AIDCNews – 18/08/11 – Ketika diwawancara TV3 pada 15 Ogos 2011 maka genaplah tiga tahun kes Mohd Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah laknat diliwat oleh majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kira-kira tiga tahun lalu, pada 15 Ogos 2008, hari Jumaat, kira-kira jam 6.15 petang, Mohd Saiful dengan ditemani bapanya Azlan Mohd Lazim bersumpah laknat di Dewan Utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur yang kandungannya seperti berikut :
“Wallahi, Wabillahi dan Watallahi
“Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.
“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat, wallahullam.”
Sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful itu ekoran cabaran yang telah dilakukan oleh Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang ketika itu merupakan Mufti Perlis yang turut disokong oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Selepas berbincang dengan keluarga dan beberapa tokoh agama, katanya, dia mempelawa Anwar untuk bermuhabalah pada 7 Julai 2008, namun tiada sebarang tindakan diambil Anwar.
“Pada awalnya, ia sepatutnya diadakan dengan kehadiran kedua-dua pihak, iaitu saya dan Anwar.
“Namun, setelah dipelawa dan sering berdolak-dalik untuk berminggu-minggu lamanya, saya dan setelah mendapat persetujuan keluarga, memutuskan untuk melafazkan sumpah tersebut bersendirian, iaitu sumpah laknat,’’ katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.
Mohd. Saiful menambah, selepas melafazkan sumpah tersebut,beliau telah difitnah dengan pelbagai tuduhan antaranya dikatakan sakit tenat dan terpaksa membuang air besar menggunakan tiub.
Bagaimanapun, katanya, dakwaan tersebut ternyata tidak benar dan pihak yang memfitnahnya sudah memohon maaf selepas dua tahun.
Pada 31 Jan lalu, Pahang Daily Online (PDO), pihak yang bertanggungjawab memfitnah Mohd Saiful telah membuat permohonan maaf secara terbukadi blognya serta menarik balik enam artikel yang pernah disiarkan sebelum ini yang didakwanya tidak benar.
“Selepas lebih dua tahun artikel itu disiarkan, maka pada hari ini 31 Jan 2011 Pahang Daily Online (PDO) secara rasminya ingin mengumumkan penarikan balik enam artikel berkenaan.
“Selepas lebih dua tahun menghantar krew kami untuk menyiasat kesahihan artikel tentang penyakit misteri Saiful berkenaan, ternyata laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali.
“Malah, melalui beberapa orang saudara mara dan sahabat terdekat Saiful yang ditemui ternyata laporan tentang penyakit misteri beliau yang disiarkan di laman blog ini dua tahun lepas adalah tidak benar sama sekali“, katanya.
“Justeru itu, kami memohon maaf kepada individu terbabit iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan serta keluarganya dan seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan yang berlaku itu.
“Biarpun kami tahu atas penarikan balik artikel tersebut mungkin boleh menjejaskan kredibiliti blog ini, namun demi kebenaran maka kami terpaksa melakukannya.
“Masalah yang berlaku antara Saiful dan Anwar Ibrahim itu adalah hal peribadi mereka berdua“, katanya lagi.
No comments:
Post a Comment