Thursday 7 June 2012

Khairy Gesa Beri Semula PTPTN Kepada Unisel


Khairy Gesa Beri Semula PTPTN Kepada Unisel


Khairy Gesa Beri Semula PTPTN Kepada Unisel






PETALING JAYA: Pemuda Umno menggesa agar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuka semula penyaluran pinjaman kepada pelajar-pelajar Universiti Selangor (Unisel).

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pelajar universiti itu tidak seharusnya menjadi mangsa kepada sikap kerajaan pembangkang yang ternyata gagal menyediakan pendidikan percuma di universiti di bawah pentadbiran mereka.

"Memang sudah terbukti mereka (pembangkang) tidak mampu melaksanakan sistem pendidikan percuma.

"Oleh sebab itu janganlah jadikan pelajar-pelajar baru yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi ini menjadi mangsa keadaan...berilah PTPTN kepada mereka yang ingin mendapatkannya,
" katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan PTPTN membekukan pinjaman kepada pelajar Unisel buat sementara waktu bermula sesi kemasukan April lalu.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira desakan parti pembangkang supaya pinjaman tersebut dimansuhkan dan pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata: "Matlamat politik untuk beri pengajaran kepada pembangkang sudah kita buktikan iaitu mereka memang tak mampu beri pendidikan percuma...jadi cukuplah tu.


"Berilah semula pinjaman kepada pelajar-pelajar itu," katanya

No comments:

Post a Comment

Others Blog Archive