abad ke-14 adalah pendekar silat yang terhebat. Hal seperti itu juga yang terjadi di Jawa, yang mengangkat Patih Gajah Mada sebagai tokoh silat dan politik hebat.

silat wujud dalam masyarakat Melayu Champa atau selatan Vietnam sekitar 2000 tahun dahulu dengan penemuan Keris tembaga di daerah tersebut dan lukisan di Candi Borobudur di Tanah Jawa. Panglima Champa kerap mendapat tempat dan dimuliakan oleh raja-raja Melayukerana memiliki pengetahuan dalam silat dan mahir dalam ilmu perang. Dapat memperlihatkan dari aspek pengkajian akademik bahawa silat telah kukuh dalam masyarakat Melayu sejak 2000 tahun lampau. Kerajaan Funan dan Champa merupakan dua kerajaan yang berjiran dalam kelompok dan zaman yang sama. Tetapi di abad yang sama, kerajaan Champa yang berjiran dengan China kerap berperang tanpa mahu tunduk kepada China dan Annam atau Vietnam utara yang menjadi sebahagian daripada China.silat pernah diletakkan di bawah perlindungan istana untuk membentuk angkatan perang Raja. Raja-raja Melayu menggalakkan putera dan anak-anak pembesar mempelajari silat dan ilmu-ilmu lain yang sehubungan dengan keperluan perang. Pendekar yag handal diangkat mengepalai angkatan perang dan mendapat kurnia dan darjat daripada Raja. Di dalam Sejarah Melayu ada menceritakan bahawa Sultan Muhammad Shah telah memilih seorang pegawai dari Champa sebagai pegawai kanan Istana kerana orang Champa dikatakan memiliki kemahiran dan pengetahuan dalam pemerintahan negeri.
Silat bukan sahaja merupakan satu keperluan untuk mempertahankan diri, tetapi silat merupakan lambang keperibadian bangsa dan seni budaya ketamadunan Melayu yang sudah sebati dalam jatuh bangun kerajaan Melayu sepanjang zaman dan bersama-sama mengacapi pahit manis memperjuangkan dan menegakkan kedaulatan bangsa Melayu. Sehinggalah kurun ke sembilan belas, sejarah telah memperlihatkan pendidikan silat terus berkembang dan berjaya mewujudkan pemimpin dan pahlawan perang Melayu yang gigih menentang penjajah seperti Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Dato’ Sagor, Tok Janggut, Raja Haji, Mat Salleh dan sebagainya. Pada zaman komunis atau darurat pula memperlihatkan tokoh-tokoh seperti Kiai Salleh, Kiai Osman, Kiai Shamsuddin yang menubuhkan pasukan Selempang Merah, Hj Abbas dan sebagainya. Hal ini menunjukkan bahawa silat tidak ketandusan pemimpin yang terus memugar dan menanam semangat cintakan tanah air dan berjuang hingga ke titis darah yang terakhir. Kehebatan mereka mempunyai sejarah dan hubungan rapat dengan ilmu persilatan di samping ilmu-ilmu lain yang membolehkan mereka menjadi pemimpin yang berkesan dan digeruni lawan.Sekian dahulu. Nantikan sambungan kajian saya mengenai ilmu perang bangsa Melayu.


Sunday 22 May 2011


Pendedahan Surat Anwar – Carl Gershman : Bukti PKR Mohon Dana Yahudi

AIDCNews – 23/05/11 – “(Dokumen) ini adalah kegiatan Anwar di National Endowment for Democracy (NED)”, kata Muhamad Rahimi Osman, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuktikan bahawa Ketua Umum PKR itu memohon dana Yahudi untuk menghadapi pilihanraya umum ke-12.

