Sunday, 10 June 2012


RAKYAT JANGAN TERPEDAYA JANJI MANIS PEMBANGKANG



Bilakah Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) akan diadakan??? Kini persoalan itulah yang sering bermain diminda setiap rakyat Malaysia. Bila PRU-13 dirasakan semakin hampir, semakin rancak pihak pembangkang menabur janji-janji manis untuk memenangi hati rakyat yang kini dirasakan semakin jauh dengan mereka. Dan semua pun dah tau dan arif bila tiba musim Pilihanraya dah pastinya pembangkang akan tampil dengan pelbagai janji yang kadangkalanya tak masuk akal. 


Bebeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dari dulu cuba memenuhi kehendak rakyat tidak mengira waktu dan masa. Pelbagai program telah dilaksanakan demi kepentingan rakyat. Janji kerajaan untuk memeberikan bantuan kepada rakyat yang kurang berkemampuan juga telah ditunaikan tidak mengira agama, kaum, bangsa dan perbezaan ideologi politik. Sebab itulah sehingga kini sokongan rakyat kepada BN tidak pernah pudar malah semakin mendalam.

Sebagai rakyat, kita seharusnya sedar bahawa apa yang dijanjikan pembangkang selama ni hanyalah mahu mengaburi mata rakyat tanpa memikirkan kesannya kepada negara kelak. Antara janji-janji pembangkang adalah mahu menghapuskan kutipan tol, memberikan gaji minimum RM4,000 sebulan dan menghapuskan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Semua janji yang ditabur itu adalah tidak realistic dan hanya gimik untuk meraih undi rakyat.

Bukan mudah untuk mengurus tadbir wang negara ini kerana ia memerlukan keseimbangan bagi mengimbangi keperluan negara seperti membina jalan raya, memberi tajaan biasiswa kepada pelajar dan menyediakan kemudahan infrastruktur lain untuk kegunaan rakyat. Janji macam-macam tapi apa yang penting kita lihat mereka tidak mampu serta tidak pernah tunaikan. Macam mana nak tunai janji yang diberikan dan memerintah negara, sedangkanl negeri yang mereka perintah juga berada dalam keadaan kelam-kabut. Rakyat seharusnya bijak menilai dan mengukur pencapaian kerajaan Barisan Nasional dengan pakatan pembangkang.

Kesimpulannya, rakyat di Negara ini perlulah membuka mata dan hati menolak segala janji-janji manis pembangkang seterusnya hargailah apa yang kerajaan berikan dan sediakan demi kepentingan semua selama ini. Janganlah sesekali terpedaya dengan tipu helah pembangkang yang hanya mahu menjatuhkan keraan yang sedia ada ini. Setiap rakyat negara ini akan membantu diri mereka sendiri dengan menolong menyelamatkan negara yang menjadi tempat tinggal mereka ini sentiasa berada dalam keadaan yang selamat. Kita tak boleh menjamin jika pihak yang menggantikan pemimpin sedia ada mampu melakukan apa yang dilakukan oleh mereka, lebih baik kita kekalkan apa yang ada sekarang ini.


No comments:

Post a Comment

Others Blog Archive