dengar lagu ni dari nurul izzah
budaya pornografi,,, sex,,zina,,yahudi,,,casino roler...dan tentunya zionisme,,,,,
Seksualiti Merdeka
Berlagu Hanya nyayian dlm sepi la Anak Kesayangan Si Ketua Peliw.. ni nampak gayanya. Nak pulak lepas dia baca artikel dibawah ni.
KUALA LUMPUR 3 Nov. - Isu saiz gerai kecil di Bazaria Pantai tidak wajar ditimbulkan, sebaliknya semua pihak perlu melihat kewujudan
bazar itu dari sudut positif terutama usaha membangunkan peniaga kecil Melayu.Setiausaha Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan Cawangan Lembah Pantai, Fauzi Che Ahmad berkata, tindakan sesetengah pihak mempersoalkan saiz gerai itu dianggap mempunyai motif tertentu.Antara pihak yang mempersoalkan saiz gerai di bazaria itu ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.Menurut Fauzi , golongan itu hanya mahu meraih populariti murahan sedangkan mereka tidak pernah bersama-sama
membangunkan peniaga di kawasan itu."Isu mengenai saiz gerai tidak timbul kerana dengan saiz itu lebih banyak gerai dapat dibina dan dengan itu lebih ramai peniaga yang berpeluang berniaga dengan suasana lebih sempurna."Saya sendiri menerima banyak permintaan daripada peniaga luar untuk memperoleh gerai di situ, namun ia satu perkara yang mustahil kerana ia dikhaskan untuk proses pemindahan peniaga sekitar Pantai Dalam," katanya di sini baru-baru ini.Fauzi menambah, projek Bazaria Pantai itu merupakan program tanggungjawab sosial CSR pihak swasta dan sejak projek itu mula dirancang, wakil rakyat tersebut tidak pernah terlibat.
Katanya, projek itu juga dipantau oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang merupakan pihak berkuasa yang mempunyai ramai pegawai profesional, selain berpengalaman luas dalam soal tersebut.
"Saya harap pihak yang berkepentingan supaya mengambil berat tentang sesuatu projek sejak dari awal supaya tidak timbul pelbagai isu apabila projek sudah siap," katanya.
Bazaria Pantai di Pantai Permai, Pantai Dalam di sini yang mula beroperasi sejak beberapa minggu lalu adalah bukti kejayaan kepada kesungguhan kerajaan untuk menjadikan suasana perniagaan di ibu negara selesa kepada semua pihak.
Selain memberikan peniaga ruang terbaik untuk memajukan diri, bazar itu juga berjaya mengatasi masalah kesesakan di kawasan itu berikutan kewujudan gerai di tepi jalan sebelum ini sehingga menjadi rungutan banyak pihak.
Kini, semua peniaga gerai itu akan berpindah ke situ dan orang ramai boleh menjamu selera dalam suasana yang lebih selesa dan selamat.
Peniaga yang ditemui mengakui mereka sangat teruja menjalankan perniagaan di situ kerana kemudahan dan keselesaan yang terdapat di situ ternyata jauh lebih baik daripada gerai lama mereka.
Seorang pengusaha butik pakaian, Nur Hafizah Alias, 29, berkata, dahulu dia hanya berniaga di tepi- tepi jalan sahaja, namun setelah mula berniaga di bazar itu, perniagaannya kini lebih teratur.
Katanya, selain lokasi yang sangat strategik yang memudahkan orang ramai untuk mengunjungi bazar itu, pelbagai kemudahan turut disediakan, di samping mempunyai landskap yang menarik.
“Bazar ini dilihat jauh lebih selesa berbanding kawasan perniagaan yang dulu, yang rata-ratanya terletak di tepi jalan. Apa yang lebih penting ialah para peniaga di sini kini mempunyai lesen. Dahulu kami tidak mempunyai lesen,” katanya.
Seorang peniaga yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Pantai, Puchong, Abdul Latiff Dawi berkata, bazar itu telah merubah landskap perniagaan Pantai Permai kepada yang lebih baik.
“Gerai-gerai di sini lebih tersusun dan sangat selesa berbanding gerai pada masa lalu. Perkembangan ini merupakan satu transformasi kepada peniaga setelah sekian lama menjalankan perniagaan di tepi jalan,” katanya.
Abu Budin, 75, yang mengusahakan perniagaan runcit pula merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kumpulan Amona kerana mewujudkan bazar tersebut.
Katanya, dia kini berniaga dengan lebih selesa di kawasan perniagaan yang sangat cantik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
Sementara itu, Penolong Pegawai Kesihatan DBKL, Azlan Abdullah berkata, proses pemindahan peniaga ke bazar tersebut sedang giat dijalankan.
Katanya, dalam dua minggu lagi, para peniaga dijangka akan memenuhi bazar tersebut dan bazar itu akan beroperasi sepenuhnya.
Raja Laut Kata:binga ini nk uruskan Lembah Pantai jahanam dibuat baik "bernyanyi nyanyi saja la dilaman "
No comments:
Post a Comment