Video wawancara dengan bekas Setiausaha Sulit Anwar itu juga turut menunjukkan bukti satu surat menggunakan logo AIA, Anwar Ibrahim & Associate, syarikat Ketua Umum PKR yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) telah dihantar kepada seorang pengurus dana Yahudi, Carl Gershman, Presiden National Endowment for Democracy beralamat di 1025 F Street NW, Suite 800, Washington DC 20004. Rujuk minit 1.54.
Surat bertarikh 18 Jun 2007 yang ditandatangani oleh Anwar Ibrahim dengan alamat AIA di 585 Grove Street, Suite 135, Herndon, Virginia, 20170 dihantar kepada NED beberapa bulan sebelum PRU-12. Rujuk minit 2.01.
Difahamkan, selain surat rasmi, turut dihantar satu proposal MCIE (Pusat Integriti Pilihan Raya Malaysia) yang mengandungi perbelanjaan-perbelanjaan untuk membawa pemerhati antarabangsa ke Malaysia.
Video ini membuktikan Anwar adalah rapat dengan Carl Gershman dan menyokong Israel
Namun tidak dapat dipastikan berapakah jumlah dana yang dipohon kepada organisasi yang didalangi Yahudi itu. Juga tidak dapat dipastikan adakah Anwar membawa pemerhati antarabangsa seperti yang terkandung dalam propasal itu atau menukar kepada bentuk program lain.
Dalam operasi rahsia seperti yang pernah dijalankan NED, apa yang ditulis dalam proposal, hanya bersifat untuk kelulusan projek sahaja, namun tidak semestinya apa yang dilakukan di lapangan sama dengan apa yang terkandung dalam proposal.
Lampiran Surat Yang Telah Diterjemah ke Bahasa Melayu
June 18, 2007
Carl Gershman
President, National Endowment for Democracy
1025 F Street NW, Suite 800
Washington DC 20004
Tuan,

Terima kasih di atas jemputan untuk mengambil bahagian sempena Upacara Peringatan Ucapan Westminster di Perspustakaan Kongress. Tahniah di atas kejayaan mengumpulkan panel pakar yang terkemuka dan menganjurkan satu majlis jemputan yang menarik sokongan daripada beberapa penggubal undang-undang terkemuka Kongres dan Senat.
Majlis ini berlangsung tepat dengan waktunya, apabila wacana agenda pro demokrasi amat memerlukan seberapa banyak sokongan yang mampu diberikan. Saya menyanjung penuh pencapaian tuan di NED serta dedikasi yang ditunjukkan terhadap tugas penting ini, dan saya sentiasa mengharapkan supaya kerjasama kita diteruskan.
Saya ingin mengulangi betapa pentingnya sokongan NED terhadap cadangan menubuhkan Pusat Integriti Pilihan Raya Malaysia (MCIE) bagi membawa masuk satu pasukan pemerhati pilihan raya antarabangsa ke Malaysia.
Daripada apa yang dapat dilihat Malaysia kini sampai ke persimpangan di mana seluruh rakyat telah melahirkan keinginan untuk dilakukan reformasi. Bagaimana pun, hasrat ini menghadapi tentangan daripada ahli politik yang akan melakukan apa saja untuk melemahkan keyakinan terhadap kedaulatan undang-undang bagi meneruskan status quo yang tidak popular dan tidak adil.
Pusat MCIE ini akan memainkan peranan utama dalam memudahkan peralihan kepada sistem berkenaan selain memastikan kemunculan ruang demokratik yang adil di Malaysia.
Dengan pilihan raya umum dijangka berlangsung dalam hanya beberapa bulan lagi, bantuan pilihan raya amat kritikal dan perlu disegerakan. Mengambil iktibar daripada pilihan raya yang diadakan pada akhir April, di mana terdapat bukti-bukti penting berhubung amalan penipuan yang sengaja diketepikan oleh jawatankuasa Pilihan Raya, kita perlu menubuhkan insititusi-institusi yang akan membekalkan penyeliaan dan kebertanggungjawaban kepada proses pilihan raya.
MCEI merupakan satu langkah perlu ke arah ini dan saya menggesa tuan menimbangkan impak positif kepada NED menerusi sokongan mampat bagi mempertingkatkan ruang demokratik di negara saya.
Terima kasih di atas perhatian tuan terhadap perkara ini dan jangan teragak-agak untuk menghubungi saya sekiranya ada kemusykilan.
Yang Ikhlas,
Anwar Ibrahim

Thursday 19 May 2011

THURSDAY, MAY 19, 2011

TERKINI:PKR AKAN DIHARAMKAN!!!




