Saturday 5 April 2014

Mana perginya Wang RM1 Juta Ladang Sungai Terah Husam Musa Wajib Jawab.

Bercakap mengenai integrity, saya tertanya mana pergi wang berjumlah RM 1,000,000.00 yang disumbangkan oleh syarikat Sungai Ladang Sungai Terah Sdn Bhd kepada pemimpin PAS Hussam Musa. Sumbangan yang diberikan oleh syarikat ini adalah untuk projek Lebuhraya Rakyat yang dijaja oleh kerajaan PAS Kelantan.

Umum tahu bahawa projek Lebuhraya Rakyat yang dijual oleh puak PAS ini kini telah diambil alih oleh Kerajaan  Persekutuan Barisan Nasional kerana selepas berjanji hendak siapkan projek ini sampai sekarang tidak ada apa yang telah dilakukan.

  Walupun usaha kerajaan BN ini bagus tapi saya harap rakyat Kelantan dapat memberikan tekanan kepada Husam Musa dan tanya mana pergi duit RM 1 Juta ini? Wallahualam.tklc

Wednesday 2 April 2014

khalid lari dari tanggungjawab kes rampasan bible

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak sepatutnya melepaskan tanggungjawabnya berhubung rampasan kitab Bible yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tetapi perlu mencari penyelesaian kepada isu perbalahan yang mengecewakan penganut Kristian itu.

Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Dr Ong Kian Ming, berkata Khalid sebagai menteri besar perlu menunjukkan usaha tulin sebagai pembawa pembaharuan bukan sekadar menyerahkan isu itu kepada pihak lain.
Ong berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khalid semalam yang menasihatkan Persatuan Bible Malaysia (PBM) patut menulis surat kepada peguam negara untuk meminta kitab Bible yang dirampas itu dipulang semula.
“Kita bimbang kenyataan Khalid itu memerlukan BSM untuk menunjukkan kesungguhan dan keinginan mereka mendapatkan kembali kita suci yang dirampas itu,” kata Ong dalam kenyataannya.
Ong mengingatkan Khalid mengenai Pakatan Rakyat yang diberikan mandat kuat di Selangor ketika Pilihan Raya Umum ke-13 lalu berasaskan kepada janji Pakatan untuk mentadbir secara inklusif, adil dan saksama.
“Meminta PBM menulis surat terus kepada peguam negara dan menunjukkan kesungguhan dan keinginan akan dilihat sebagai tidak mengendahkan janji pilihan raya itu.
“Khalid patut mencari penyelesaian kepada isu itu dengan membabitkan semua pihak terbabit termasusk Jais, PBM, pejabat peguam negara dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Daripada sekadar menyerahkan kepada PBM, Khalid patut menunjukkan kesungguhan dan keinginan untuk mencari penyelesaian adil kepada masalah itu,” katanya.
Pada awal Januari tahun ini, sepasukan pegawai Jais menyerbu premis PBM di Damansara Kim dan merampas lebih 300 salinan Alkibtab dan Bup Kudus.
Serbuan itu dilakukan mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988.
“Kami mahu mengingatkan MB seminggu selepas kitab itu dirampas, beliau mengarahkan Jais untuk mendapatkan penjelasan KDN sama ada Bible berbahasa Melayu dan Iban termasuk dalam Perjanjian 10-Perkara yang diumumkan kerajaan BN pada 2011 sebelum pilihan raya negeri Sarawak,” katanya.
Beliau berkata, antara perkara yang menonjol dalam perjanjian itu jelas menunjukkan mencetak dan mengedarkan Bible berbahasa Melayu kepada penganjut Kristian di semenanjung Malaysia selari dengan Perjanjian 10-Perkara itu.
Antaranya ialah: Bible dalam semua bahasa boleh diimport ke dalam negara, termasuk bahasa Malaysia/Indonesa, dan Bible itu boleh dicetak dalam negara di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Bible itu perlu ada perkataan ‘Cetakan Kristian’ dan lambang salib dicetak di muka depan.
“Kita masih belum mendengar hasil siasatan Jais. Khalid, pada 25 Januari berkata siasatan perlu disiapkan sebelum kerajaan negeri membuat keputusan terhadap tindakan selanjutnya.
“Kami mendesak MB untuk meminta Jais memberikan maklumat terkini mengenai perkembangan siasatan itu dan sama ada perlu semua 300 salinan Bible berbahasa Melayu dan Iban itu terus disimpan sementara siasatan berlangsung,” katanya.
Semalam, PBM mengkritik kerajaan negeri Selangor kerana mencuci tangan daripada masalah itu dan bertegas mereka tidak akan menulis surat kepada peguam negara.
Dalam satu kenyataan, PBM mendakwa kerajaan Selangor berjanji untuk memulangkan Bible itu.
“Masalah ini berpunca daripada jabatan dalam kerajaan negeri Selangor.
“PBM diserbu oleh Jais, jabatan dalam kerajaan Selangor. Bible itu dipegang oleh Jais di pejabat mereka di Shah Alam, dekat sahaja dengan pejabat Khalid,” katanya.
Menggambarkan serbuan oleh Jais sebagai “gangguan oleh pihak berkuasa Selangor terhadap hak komuniti Kristian di negeri itu”, PBM menggesa kerajaan memperbetulkan ketidakadilan itu.
PBM berkata, mereka berpegang kepada penyelesaian 10-Perkara.
“Kami sudah banyak kali mengimport Bible dalam bahasa Malaysia sejak dua tahun lalu, dan kerajaan persekutuan menerusi perjanjian itu biasanya dengan cepat melepaskan Bible berkenaan tanpa berlengah.
“Maka, perbuatan Jais menyerbu PBM dan langkah yang diambil kerajaan negeri semalam, mencuci tangan daripada tanggungjawab, ia jelas menunjukkan Selangor menolak penyelesaian 10-Perkara,” kata PBM.
Persatuan itu berkata, mereka percaya kenyataan MB menunjukkan kerajaan negeri tidak berniat untuk membantu penganut Kristian di Selangor, dan di seluruh negara, mendapatkan kitab suci mereka dalam bahasa kebangsaan.

Others Blog Archive