Lakar sejarah lagi Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan
Negeri Sembilan berjaya ke pertandingan akhir
PAROI, 22 Okt. – Suasana di Stadium STAR Paroi semalam seolah-olah Negeri Sembilan tidak lagi boleh disekat kemaraan mereka ke perlawanan akhir piala Malaysia 2011. 45 ribu penyokong yang menyokong tanpa belah bagi seolah-olah tidak membenarkan pasukan pelawat merampas tempat perlawanan akhir dari mereka.
Negeri Sembilan mengawal keseluruhan permainan di separuh masa pertama walaupun gagal menjaringkan sebarang gol. Banyak peluang-peluang yang tersasar malahan gol jaringan Hairudin Omar di minit ke-16 dibatalkan kerana berada di dalam keadaan “offside”.
T-Team yang memerlukan 3 gol untuk menafikan Negeri Sembilan untuk mara ke perlawanan akhir juga gagal untuk bertindak cemerlang.Namun T-Team berjaya membolosi gawang Negeri sembilan terlebih dahulu apabila sepakan Mohd Fitri Omar melepasi gawang Negeri Sembilan pada minit ke 72 . Negeri Sembilan seolah-olah dikejutkan dari tidur membalas kembali seminit kemudian apabila Shahurain Abu Samah berjaya menjaringkan gol di minit ke 73.
Gawang T-Team dibolosi lagi pada minit ke-80 hasil tandukan lembut Shukur Adan yang menerima bola dari G. Mahathevan dari jarak 25 meter.
Perlawanan pusingan kedua separuh akhir antara Negeri Sembilan dan T-Team menyaksikan 5 kad kuning dan 2 kad merah dilayangkan oleh pengadil Nagor Amir Noor Mohamad.
Negeri Sembilan layak ke akhir dengan aggreget 6-3 menentang T-Team dan pastinya akan bertemu Terengganu juara Piala FA 2011. Turut bersama penonton pada malam tadi menyaksikan perlawanan separuh akhir ini ialah Presiden PBNS, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan .
Perlawanan akhir Piala Malaysia diadakan pada 29 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam, Selangor.
oleh : DudiAziz@n9kini.com
Terima Kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Presiden PBNS kerana telah membawa pembangunan Bolasepak Negeri Sembilan ketahap yang amat membanggakan dan melakarkan sejarah sebagai sebuah pasukan yang hebat antara yang terhebat di dalam kancah Bolasepak tanah air setelah 3 kali ke separuh akhir Piala Malaysia , 3 kali ke pertandingan akhir, sekali juara sekali Naib Juara dan pastinya kita mengidamkan kejuaraan kali ke dua dalam masa tiga tahun. Sekali menjuarai piala FA. SEMOGA PEMBANGUNAN BOLASEPAK NEGERI SEMBILAN AKAN TERUS GEMILANG DI BAWAH KEPIMPINAN DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD HAJI HASAN.
sumber dari Politik Negeri Sembilan
No comments:
Post a Comment