Tuesday 5 June 2012

Anwar mahu kerusi MB untuk PKR




GEMPAR! PROTEGE ANWAR BAKAL MB NEGERI SEMBILAN!

Sedutan Hairan Sinar

Seremban, 6 Jun 2012 : PAS yang merupakan parti Melayu paling senior dalam Pakatan Pembangkang 
ilaporkan bersetuju untuk menyerahkan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan kepada rakan baik mereka 
dalam Pakatan Pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat 
sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi 
DUN Negeri Sembilan pada PRU 13

Parti PAS yang dilaporkan sebelum ini memberikan banyak 
kerusi kepada Parti Keadilan Rakyat di Kelantan
 sekali lagi dilihat berbuat demikian di Negeri Sembilan 
atas semangat setia kawan pakatan.

Calon yang telah dikenalpasti oleh PAS dan PKR untuk 
menjadi  Menteri Besar ialah Mohamad Rafaie 
Abdul Malek yang juga merupakan  Ahli Majlis Pimpinan 
Pusat (MPP) PKR.  

Sebelum ini Cha Kee Chin (DAP) Adun Bukit Kepayang dilaporkan mengaku bahawa DAP akan 
menyerahkan kerusi Menteri Besar kepada orang Melayu tetapi tidak menyatakan calon MB semestinya 
dari PKR ataupun PAS. Sumber dalaman DAP mengakui bahawa Parti ini sedang cuba melobi 
beberapa Professional Melayu bagi mewakili DAP dalam PRU 13 di Negeri Sembilan.

Rafaie yang ditemui memberikan keyakinan bahawa calon PKR atau 
PAS bakal menjadi MB dan beliau 
juga optimis kemungkinan beliau antara bakal calon MB di atas 
kelebihan bilangan kerusi yang diyakini 
dimenangi PKR dalam PRU 13.
  
  

No comments:

Post a Comment

Others Blog Archive