Wednesday, 30 May 2012

Setelah Gagal Isu SCORPENE kini tiba giliran AIRBUS A380 milik MALAYSIAN AIRLINES Akan Muncul.


Setelah Gagal Isu SCORPENE kini tiba giliran AIRBUS A380 milik MALAYSIAN AIRLINES Akan  Muncul.Kita tungggggggggggu
setelah gagal isu scopene kini kita mengalu-alukan Pakatan Pembangkan untuk terus membongkar isu Airbus A380 ini.  Tidak mustahil kita akan menemui cerita yang lebih panas cerita rekaan pembangkang… 



Kapal terbang terbesar dunia Airbus A380 Malaysia Airlines di KLIA

Ketibaan Airbus A380 dilihat sebagai permulaan baharu dan lembaran kejayaan bagi Malaysia Airlines (MAS).
Pasukan MAS yang terdiri daripada eksekutif tertinggi mereka sehingga kaki tangan dan anak kapal berdedikasi telah berkerja 24 jam untuk menerima penghantaran pesawat penumpang terbesar dunia ini.
Pada 3.55 pm, pesawat itu akhirnya tiba di KLIA, dengan sambutan meriah pekerja MAS.
Ketua pegawai eksekutif kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya, yang mengetuai penerbangan pertama superjumbo itu selepas menerimanya daripada pengeluarnya di Toulouse, Perancis berkata kehadiran kumpulan pesawat A380 akan memberi MAS laluan kukuh untuk menawan semula hari-hari kegemilangannya.
"Kumpulan A380 akan menjadi yang terbaharu di rantau ini. Kami juga akan memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang kami percaya adalah lebih baik daripada pesaing kami," kata beliau ketika ditemubual dalam pesawat itu dalam perjalanan pulang.
"Kami sangat mahu menjadi yang terbaik di rantau ini lagi dan kami sedang berusaha keras dengan kedua-dua inisiatif jangka panjang dan jangka pendek, untuk mencapai objektif ini," katanya.
Dengan objektif yang telah diatur, Ahmad Jauhari, dengan pasukannya mengambil waktu yang panjang untuk memeriksa pesawait itu bagi memastikan semuanya sempurna.



Menurut laporan Bloomberg awal minggu ini, tempat duduk kelas pertama MAS adalah lima inci lebih besar daripada Singapore Air.Ini bermakna penumpang MAS yang memilih tempat duduk itu akan mempunyai ruang yang lebih besar daripada tilam katil seorang, dengan tempat duduk sebesar40 kali 87 inci.
Pengurus Kawasan UK & Ireland MAS Yuzrizal Mohd Yousuf berkata laporan itu sebagai salah satu daripada inisiatif untuk meletakkan kembali kedudukan pesawat itu sebagai pendahulu dalam pasaran premium.
"Dengan A380 baharu itu, kami menjangka sekurang-kurangnya 3,000 tempat duduk tambahan akan dijual pada tempoh Julai/Ogos. Permintaan bagi tempat duduk pesawat A380 adalah tinggi, dan kini, dengan hanya satu bulan sahaja lagi, angka kami menunjukkan bahawa 80 peratus daripada tempat duduk yang ditawarkan telah dibeli," katanya.
"Ini adalah petanda bahawa pesawat baharu ini akan meningkatkan reputasi MAS yang telahpun dipandang tinggi oleh pasaran UK sebagai salah satu pembekal perkhidmatan penerbangan terbaik," tambah beliau.
Beberapa hari akan datang adalah amat penting bagi A380 itu kerana ia akan menjalani latihan penuh dengan ratusan kakitangan dan anak kapal MAS akan terlibat dalam program penyesuaian dan penerbangan ujian yang akan merangkumi semua aspek penerbangan daripada daftar masuk sehingga ketibaan.
Pesawat ini akan kembali ke Toulouse untuk kemasan terakhir pada 6 June, dengan warna dan hiasan korporat MAS yang baharu dan semua perkara teknikal akan diselesaikan.Kemunculan komersil pertama superjumbo itu ditetapkan pada 1 Julai dengan perkhidmatan KL-London tiga kali seminggu (MH002/MH003) sebelum memulakan penerbangan harian pada Ogos.
Malaysia Airlines akan turut memperkenalkan A380 pada laluan Sydney-Kuala Lumpur mulai 25 September pada perkhidmatan harian MH122/123, bagi menggantikan jadual semasa menggunakan pesawat Boeing 747-400. - BERNAMA

Pemuda BN Lebih Realistik Perjuang Hak Generasi Muda

Pemuda BN Lebih Realistik Perjuang Hak Generasi Muda- KJ


Gambar Hiasan
Pemuda Barisan Nasional (BN) lebih realistik dalam memperjuangkan hak generasi muda di negara ini berbanding pembangkang yang hanya pandai menabur janji, kata pengerusinya Khairy Jamaluddin.
           
