Friday, 30 September 2011

Nasharuddin Mat Isa Pilih UMNO?

SIDANG MEDIA hari ini... NASHARUDDIN MAT ISA UMUM SERTAI UMNO!!?


 
Nampaknya kemunculan semula Ustaz Nasharuddin Mat Isa pada  hari ini dikatakan memberi kejutan besar buat dunia politik tanah air. Setelah sekian lama dipulaukan Pimpinan Tertinggi PAS dan Pakatan dek kerana usaha beliau untuk berbincang dengan UMNO mengenai kemantapan Islam demi masa depan Negara. Tidak. Beliau tidak akan menyertai UMNO. Mungkin salah 1 sebab kerana terikat dengan Ba'iah yang telah disumpah, jikalau keluar dari PAS, maka jatuhlah talak ke atas Isteri atau Suami. Namun jauh di sudut hati, beliau masih setia pada perjuangan sebenar PAS. Yang kini kian terpesong akibat kehadiran Pemimpin2 Baru yang bakal mensekularkan parti tersebut. Esok Ustaz Nasha dijangka akan menghadiri dan bekerjasama dalam menjayakan Misi Bantuan Palestin yang dianjurkan oleh Yayasan Al Quds Malaysia pada hari ini(Sabtu) jam 2:45 petang di REST Ar Rawsya, Bulatan Kg. Pandan KL. Program yang dianjurkan sekian lama ini mengambil inspirasi Tun Mahathir yang lantang memperjuangkan nasib rakyat Islam Palestin. Turut hadir pada program ini termasuklah Mukhriz Mahathir. Kehadiran berani Ustaz Nasha ini bakal mencetuskan kemarahan beberapa Pemimpin PAS yang melihat Ustaz Nasha lebih kepada Proksi UMNO. Istilah ini sebenarnya sengaja dibangkitkan beberapa puak Pemimpin PAS yang turut disertai Khalid Samad dan Mahfuz Omar bagi menjatuhkan kepimpinan Ulama' seperti Ustaz Nasharuddin, Dr. Hasan Ali dan yang terbaru, Ustaz Azizan Abdul Razak (MB Kedah). Puak2 ini akan menabur fitnah terhadap Kepimpinan Parti baik di peringkat Pusat mahupun Negeri2 bagi menggambarkan tindakan Ustaz Nasha yang ikhlas mahu turut serta dalam program amal ini sebagai tindakan retorik politik semata2. Semoga Allah melindungi Ustaz Nasharuddin dan diberikan kekuatan dalam meneruskan khidmat seorang Pemimpin. Inilah pengajarannya apabila bersekongkol dengan sebuah Parti yang menggunakan Islam sebagai senjata politik semata2, sehingga dijadikan alat mainan, demi merampas kuasa pemerintahan. Pemimpin yang jujur seperti Ustaz Nasha tidak akan bertahan lama. Yang tinggal adalah dajal2 yang bakal menjahanamkan perjuangan Islam. RL- tiada gunanya kalau tidak sehaluan dalam parti.tidak salah jika ustad Nasa pilih UMNO.

No comments:

Post a Comment

Others Blog Archive