KUALA LUMPUR 11 Jun - Semua ahli Pas yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya diminta menangguh ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Berita itu disiarkan oleh selangorku.com bertarikh 5 Jun lalu yang dipetik olehhttp://www.rbfonline. net hari ini.TANGGUHKAN Untuk Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)tahun ini!!!!!!!!!!!!!!!
Kata Tuan Ibrahim, penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana Pas memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa berlangsungnya pilihan raya umum tersebut.
"Inilah masalah yang dihadapi negara kita berhubung tarikh pilihan raya menyebabkan rakyat susah untuk membuat perancangan. Kalau ikut pemantauan kita, memang dijangkakan pilihan raya bakal diadakan pada musim haji tahun ini.
"Kalau berlaku demikian, kita minta ahli Pas yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya sama ada sebagai calon atau wakil calon atau agen parti untuk menangguh ibadah haji ke tahun hadapan,'' kata Tuan Ibrahim seperti dipetik menerusi laporan berita itu.
Tuan Ibrahim juga berkata, jika pilihan raya diadakan pada musim haji ia akan mendatangkan kesukaran bagi pengundi yang dipilih untuk ke Mekah.
''Kita melahirkan rasa dukacita terhadap perkara ini. Takkan kita nak salahkan orang ramai untuk menunaikan ibadah haji? Kerajaan sepatutnya lebih awal tetapkan tarikh, supaya tidak mengganggu perkara-perkara lain,'' ujarnya.
Sebagai reaksi kepada kenyataan Tuan Ibrahim itu, blog berkenaan menyifatkan Pas lebih mementingkan agenda politik hingga sanggup meminta ahli mereka yang terpilih sebagai jemaah haji tahun ini menangguhkan pemergian mereka.
"Perlu diingat ibadah haji adalah Rukun Islam yang kelima. Pertama mengucap syahadah dan diikuti dengan sembahyang lima waktu, puasa, zakat dan haji," kata blog berkenaan.
Menurut blog itu lagi, sekiranya ada di antara ahli parti yang menangguhkan ibadat haji tahun ini meninggal dunia tanpa sempat menunaikannya, Pas harus bertanggungjawab.
Pada masa sama, blog itu turut meminta rakyat membuka mata terhadap permintaan pemimpin Pas tersebut.
Rukun Islam ada lima (5) perkara :
(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat
"Pas adalah sebuah parti politik yang luar biasa untuk mengejar kepentingan politik sehingga sanggup lakukan apa sahaja demi politik. Inilah yang dinamakan binatang politik atau pun dipanggil political animal," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, blog berkenaan menjelaskan, setakat ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah membuat kenyataan akan membubarkan Parlimen pada musim haji.
"Soal tarikh pilihan raya umum yang tidak ditetapkan juga tidak timbul. Semua orang tahu penggal pemerintahan akan tamat lima tahun dari tarikh kali pertama Parlimen bersidang selepas pilihan raya umum.
"Untuk penggal kali ini iaitu penggal ke-12, Parlimen pertama bersidang pada 28 April 2008 dan tamat pada 28 April 2013. Masih ada setahun lagi tempoh untuk diadakan pilihan raya," kata blog itu.
Pada masa sama, tambah blog itu, terpulang kepada Perdana Menteri sama ada mahu membubarkan Parlimen lebih awal dari tarikh berkenaan atau sebaliknya.
''Jika Pas hendak kata Perdana Menteri tidak menetapkan lebih awal bila hendak bubarkan Parlimen, bagaimana pula dengan negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang?
''Adakah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah umumkan bila mereka mahu bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri-negeri mereka?" katanya.
No comments:
Post a Comment