Harakah Mengaku Mat Sabu "Celupar"
Sebenarnya, kerajaan selama ini tidak pernah menganaktirikan bekas-bekas tentera dan anggota keselamatan negara kerana hampir saban tahun dalam bajet negara ,kerajaan tidak pernah melupakan jasa dan bakti bekas perajurit negara yang berkorban jiwa dan raga dalam mempertahankan kedaulatan negara.PAS cuba mengambil mileage atas isu pemberian insentif oleh kerajaan kepada bekas-bekas anggota keselamatan negara dengan mengatakan ini semua atas jasa Mat Sabu dan sepatutnya mereka mengucapkan terima kasih kepada Mat Sabu.
Piraahhh....pasal apa pula nak terima kasih kepada Mat Sabu padahal dialah yang menjatuhkan maruah anggota-anggota keselamatan sebelum merdeka dan mengangkat pihak komunis sebagai pejuang negara.Orang macam inikah yang perlu diberi ucapan terima kasih selepas menghinakan darah dan keringat perajurit-perajurit negara.
Sudahla PAS,jangan jadi seperti "lembu punya susu sapi dapat nama".
Orang lain punya bajet ,korang pulak yang nak nama.
No comments:
Post a Comment