Sekolah Methodist, alat penyebaran Kristian ke alam Melayu
Terkini, sempena sambutan ulang tahun ke-120 Sekolah Methodist Lelaki Pulau Pinang, pihak gereja Methodist mahu membina lebih sekolah swasta, sebagai altenatif kepada penurunan standard akademik di sekolah-sekolah kebangsaan.
Menurut biskop Dr Hwa Yung, misi Gereja Methodist ialah membina rangkaian sekolah swasta agar golongan muda Malaysia akan menikmati pendidikan terbaik. Kenyataan ini jelas-jelas menghina sistem pendidikan kebangsaan.
Jika pendidikan kebangsaan tidak ada standard, kenapa saban tahun pelajar-pelajar kita diterima belajar di luar negara? Kenapa ultra kiasu begitu lantang mahukan biasiswa JPA diberikan kepada mereka? Tidakkah semua mereka produk daripada sekolah kebangsaan?
Alasan simplisitik gereja Methodist dengan merujuk kejayaan dengan kerjasama mazhab Kristian yang lain terlibat dalam bidang pendidikan sejak 1800-an apabila British datang ke negara ini.
Gereja Methodist mempunyai 26 sekolah menengah dan 42 sekolah rendah yang mendapat bantuan kerajaan, enam sekolah swasta dan sebuah kolej persendirian. Gereja Methodist kesal kerana kebanyakan sekolah mubaligh kini berada di bawah kawalan kerajaan dan beroperasi atas dasar-dasar yang tidak “simpati” kepada sekolah-sekolah jenis itu.
Kini, gereja Methodist bergerak aktif dengan memulakan sekolah bagi penduduk di kawasan luar bandar yang tiada akses kepada sekolah-sekolah kerajaan. Selepas itu, menurut Gereja Methodist, mereka mahukan Methodist College ditubuhkan bagi mencapai taraf kolej universiti pada masa akan datang.
Saya yakin mereka akan menggunakan peluang-peluang ini sepenuhnya di negeri-negeri yang ditadbir oleh ultra kiasu, terutama Pulau Pinang.
Kerajaan perlu sedar akan strategi ini. Matlamat mereka hanya satu, untuk menyebarkan ajaran Kristian di negara ini.
Saya amat mengharapkan kerajaan tidak akan tunduk atau melulus sekolah dan kolej missionari ini. Mereka mempunyai perancangan yang licik untuk merealisasikan cita-cita mereka, menjadi rantau Melayu ini sebagai sasaran Kristian setelah mereka gagal di Barat.
Saya cadangkan pihak gereja bawa idea sekolah ini untuk dibina di negara China. Adakah kerajan China akan terima?
Janganlah terlalu mengutuk negara sendiri, untuk memenuhi tuntutan dan strategi Kristianisasi. Kita semua tahu perancangan licik dan jahat pihak gereja.
Petikan dari Redhuan Tee di Minda Melayu sini
U/P Gereja Methodist adalah mazhab gereja Damansara Utama Methodist Church yang disiasat baru-baru oleh JAIS.
Ia juga gereja yang ada penglibatan pemimpin DAP Perak dari kaum Foochow, Pastor Datok Ngeh Koo Ham dan sepupunya Nga Kor Meng.
Rangkaian kaum Foochow dan gereja Methodist juga diguna oleh DAP dan Ngeh untuk menembusi Sibu semasa PRK untuk menewaskan BN pada bulan Mei.
Usaha menerap nilai-nilai Kristian di sekolah biasa?
Satu rungutan bangsa asing terhadap sistem sekolah kebangsaan adalah kononnya elemen ugama Islam yang terlalu banyak dalam proses pendidikan.Ini menjadi asas mereka mengkritik polisi penerapan nilai-nilai Islam yang sebenarnya adalah juga nilai-nilai sejagat yang ada dalam bangsa dan pemnganut ugama lain. Kononnya kerajaan mahu menjalankan dakwah Islam terhadap orang bukan Islam.
Sebenarnya asas nilai yang mahu diterapkan polisi era Mahathir adalah supaya sektor awam menerap nilai kerja yang etika, rajin dan efisyen.
Sungai Rapat Online mendedahkan semalam rupanya dalam mereka merungut dan mengkritik, mereka juga terlibat menggunakan penerapan nilai-nilai Kristian dalam sistem pelajaran.
Ogos 18hb, 2011Ini baru sekolah kebangsaan biasa.
Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Jalan Kuchai Lama di sini hari ini ditemubual oleh Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP) melaporkan terdapat kelas tambahan di sekolah itu yang menerapkan nilai-nilai agama Kristian kepada pelajar Islam.
Difahamkan, Bahagian Sektor Pendidikan Islam JPNWP hadir ke sekolah terbabit pada pukul 8.30 pagi tadi dan selesai menemu bual pelajar tersebut kira-kira pada pukul 12 tengah hari.
Menurut sumber, ibu kepada murid tersebut turut hadir semasa sesi itu dan satu mesyuarat turut diadakan disertai oleh pihak-pihak yang terlibat.
Utusan Malaysia hari ini mendedahkan dakwaan seorang guru sekolah berbangsa India yang memberitahu, terdapat murid tahun satu dan enam sekolahnya mampu menyanyikan dengan bersemangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.
Mereka ini menyanyikan lagu ‘Mereka menyanyikan lagu ’Yes, I know Jesus loves me’ dan lagu ‘Hari Ini Ku Rasa Bahagia’ yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib, selain boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib.
Difahamkan mereka ini diterapkan ajaran agama Islam secara halus ketika belajar di kelas tambahan yang diberikan secara percuma oleh sekumpulan pemuda di kawasan itu.
Sementara itu, JPNKL ketika dihubungi turut mengesahkan telah menjalankan siasatan berhubung perkara itu namun enggan mengulas lanjut.
Bagiamana pula dengan sekolah mubaligh seperti sekolah Methodist yang mana hari ini usaha untuk mengeliru, merasuah dan memujuk dakwah masuk Kristian begitu bersungguh-sungguh dan terbuka?
Assalamualaikum, salam 1Malaysia
ReplyDeletesaya mewakili pihak mykmu.net ingin menarik perhatian pihak tuan
bahawasanya...laman web mykmu.net akan mengadakan Majlis Himpunan penulis
penulis maya (blog Politik shj) bertempat di KL pada 14, 15 Oktober 2011, Insya'Allah ..Perdana
Menteri Malaysia akan turut menghadiri majlis tersebut… Tempat adalah terhad
Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu penginapan akan disediakan dan voucer minyak pecuma….
Mohon pada pihak tuan agar menyebarkan berita ini kepada rakan rakan tentang perkara ini....
Tuan boleh menghubungi saya di email cranell@mykmu.net merangkap
setiausaha kerja mykmu.net bagi sebarang pertanyaan dan pengesahan.
jika berminat sila berikan nama, nama blog dan no fon di email tertera diatas untuk pendaftaran dan segala detail mengenai majlis tersebutkan akan disms kepada pihak tuan..
segala kerjasama pihak tuan amatlah dihargai....