SYUKUR ALHAMDULILAH...
SETELAH BANYAK KALI SEMBAHYANG HAJAT...
SETELAH BANYAK DOA YANG DIPOHON...
ALLAH TUNJUKAN TANDANYA LAGI...
KEPADA YANG MASIH TERPEDAYA...
KEPADA YANG MASIH TAKSUB...
KEPADA YANG MASIH PERCAYA...
APA TUNGGU LAGI...
PEMIMPIN GALAK BUAT PERBUATAN HARAM...
PARTI PUN HARAM...
HARAMKAN DIRI ANDA UNTUK BERSAMA...
PARTI YANG HARAM INI....

JPX

PKR kini berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftarannya dan ia dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu.

TV Selangor yang memetik sumber melaporkan parti itu juga difahamkan telah menerima surat berhubung pembatalan berkenaan daripada Pendaftar Pertubuhan awal bulan ini.

“Saya dimaklumkan RoS (Pendaftar Pertubuhan) sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya,” kata sumber itu.

Menurut beliau berdasarkan surat daripada Pendaftar Pertubuhan itu, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan parti tersebut, yang ditubuhkan pada April 1999.

Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang parti itu tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dijadualkan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini.

“Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini, tunggu sidang media nanti,” katanya lagi.

PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian.

Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan pelbagai masalah dan aduan.

Sejak pilihan raya umum 2008 PKR tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk ada pihak yang menggesa Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan ke atas parti itu.

PKR yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum itu menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat parlimen dan dewan undangan negeri yang berpaling tadah.- MK

Wednesday 18 May 2011

TAK CUKUP KER KAT MASJID HARI TU ......TAK ADA KERJA LAIN KER AMK

Oleh Zulaikha Zulkifli

KUALA LUMPUR, 18 Mei — Sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak gentar, sebaliknya akan meneruskan rancangan mengadakan himpunan di depan pejabat Utusan Malaysia di sini Jumaat ini meskipun Perkasa juga memutuskan mahu mengadakan perhimpunan balas menyokong akhbar Umno itu.
“Kami tak gentar jika Perkasa mahu datang ke perhimpunan itu kerana mahu membela Utusan,” kata timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Rozan Azen Mat Asip kepada pemberita di sini hari ini.
Rozan berkata, tujuan himpunan tersebut bukan mengenai kebebasan media, sebaliknya ia berkaitan isu penyalahgunaan media seperti dipraktikkan Utusan Malaysia.
“Kami bukan datang untuk buat huru-hara di sana. Kami datang sebagai simbol protes terhadap Utusan,” jelasnya.
Menurut Rozan lagi, ketika himpunan tersebut, AMK akan mengedar ‘Suara Keadilan’ secara percuma kepada kakitangan Kumpulan Utusan dan mahu menyampaikan surat terbuka kepada Ketua Pengarangnya Datuk Aziz Ishak.
“Bagaimanapun kami akan mengkaji kesesuaian suasana himpunan kerana kami tidak ingin lakukan huru-hara pada hari tersebut,” katanya.
Mengikut laporan Utusan Malaysia hari ini, Perkasa juga akan berhimpun di hadapan ibu pejabat Kumpulan Utusan di Jalan Chan Sow Lin di sini bagi mempertahankan syarikat itu, yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo, jika AMK tetap dengan rancangan mengadakan bantahan Jumaat ini.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata beliau menganggap tindakan AMK itu biadab dan tidak menghormati kebebasan bersuara.
“Kalau mereka mahu mengganyang Utusan Malaysia, Perkasa berasa bertanggungjawab untuk mempertahankan akhbar itu,” katanya lagi.
Akhbar itu juga membawa laporan menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap penyokong-penyokong pembangkang khususnya AMK yang dilihat gemar menimbulkan kekecohan setiap kali wujud isu tidak memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat, ‘tukang-tukang’ kecoh itu seakan terlalu diberi muka sehingga seringkali berbuat demikian dalam apa jua isu termasuk sewaktu lafaz sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan kes liwat Anwar.
Justeru, AMK hari ini menasihatkan Perkasa terutama Ibrahim agar berhenti dari mencari publisiti murahan dengan memperlihatkan sokongan kepada BN dan Utusan Malaysia.
Rozan berkata, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas sepatutnya berasa malu dengan tindakannya yang dilihat menyokong kerajaan BN dan Utusan Malaysia.
“Beliau sebagai seorang Ahli Parlimen Bebas, agak memalukan kerana beliau seperti mewakili Ahli Parlimen BN. Jadi kami harap, ahli politik seperti dia berhentilah dari mencari publisiti murahan,” katanya.
Dalam pada itu, Rozan berkata, beliau turut berasa dukacita terhadap akhbar Utusan Malaysia yang dianggap bertindak menjadi wadah oleh pihak tertentu yang pro-BN.
“Utusan dilihat semakin hari semakin hilang integriti mereka... seperti hari ini mereka dilihat menyerang AMK,” katanya.
Parliamentary Opposition Leader and former deputy prime minister Anwar Ibrahim will be the first Malaysian to appear on Yahoo! Malaysia's newly-launched interactive ‘Question Time’ segment at 11:30 am this Thursday, May 19.  The politician will spend at least an hour with Yahoo! Malaysia editors who will act as facilitators during the live chat session.

