GUA MUSANG - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengisytiharkan kawasan rizab penempatan Orang Asli seluas 606.6 ekar di Pos Jedip dalam satu majlis di pos tersebut semalam.
Pada majlis tersebut juga Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletakkan batu asas untuk Pusat Pertanian Belia Orang Asli di tempat yang sama.
Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan juga mengumumkan tanah seluas 158 ekar di pos tersebut akan dibangunkan sebagai pusat latihan pertanian Orang Asli.Tiga perkara penting berlaku di Pos Jedip semalam.
Semuanya berlaku selepas Orang Asli beberapa kali mengamuk dan membuat demonstrasi di di sini serta Kota Bharu. Paling menarik adalah rizab penempatan Orang Asli, hanya 600 ekar sahaja untuk beribu Orang Asli di Gua Musang sedangkan berpuluh ribu ekar di belasah oleh taukeh balak dan Ladang Rakyat.
Kedua, peletakkan batu asas. Itu bukan benda baru, sejak 20 tahun lalu meletakkan batu asas adalah salah satu tugas Kerajaan Pas Kelantan.
Berpuluh batu asas diletakkan tetapi 90 peratus daripadanya menjadi batu nisan.
Yang ada hanya batu asas!. Letak batu asas tetapi tidak buat apa. Itu kerja kerajaan Pas Kelantan. Semalam sekali lagi janji dibuat.
Mungkin Tuan Guru Nik Abdul Aziz boleh membelek kembali kitab apa hukum mungkir janji. -
KELATEKITO.NET
Salam sejahtera, mohon dilink blog hamba disini..
ReplyDeleteBlog Raja telah dilink diblog hamba..
Terima Kasih..
http://klboyzwangsa.blogspot.com