"Kalau kita lihat perbandingan antara Pemuda BN dan pembangkang, kita
(Pemuda BN) mempunyai perancangan masa depan yang jelas, lebih realistik serta tidak menjanjikan 'bulan' dan 'bintang' sebaliknya menawarkan sesuatu yang dapat dikecapi serta janji yang dapat kita laksanakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Konsert Jelajah BN Pilihan Saya' di sini, hari ini.
           
Turut hadir, Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan, Ketua Pemuda MIC T. Mohan, Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Harridz Mohan.
           
Mengenai konsert itu, Khairy berkata ia adalah salah satu cara Pemuda BN
untuk mendekatkan diri dengan generasi muda.
           
"Konsert ini adalah salah satu cara bagaimana artis muda dan veteran menyakinkan lebih ramai generasi muda untuk bersama kita (Pemuda BN), pengisian kita bukan saja hiburan untuk dekati generasi muda tetapi yang lebih penting untuk bantu orang muda," katanya.
           




 Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Harridz Mohan.
Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong



 Ketua Pemuda MIC T. Mohan

Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan
Sementara itu, T. Mohan berkata konsert itu yang akan diadakan di 11 lokasi di seluruh Semenanjung bermula 1 hingga 24 Jun anjuran Pemuda MIC dengan kerjasama Pertubuhan Artis-Artis India Malaysia dan Persatuan Belia Karismatik Malaysia akan menampilkan artis India terkenal tanah air

Scorpene sah hanya cerita rekaan pembangkang…


PANAS!!! Komisyen Scorpene 114 Juta Euro





Isu scorpene ditimbulkan oleh pembangkang ‘di saat-saat akhir’ sebelum pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai senjata terakhir untuk memastikan Dato’ Seri Najib tidak akan ditabalkan sebagai pengganti beliau.  Setelah gagal mengubah takdir di mana Dato’ Seri Najib telah dilantik sebagai Perdana Menteri, isu ini diteruskan oleh pembangkang dengan harapan dapat memendekkan tempoh pemerintahan beliau.

Seperti yang diketahui, pembangkang menggunakan berbagai-bagai jenis penyamaran untuk menyerang BN, antaranya Majlis Peguam, Suhakam, Himpunan Hijau, Suaram dan macam-macam lagi yang semuanya bersikap memusuhi kerajaan.

Dalam kes scorpene ini, pembangkang telah menggunakan Suaram untuk melancarkan serangan awal bagi pihak mereka.  Sebagai permulaan, Suaram telah memfailkan aduan terhadap DCNS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia di mahkamah Perancis kerana ‘mengesyaki’ kegiatan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam tersebut.  Isu ini dikatakan berkait rapat dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu, seorang model Mongolia yang kemudiannya cuba digambarkan sebagai mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri.
Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dilaporkan berkata, “kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.”

Seperti yang disebut tadi, kita cukup maklum bahawa Suaram sebenarnya bertindak bagi pihak pembangkang yang ingin menjatuhkan Dato’ Seri Najib dengan apa jua cara.

Tetapi, apa yang dilakukan oleh mereka kali ini adalah tersangat keterlaluan iaitu memfitnah Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan dan membawa perbincangan berkenaan kos pertahanan negara kepada dunia.

Kos pertahanan negara adalah sesuatu yang sulit di mana segala butirannya tidak boleh dibentangkan secara terperinci.  Setiap kerajaan di dunia perlu menyembunyikan beberapa fakta sebagai strategi keselamatan dan pertahanan negara masing-masing.  Jika soal pertahanan dibentangkan secara terbuka, ia mampu mendedahkan negara kepada bahaya.

Apa yang tidak pernah disembunyikan oleh kerajaan ialah, kontrak perolehan kapal selam scorpene secara keseluruhannya adalah bernilai EURO 1.084 billion.

Dari jumlah itu, EURO 969.15 juta dibayar kepada DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan dua kapal selam Scorpene, pakej Integrated Logistics Suppport (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam.