Early indications point to a strong interest in this event from Yahoo! users not only from Malaysiabut also from South East Asia and other parts of the world where Anwar has a strong following.

The live Q&A session will be conducted via the ‘Cover It Live’ platform, which features real-time chat sessions. Yahoo! Malaysia Country Editor S Vicknesan said it was a great opportunity for the man-(and woman)-in-the-street citizen to interact directly with Anwar, one of the country's most prominent politicians.

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim, left, and his wife Wan Azizah arrive at a courthouse in Kuala Lumpur, Malaysia, Monday, May 16, 2011. Malaysia's High Court will decide on Monday whether to dismiss the sodomy charge against Anwar or order his lawyers to start calling defense witnesses. Anwar faces up to 20 years in prison if convicted of sodomizing a male former aide in 2008.
Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim, left, and his wife Wan Azizah arrive at a courthouse in Kuala Lumpur, …
"Questions from our audience, which can be in English and Bahasa Malaysia, must be concise, on topic, to the point and relevant to the discussion at hand," he said, adding that brevity would be important due to the large volume of participants expected.

"Of course, Yahoo! users need no reminding with regards to respecting the dignity of the forum as the conversations they generate will help raise the level of political discourse in Malaysia.

"We will try our best to accommodate all questions but constraints of time and volume may not allow this. We pray for the understanding of our users,” he said, adding that the main aim of the event was to provide a more direct and frequent link for interaction between the Malaysian public and their leaders.

'Empowerment for voices'

In a pre-event release, Anwar said the live session was an opportunity for him to hear the ‘concerns of the wider audience’ and questions people may have on the path of Malaysian politics.

“I am excited to be working with Yahoo! on this interview as they demonstrate their commitment to provide an open and truly transparent platform to communicate and engage with people.

"I want to hear the concerns of the wider audience and address any questions that people may have about the future of politics in Malaysia. The Internet delivers true empowerment for voices, however small, to be heard” said Anwar.

Anwar, politically active since his days as a radical Muslim youth leader, has one of Malaysia's most remarkable political careers. Once seen as the country's brightest political star, he was elevated to the deputy prime minister-ship by former premier Dr Mahathir Mohamad, who, along with many others, saw Anwar as his heir apparent.

But Anwar fell from grace as dramatically as he rose to prominence. In 1998, he was sacked from his post as deputy prime minister and investigated for corruption and sodomy – charges widely believed to have been trumped-up.

