Monday, 22 August 2011

bongkar sampai lubang cacing


Ummi Lapor Polis, Bongkar Semula Kes 98 & Saman Pihak Tertentu





Ummi Hafilda saksi utama kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, hari ini kembali semula membuat laporan polis di di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pukul 12.35 tengahari 27 Jan 2011.
“Tujuan saya membuat laporan polis hari ini atas beberapa sebab. Membongkar semula segala kepalsuan, fitnah terancang, teori konspirasi yang amat keji oleh Anwar, Azmin dan sekutu-sekutunya.
“Kedua membersihkan semula nama baik saya yang telah tercemar dengan begitu dashyat akibat fitnah terancang mereka. Dan ketiga mengheret semua manusia keji yang suka memfitnah ke muka pengadilan supaya dihukum dengan sewajarnya”, kata Ummi.
AIDCNews difahamkan pada tengahari tadi, Ummi Hafilda telah mengemukakan laporan polis ke atas Norazman Abdullah @Baginda dan Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid yang lebih dikenali sebagai Raja Komando kerana sanggup dipergunakan sebagai saksi palsu oleh Anwar dalam kes perbicaraan 1998 untuk menjatuhkan imejnya :
Fitnah Jenayah Ke atas Norazman Abdullah@Baginda
Pada tahun 1998, Anwar membawa saksinya, Norazman Abdullah@Baginda sebagai saksi untuk merosakkan kredibiliti Ummi Hafilda dengan mendakwa mereka pernah mengadakan hubungan seks di London.
Menurut Ummi, beliau tidak mengenali siapakah Norazman@Baginda yang difitnah keatasnya itu.
“Fitnah Jenayah ke atas Baginda@Iban yang saya tidak tahu nama penuhnya siapa. Secara jahat telah memfitnah saya, kononnya saya telah berzina dengannya.
“(Tuduhan ini) tanpa sebarang asas dan bukti serta kebenaran, walaupun saya telah bersumpah laknat 10 tahun yang lalu, tetapi mereka terus mempertikaikannya dan mengaibkan saya di laman-laman blog. Maka saya wajib membersihkan nama saya.
“Saya klasifikasikan Baginda dan Raja Komando adalah saksi palsu yang dibawa oleh Anwar Ibrahim di dalam mahkamah. Dan kita akan bongkar imbuhan yang diberikan setelah mengaibkan dan memfitnah saya.
“Saya ada bukti dimana Raja Komando ini dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang menguruskan semua projek pasir di Selangor. Saya juga mendapat maklumat Baginda diberikan tanah di Selangor,” katanya.
Menyentuh lanjut berkenaan fitnah Baginda, Ummi berkata :
“Kononnya saya nak bagi Baginda RM200, 000…Siapa dia (Baginda)..kebulur sangat ke saya..despardo sangat ke saya..untuk mendapatkan seorang Iban yang dia sendiri murtad, makan babi, tidak bermaruah, hanya seorang pemandu, sebagai seorang balaci. Mana moral saya..dia orang meletakkan tahap moral saya begitu rendah.
“Dan kalau betul lah wujud ‘satu persetubuhan haram’, kenapa sampai hari ini tidak dilemparkan (sebarang bukti)..
“Mengenal tabiat mereka (Anwar-Azmin), (kalau benar mereka ada bukti), mereka akan dedah (seluas-luasnya) dalam blog, video, gambar, surat..kenapa tidak ada sampai hari ini ?.
“Kalau rakaman perbualan saya dengan Datuk Sng (Chee Hua) secara provokasi tentang buku 50 dalil, boleh dirakamkan (secara sembunyi-sembunyi), (dan) kenapa (kalau benar) berlakunya hubungan seks itu di London..kenapa tidak dirakamkan (kerana) itu adalah satu senjata yang boleh membunuh kredibiliti saya ?
“(Kalau benar) Sekurang-kurangnya dia (Baginda) boleh bawa balik selimut…(atau) bawa balik gambar. Dia kata saya berkasih sayang, kenapa tidak ada satupun gambar (yang menunjukkan saya berkasih sayang dengan dia) ?
“Terus terang saya katakan saya tidak mengenali dia secara peribadi.
“Datuk Sng.. ya saya kenal (dia). Dia (Sng) pernah bersama-sama berniaga dengan saya dalam pengiklanan. Jadi setiap kali Sng jumpa saya, sudah tentu Baginda ada di situ (sebab Baginda adalah pemandu peribadi Dato Sng. Sng pula kroni Azmin Ali).
“Dan saya tidak terfikir satu hari Azmin akan gunakan Baginda untuk mengaibkan saya dengan begitu hina”, katanya.
Fitnah Jenayah Ke atas Raja Komando
Menurut Ummi, Raja Komando telah memfinahnya dengan mendakwa Dato Aziz Shamsuddin menuduhnya sebagai ‘seorang pelacur’, sedangkan tuduhan itu semata-mata direka oleh saksi palsu Anwar itu sendiri.
