Thursday, 13 October 2011

PAS halal pegang BABI?



Konspirasi Terancang PAS

Masih ingatkan anda dengan Kes Kepala Babi dalam sebuah surau di IPTA pada Bulan April tahun 2009 sewaktu musim pemilihan Kampus? Jika tidak ingat .Ini ada sedikit kenyataan berhubung isu tersebut.

Kepala Babi Dalam Masjid APIUM
"Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut. Kepala haiwan tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi iaitu sebelum Subuh. Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam. “Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam)."

Petikan Dari Blogg Pro Mahasiswa UM

Bila tersebarnya cerita Kepala Babi atas bendera PAS ini pada waktu berlangsungnya Pilihanraya kampus maka Undi Simpati datang mencurah curah kepada Pro Mahasiswa yang kita tahu ditaja oleh parti pembangkang terutama PAS.

"Pro-Mahasiswa yang menguasai lapan kerusi umum dari sembilan kerusi yang dipertandingkan sekaligus melayakkan mereka menguasai kepimpinan majlis tertinggi MPMUM bagi sesi kali ini. Pengerusi kumpulan Pro Mahasiswa, Norazali Zainudin berkata kemenangan tersebut adalah di luar jangkaan kerana pada kali terakhir kumpulan pro Mahasiswa menang adalah pada tahun 2004."

Sumber Harakahdaily



Perhatikan video diatas ini apabila isu Babi di kampus UM dinyatakan dalam meraikan kemenangan Pro Mahasiswa di UM. Dengar juga ulasan seorang pelajar Pro Mahasiswa yang menafikan menggunakan politik kotor dalam meraih kemenangan.

Apa yang hendak sampaikan disini adalah faktor yang memberikan kemenangan besar buat Pro Mahasiswa di UM dan juga kampus kampus yang lain ekoran dari Kepala Babi yang dialas bendera PAS didalam Surau UM.

Kepala Babi satu hal yang sensitif buat umat Islam dan ditambah pula letaknya kepala babi itu adalah beralaskan bendera PAS yang memberikan simpati kepada Pro Mahasiswa yang dibiayai oleh Parti PAS. Tu Fakta dan Realiti dalam isu kemenangan Pro Mahasiswa di UM pada tahun 2009.


Siapa Yang Meletakkan Kepala Babi?

Bila terjadi pekara tersebut maka ramai yang akan menuduh Pro Aspirasi yang meletakkan kepala babi diatas bendera PAS dan didalam Surau UM. Pro Aspirasi diketahui mempunyai kaitan dengan UMNO dan BN maka perebutan diantara Pro Mahasiswa dan Aspirasi juga tidak banyak beza diantara pertandingan Pakatan Rakyat PAS,DAP,PKR dan juga UMNO, BN.

Maka sebab itulah Pro Mahasiswa menang besar dan ramai yang menyatakan pelajar Pro Aspirasi meletakkan kepala Babi dalam menghina PAS parti yang didukung Pro Mahasiswa.


Namun demikian apabila siasatan dijalankan maka diketahui bahawa 6 orang pelajar UM lah yang meletakkan Kepala Babi diatas bendera PAS dalam surau UM pada awal pagi sebelum Subuh. 6 Pelajar tersebut datangnya dari pantai timur dan merupakan Pro Mahasiswa yang juga ditaja oleh PAS.

Siasatan pihak Polis yang menjerumus kearah 6 orang tersebut akhirnya lengkap dan pihak Universiti Malaya mengambil tindakan Membuang ke enam enam pelajar tersebut ekoran dari Kepala Babi yang diletakkan di Surau UM. Ramai yang tidak mengetahui cerita ini kerana Pro Mahasiswa sudah pun menang Pilihanraya Kampus dan orang tidak lagi bercerita mengenai kepala Babi didalam Surau UM.

6 orang pelajar yang dibuang itu tidak memasuki mana mana pusat pengajian Tinggi kerana telah disenarai hitamkan dan mereka kembali ke negeri mereka masing masing dikatakan  4 org dari kelantan dan 2 org dari Terengganu.

Kemana perginya 6 orang pelajar PAS yang meletakkan kepala Babi diatas bendera PAS dalam surau UM waktu ini? Untuk makluman semua, sejurus sahaja keenam enam mereka dibuang dari UM, PAS telah mengambil kesemua mereka ini untuk duduk membuang tugas tugas didalam parti PAS.

Dan sehingga ke hari ini juga difahamkan keenam enam mereka ini masih lagi didalam PAS pusat dengan diletakkan dipelbagai jawatan yang  diyakinkan antara pencetus kepada gerakan Saraf bagi menarik sokongan kepada parti PAS.

Malah Gambar kepala Babi atas bendera PAS ini telah dijaja mereka PAS ke mana sahaja yang mendakwa UMNO yang punya angkara sampai meletakkan Kepala Babi diatas bendera PAS. Tu realitinya yang berlaku dalam PAS mencari undi simpati Politik.

Apa yang penting untuk disampaikan disini adalah bagaimana mereka PAS menggunakan apa sahaja dalam memastikan mereka menang dalam setiap pengundian yang dijalankan. Sama ada melalui cara betul ataupun salah mahupun dengan cara yang bangsat matlamat PAS adalah kemenangan meraih simpati dan undi.

Dalam isu Kepala Babi di UM ini jelas bahawa satu tindakan Ekstrem dengan meletakkan kepala Babi diatas bendera PAS dan didalam surau telah memberikan kemenangan besar buat pro Mahasiswa dan juga simpati ke atas parti PAS.

Jika kita berfikir secara logik akal adalah mustahil pro Aspirasi begitu Bodoh untuk meletakkan Kepala Babi diatas bendera PAS yang mana mereka sendiri akan tahu bahawa undi simpati akan pergi ke pro Mahasiswa dan akan memberikan keuntungan buat Pro Mahasiswa dalam pilihanraya kampus.

Politik PAS menghalalkan apa sahaja demi meraih sokongan Undi baut mencapai kemenangan mereka dalam mendapatkan kuasa Politik. Blogg Angin Perubahan ada mengulas isu Kepala Babi pada tahun 2009 

No comments:

Post a Comment

Others Blog Archive