Bakinya, iaitu EURO 114.96 juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh enam tahun kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Perancis.

Semua ini tertulis secara terperinci dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002.

Merujuk kembali kepada aduan yang dibuat oleh Suaram seperti yang dipetik di atas, iaitu “kes ini spesifik kepada pemberian komisyen EURO 114 juta yang diberikan kepada syarikat Perimekar”; justeru, berdasarkan fakta ini, persoalan yang timbul ialah, jika EURO 114 juta itu adalah komisyen, maka apakah ini bermakna Perimekar telah memberi perkhidmatan koordinasi dan sokongan secara percuma?  Ini kerana, dokumentasi transaksi jelas menunjukkan bayaran yang terlibat kepada Perimekar hanyalah EURO 114.96 juta sahaja dan tiada lebihan.

Secara dasarnya, Perimekar bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut:

-       menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

-       Menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapaal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

-       Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.

-       Membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan sekali.

-       Syarikat ini juga bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset.

-       Membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksaan kontrak.

-       Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan.

-       Menyediakan laporan koordinasi dan lain-lain lagi.

Maka, sekali lagi kita ingin bertanya, jika benar EURO 114 juta tersebut adalah komisyen semata-mata, bagaimana Perimekar menanggung semua kos perkhidmatan di atas?

Hakikatnya, bayaran EURO 114 juta itu bukanlah komisyen tetapi bayaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Perimekar. Ia adalah bayaran yang telus, nyata dan wajar dan tiada apa yang pelik dalam urusniaga ini.

Yang pelik hanyalah tuduhan Suaram dan pembangkang yang tidak berasas sama sekali.

Kesungguhan pihak ini untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib sehingga sanggup mengupah penulis yang punya sejarah sakit mental, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk mereka-reka cerita mengenai penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya yang konon berkait rapat dengan pembelian kapal selam untuk negara, mula menimbulkan persoalan.  Dari cakap-cakap kedai kopi kini terbau syak wasangka mengenai apakah pembangkang ada kena-mengena dengan pembunuhan tersebut?

Dengan RPK sudah pun mengakui yang dia hanya mereka-reka cerita sepatutnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa bahagian lain dalam ceritanya, seperti isu scorpene ini juga adalah rekaan juga.

Oleh itu, kita mengalu-alukan siasatan pihak Perancis atau mana-mana pihak juga untuk terus membongkar isu scorpene ini.  Tidak mustahil kita akan menemui sesuatu yang lebih lagi dari sekadar cerita rekaan pembangkang… 


 

Tuesday, 29 May 2012

Hak Org Melayu Tergadai Di Kedah



Isu pembinaan jirat Cina komersial di Tanah Rizab Melayu, Karangan, Kulim sudah berlanjutan sejak 2007.   Memang mudah bagi Dato’ Seri Azizan, selaku Menteri Besar menyalahkan kerajaan terdahulu dalam kes ini.  


Isu pembinaan jirat Cina komersial di Tanah Rizab Melayu, Karangan, Kulim sudah berlanjutan sejak 2007.   Memang mudah bagi Dato’ Seri Azizan, selaku Menteri Besar menyalahkan kerajaan terdahulu dalam kes ini.  

Tetapi Azizan harus sedar bahawa, kerana marahkan kerajaan terdahululah maka rakyat telah bertindak menukar kerajaan di mana Azizan berpeluang menjadi Menteri Besar sekarang.  Harapan rakyat agar Azizan boleh berbuat sesuatu - memperbetulkan yang silap dan menambahbaikkan apa yang sedia baik.

Tetapi Azizan harus sedar bahawa, kerana marahkan kerajaan terdahululah maka rakyat telah bertindak menukar kerajaan di mana Azizan berpeluang menjadi Menteri Besar sekarang.  Harapan rakyat agar Azizan boleh berbuat sesuatu - memperbetulkan yang silap dan menambahbaikkan apa yang sedia baik.


Namun, harapan kini bertukar menjadi kemarahan.  Azizan bukan sahaja tidak boleh memperbetulkan apa-apa tetapi menambahkanlagi kesilapan dan merosakkan apa yang sedia baik.   Negeri Kedah kini berada dalam keadaan ‘koma’ dan semakin merosot setiap hari.   

