Wednesday 13 June 2012

Pas Dah Bercelaru bila Kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man kok jadi isu


susulan dari ucapan Tuan Ibrahim Tuan Man Klik kat sini

Menjelang PRU 13
SHAH ALAM - Pas Selangor menyokong kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man supaya ahli parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya, menangguhkan ibadah haji bagi menghadapi pilihan   raya umum yang dijangka antara September hingga Oktober.

Pesuruhjayanya, Dr Abdul Rani Osman berkata, beliau menyokong kenyataan tersebut kerana rakyat mempunyai tanggung jawab untuk menentukan masa depan negara walaupun pilihan raya diadakan pada musim haji.

“Kita merujuk hukum Fiqah Awliyat ditakrifkan oleh Dr Yusuf al- Qaradhawi iaitu apabila terdapat dua perkara penting, kita perlu memilih perkara yang lebih berkepentingan. “Menunaikan haji sememangnya penting kepada umat Islam  tetapi hak untuk menentukan kepimpinan negara adalah lebih penting,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada musim haji bagi memastikan pilihan raya berlangsung telus dan adil.

“Kerajaan sepatutnya memberi peluang kepada rakyat untuk memilih dan tentukan masa depan mereka sendiri dan bukan cuba menghalang dengan pelbagai helah,” katanya.

Menurutnya lagi, Pas tidak akan melakukan sebarang provokasi dan mengangkat senjata seperti yang didakwa Barisan Nasional (BN). “Pas tiada masalah jika kalah kelak kerana kami biasa kalah sebelum ini dan tiada sebarang kejadian  tidak diingini berlaku, rakyat sudah cukup matang untuk bertindak,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya mendakwa Umno- Barisan Nasional menafikan hak sebahagian besar rakyat jika mengadakan PRU13 pada musim haji tahun ini.

Kenyataan ini juga disokong oleh Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw yang menegaskan PRU13 ketika musim haji akan mengganggu urusan ibadah umat Islam di negara ini.


 

Menjelang PRU 13
ALOR SETAR - Tidak ada halangan untuk ahli Pas di Kedah mengerjakan haji walaupun kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan ketika musim haji, namun calon yang bakal bertanding perlu berada dalam negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tuntutan kewajipan menunaikan ibadat haji hanya sekali seumur hidup dan oleh itu, memadai jika mereka sudah memenuhinya.

"(Tunai) haji wajib sekali, yang sudah pi (pergi), nak pi buat apa lagi, cukup sekali, orang nak buat pilihan raya, dia nak pi ke lain, itu untuk orang yang sudah pi haji la.

"Ahli (kalau) nak pi, pi la tapi calon sahaja jangan dok pi, sat lagi (nanti) orang nak undi calon, calon dok pi Makkah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, hari ini.

Menurutnya, jika benar PRU13 bakal diadakan ketika musim haji, terpulang kepada ahli sama ada mahu  meneruskan niat itu atau menangguhkannya.

"Pi banyak orang pun tak apa, tak jejas (persediaan pilihan raya), ada ramai lagi, yang tu yang nak mengundi nanti, setakat dua org pi, nak heran apa.

"(Jika ada ahli yang ingin tangguh ibadat haji) itu ikut suka dia, dalam Islam, yang nak pi haji kena ada berkemampuan dan berkeupayaan, keupayaan ini termasuklah jalan selamat, duit cukup, badan sihat, ada orang jaga anak di rumah, bila semua dah 'clear', tidak ganggu (ibadat), baru boleh pi," katanya.

Dalam perkembangan sama, Azizan berkata, tiada keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat berhubung isu penangguhan ahli daripada menunaikan ibadat haji seperti yang didakwa diperkatakan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Saya baru balik dari Kuala Lumpur, mesyuarat AJK Pas pusat, tidak pernah buat keputusan pun, mungkin dia (Tuan Ibrahim) cakap atas kapasiti ketua penerangan, kita tidak tahu.

"Saya tidak mahu kata apa-apa, tidak diputuskan apa-apa, saya tidak dengar (sendiri), takut dia (Tuan Ibrahim) cakap lagu (macam) lain, orang tulis lagu lain, adakah dia maksudkan pengundi, calon atau orang yang sudah pi tetapi nak pi lagi," katanya.

Ketua Penerangan Pas itu didakwa mengeluarkan kenyataan meminta semua ahli Pas yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya untuk menangguhkan ibadat haji bagi memberi laluan kepada PRU13.

Malah, Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kemudiannya menjelaskan bahawa penangguhan itu hanya merujuk kepada calon, wakil calon serta pengarah pilihan raya parti itu.

Haji perlu diutamakan


KUANTAN 13 Jun - Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman mengingatkan umat Islam yang mendapat giliran menunaikan haji tahun ini mengutamakan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu berbanding tanggungjawab mengundi dan melakukan kerja-kerja parti pada pilihan raya.



Beliau berkata, ia berdasarkan prinsip fiqh aulawiyat iaitu meletakkan sesuatu perkara mengikut keutamaan yang mana ibadat haji adalah fardu ain sedangkan mengundi adalah fardu kifayah.

Begitupun, beliau turut mengingatkan, mengundi juga ada keadaannya boleh bertukar menjadi fardu ain jika kepentingan Islam boleh terjejas sekiranya kurang umat Islam mengundi.

"Kalau yang mahu menunaikan haji untuk kali kedua, itu dia boleh tangguh kerana mengundi atau memilih pemimpin juga wajib dan fardu kifayah. Tapi untuk kali pertama dia perlu utamakan haji berbanding mengundi kerana haji adalah rukun Islam yang merupakan fardu ain.

No comments:

Post a Comment

Others Blog Archive