The charges led to open and widespread demonstrations in the Malaysian capital of Kuala Lumpur. However, the chants  of 'Reformasi' ('Reforms') from Anwar's army of supporters did not save him from being found guilty and jailed by the Malaysian courts.

Political tsunami

He was released in 2004 and from there went on to rebuild his shattered political career, notably spearheading the co9ming together of three opposition parties - his own PKR (People’s Justice Party)  along with the Democratic Action Party (DAP) and the Islamist PAS - into a single coalition know as ‘Pakatan Rakyat’ (The People’s Coalition).

Anwar accuses judge of ‘prejudging’ sodomy trial
Anwar accuses judge of ‘prejudging’ sodomy trial
Harnessing the power of the Internet and social media as well as Anwar's unmatched oratory skills, the opposition Pakatan made tremendous gains in the March 2008 general elections, sweeping up five states and denying the ruling Barisan Nasional (BN) coalition a two-thirds majority, an event which was later described as a political tsunami.

However, just as things were looking up for the Permatang Pauh member of Parliament, controversy struck again in 2008 when a male aide claimed he was sodomised by Anwar. Anwar has denied the accusation but nevertheless arrested was today ordered by the High Court to enter his defence on the charge.

Anwar’s situation hasn't been helped with the emergence of a sex video allegedly featuring him with an unknown woman. Once again, he has been vehement in his denial.

Anwar's situation as it stands  today is complicated. On one hand, he is at the vanguard of the first true threat to Barisan Nasional's political hegemony. On the other, his court battles could spell the end of his political career and quite possibly the tenuous coalition that is Pakatan Rakyat.

Whatever the final outcome, one thing is for certain - Anwar will continue to be a headline maker for a while yet.

RON 95: KJ Jangan Naik Harga Sekarang


Pergerakan Pemuda UMNO di seluruh negara diminta mengemukakan usul membantah kenaikan harga petrol RON95 dan tarif elektrik pada persidangan perwakilan bahagian masing-masing.
Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu tidak bersetuju kenaikan tersebut dibuat sekarang kerana ia akan membebankan rakyat yang sedang merasai kesan kenaikan harga barang makanan secara purata sebanyak enam peratus, lebih tinggi berbanding kadar inflasi sebanyak tiga peratus.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, kenaikan RON95 akan memberi kesan terhadap barangan lain juga kerana ia melibatkan rantaian nilai.
“Pergerakan Pemuda UMNO berpendapat rakyat sudah pun terbeban dengan kenaikan harga makanan dan sebarang kenaikan pada harga petrol akan menyebabkan mereka terus terhimpit.
“Oleh kerana itu, saya meminta semua Pemuda UMNO bahagian mengemukakan usul membantah kenaikan harga RON95 dan tarif elektrik pada masa ini,” katanya kepada para pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban di sini hari ini.
Khairy berkata, beliau akan menyampaikan usul tersebut kepada kerajaan dan terpulang kepada kerajaan untuk memberi pertimbangan terhadap bantahan itu.
“Kalau nak struktur semula subsidi saya setuju tetapi saya tidak setuju ia dibuat sekarang kerana kita tengok harga makanan seperti daging, ayam dan sayur telah pun meningkat dan rakyat rasa terhimpit,” katanya.
cuma satu RL nk kata "sokong usul membantah kenaikan RON95 ketika ini.


Sunday 8 May 2011

Perkasa Memberi Amaran Keras!!!

http://4.bp.blogspot.com/-TDtjj5zu43Y/TcarIcRy8GI/AAAAAAAAAwY/6nvlm91MOlo/s1600/_MG_1571.jpg
Menurut Tok Him rakyat Malaysia sewajarnya mengetahui Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan di naungi oleh Raja Raja Melayu. Perkasa memberi tempoh kepada polis bagi menjelaskan apakah benar atau tidak perjumpaan tersebut berlaku! Tempoh 2 minggu di berikan kepada pihak polis untuk mengumumkan hasil penyiasataan nya dan jika terbukti ada kenyataan ingin menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian maka AG perlulah mengumumkan kan agar rakyat mengetahui nya. KLIK DISINI

Others Blog Archive