“Raja Komando telah menjadi saksi palsu Anwar dalam kes 1998. (Dia) telah mengheret nama Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir,Datuk Aziz Shamsuddin, kononnya beliau (Datuk Aziz) mengatakan saya seorang pelacur.
“Hakikatnya Datuk Aziz sendiri telah menafikan dengan sekeras-kerasnya dan (Datuk Aziz) bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak berkata seumpama itu terhadap saya kepada Raja Raja Komando”, katanya
Fitnah Jenayah Ke atas Beberapa Laman Maya
Ummi juga turut melaporkan Saman Jenayah ke atas beberapa laman maya, iaitu Tukar Tiub, Tranungkite dan Pria Malaya dan akhbar tabloid Media Rakyat kerana memfitnahnya secara melampau.
“Fitnah Jenayah ke atas beberapa blogger yang tidak bertanggungjawab seperti blog ‘tukar tiub’, ‘tranungkite’ ruang bicara ‘pria malaya’ dan beberapa blogger lagi yang menjadikan isu ini untuk menghentam kredibiliti saya.
“Tranungkite berniat jahat melaporkan bahawa saya telah dipukul dan diserang di restoran saya di Sri Hartamas oleh isteri Tan Sri Muhamad Taib akibat skandal seks yang berlaku di antara kami.
“Satu fitnah yang amat melampau, di mana tidak ada wujud satu keadaan sekalipun dalam sejarah hidup saya diserang oleh mana-mana isteri menteri. Bahkan saya juga baik dengan isteri beliau (Tan Sri Muhamad Taib), iaitu Tengku Zanariah.
Fitnah Jenayah Ke atas ahkbar tabloid Media Rakyat
“Fitnah jenayah kepada Media Rakyat iaitu Dato Kamal Amir yang berniat jahat menyiarkan gambar saya di muka depan dengan tajuk ‘Kisah Dalam Kain Diselak’.
“(Akhbar itu) memfitnah saya begitu melampaui batas, menjejaskan kredibiliti saya, membangkitkan semula isu Baginda dengan begitu hina terhadap saya”, katanya
Dalam sidang media itu, Ummi Hafilda juga turut memohon kepada pihak polis agar menyiasat segala kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Azmin Ali dan isterinya Shamshida Taharin.
“Azmin dengan relanya telah melacurkan isterinya, Shamshida Taharin kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu yang merangkap Menteri Kewangan bagi tujuan mendapatkan kekayaan secara haram melalui pemberian peruntukan saham-saham yang bernilai berjuta-juta ringgit.
“Saya mencabar Azmin dan Amwar membuat laporan polis fitnah jenayah ke atas saya sekiranya apa yang akan saya laporkan ini hanya fitnah semata-mata. Saya dah buat sumpah laknat, Saiful (Bukhari) dah buat, kenapa mereka tak berani buat?,” katanya.
Ummi yang ditemani penasihat undang-undangnya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz turut membawa semua dokumen-dokumen untuk diserahkan kepada pihak polis supaya dapat membantu siasatan.
“Saya rasa telah sampai masanya saya membersihkan nama saya. Saya dah cukup bersabar selama 13 tahun ditelanjangkan, diaibkan dengan begitu hina walaupun saya telah melakukan mengikut lunas-lunas Islam.”
“Saya memanggil suratkhabar satu ketika dulu dan bersumpah laknat melafazkan Wallahi Wabillahi Watalahi bahawa saya tidak mempunyai apa-apa hubungan atau salah laku seks dengan Baginda yang saya tidak kenali secara peribadi,” katanya dalam nada sebak.
Ditanya pemberita tujuan membuat laporan polis setelah 13 tahun berlalu, Ummi berkata dirinya selama ini sudah cukup bersabar kerana isu ini membabitkan abangnya sendiri.
“Pada ketika Anwar dipenjara saya fikir cukuplah, sebolehnya saya tak mahu heret abang dan (kakak) ipar saya tetapi mereka melampaui batas malah kesabaran saya itu diambil kesempatan untuk memfitnah dan menghina saya.
“Saya bersabar dan fikir mungkin selepas lima atau enam tahun, Azmin akan datang kepada saya dan berkata “Ummi, I am sorry” sudah cukup.
“Saya tidak akan buka mulut lagi selepas itu tetapi sampai hari ini orang masih memfitnah saya sebagai perempuan jalang, pelacur dan tidak bermaruah. Saya inginkan kebenaran supaya yang benar ditegakkan dan yang bersalah itu didakwa dimahkamah.
Telah sampai masanya saya membersihkan nama saya…cukuplah, ini maruah saya yang akan saya bawa sampai akhir hayat saya,” katanya


No comments:

Post a Comment

Others Blog Archive