Tuesday 5 June 2012

NIK AZIZ UNDURLAH RUMAH KATA PERGI KUBUR KATA MARI


PANAS! GERAKAN BESAR-BESARAN DALAM PAS DESAK NIK AZIZ UNDUR

Sudah terang lagikan bersuluh. Desakan supaya Nik Aziz berundur oleh kalangan ahli PAS 
sudah tidak boleh disorok lagi.  Jika Nik Aziz masih kekal bertanding pada PRU13 meletakkan 
beliau ahli politik paling tua yang bertanding. Berundurlah!



















Nampaknya sebahagian ulama yang cintakan perpaduan di dalam PAS sudah mula bersuara. 
Mereka percaya kedudukan Nik Aziz sebagai Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS perlu diganti 
segera bagi mengelakkan kekeliruan serta kenyataan bercanggah di kalangan pemimpin
utama parti tersebut.



Bekas Ketua Penerangan PAS 
Selangor, Hasan Basri Mohamad
 berkata, perkara itu wajar
dipertimbangkan dengan serius
 bagi memastikan tidak berlaku 
perpecahan yang lebih besar 
di kalangan ahli parti dan masyarakt
Islam Malaysia secara keseluruhannya.Katanya, kedudukan Nik Aziz sebagi Menteri 
Besar Kelantan menyumbang kepada kekalutan parti kerana segala kenyataan
pemimpin itu kini dilihat lebih kepada menjaga kepentingan politik berbanding lunas
Islam seperti terkandung di dalam Al-Quran serta hadis.


"Nik Aziz terpaksa menarik balik kenyataan menyokong usaha muzakarah di antara 
UMNO dengan PAS hanya kerana presiden parti tidak bersetuju dengan perkara itu.
"Majlis syura PAS kini tiada lagi kredibiliti kerana diketuai oleh seorang Menteri 
Besar dan juga Mursyidul Am PAS yang jelas mendapatkan nasihat daripada golongan
 parasit dalam PAS yang semakin menghancurkan," katanya ketika dihubungi di sini 
hari ini.
Hasan Basri mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang 
mengatakan percanggahan pendapat yang ketara di antara Abdul Hadi dan Nik Aziz 
dalam beberapa isu mengelirukan rakyat.
Sebagai contoh, Nik Aziz pernah mendakwa para pengundi PAS mendapat ganjaran 
syurga tetapi disanggah oleh Abdul Hadi baru-baru ini dan kedua-dua pemimpin itu 
turut bercanggah pendapat dalam hal Perdana Menteri Melayu serta muzakarah PAS 
dengan UMNO.
Hasan Barsi menambah, kenyataan Nik Aziz dan Abdul Hadi kebelakangan ini jelas
 menampakkan parti itu cuba sedaya upaya menjaga hubungan dengan sekutu dalam
 pembangkang iaitu DAP dan PKR.

No comments:

Post a Comment

Others Blog Archive