Tidak cukup dengan pembalakan mega yang menghancurkan sistem perairan dan menjejaskan ekologi yang mana habis balak-balak yang masih ‘halus’ dibedal oleh kontraktor-kontraktor yang tidak bertanggungjawab.  Suatu ketika Azizan menjawab beliau tidak punya kuasa menghentikan semua itu kerana ia ‘salah kerajaan terdahulu’.   Kemudiannya, kontrak yang lama diperbaharui dan Azizan hanya pura-pura tuli  konon tidak tahu menahu mengenainya.

Begitu juga dengan Kulim Hi-Tech Park, yang suatu masa dahulu dibanggakan sebagai ‘Silicon Valley’ Malaysia kini muram, tiada pelaburan baru melainkan warga pengurusan Kulim Hi-Tech Park yang baru sahaja yang meriah keluar negara tanpa had.  Ada Azizan kisah?  Tidak, kerana kemungkinan besar beliau tidak tahu menahu apa-apa.

Sikap yang sama diambil oleh Azizan dalam menangani masalah jirat cina di rizab melayu ini iaitu tidak berbuat apa-apa.    
Tapak tanah yang menjadi kontroversi ini terbahagi kepada 3 lot tanah dan dua daripadanya yang berkeluasan 8 hektar masih berstatus Tanah Rizab Melayu manakala satu lagi pula yang berkeluasan 76 hektar dijual kepada orang Cina pada 1926 iaitu sebelum Akta Tanah 1933 diwartakan.  Tanah ini sehingga kini masih berstatus Tanah Rizab Melayu.   Kawasan inilah yang akan dijadikan jirat Cina komersial di mana pembinaan sedang rancak dijalankan.

Sebagai mewakili parti yang menggunakan nama Islam, sikap membisu Azizan dalam perkara ini amatlah mengecewakan.  Isu jirat Cina di kawasan kediaman Melayu bukan isu kecil, apatah lagi di atas Tanah Rizab Melayu.  Isu ini melibatkan sensitiviti agama dan budaya serta mampu mencetuskan ketegangam.  
Keengganan Azizan mengambil isu ini secara serius amat mengecewakan rakyat Kedah.  

Mereka tertanya-tanya, kenapakah Azizan tidak mampu memainkan peranan yang sepatutnya untuk mencari jalan terbaik - mungkin dengan meminta kerjasama DAP untuk merasionalkan perkara ini dengan pihak pemaju projek tersebut.   Atau mungkinkah benar Azizan kecut perut bila berhadapan dengan isu yang membabitkan kaum Cina?  Apakah sudah menjadi ‘prinsip’ PAS untuk mengalah setiap kali berkonfrontasi dalam perkara yang membabitkan kaum Cina?   



di ‘prinsip’ PAS untuk mengalah setiap kali berkonfrontasi dalam perkara yang membabitkan kaum Cina? 

Apapun, ini adalah pengajaran kepada rakyat Kedah agar tidak tertipu oleh PAS yang  membawa imej Islam, negara kebajikan dan mewakili Melayu.   PAS bukan tidak ingin membela Melayu, tetapi PAS tidak berani dan tidak tahu caranya

MANA BENAR-BENAR BERSIH


MANA SATU YANG LEBIH BERSIH 


PEMBERSIHAN DARI BERSIH  3?





BERSIH 3 DENGAN KEKEJAMAN

MARILAH KITA MENILAIKAN MANA YANG PATUT KITA CONTOHI

Ada lagi no pendaftaran tengku mahkote nizar biawak dedahkan



Tengku mahkota punya Ker AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 itu semuanya didaftarkan pada 9 Januari 2009. Nizar perlu jawap dari mana dtg duit nie beli no Plate Dan kereta Toyota Camry



IPOH : Kerajaan negeri Perak akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi bekas menteri besar dan Exco pakatan pembangkang ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.



Menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang dikeluarkan semalam, lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini mulai pukul 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini.



Semua kenderaan yang didaftarkan pada 9 Januari lalu menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606.



Setiap unit kereta yang pernah digunakan Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri Perak itu dijual daripada harga rizab RM148,000 namun ia juga boleh dibeli secara pukal.



Kenderaan itu dikatakan mempunyai perbatuan rendah, baru digunakan untuk tempoh hanya sebulan hingga dua bulan dan masih mempunyai jaminan pengeluar selama tiga tahun.



Selain itu, kereta Toyota Camry terbabit mempunyai filem penapis haba bernilai kira-kira RM2,000, nombor pendaftaran orang kenamaan dan bebas daripada kemalangan.

Woong Sin ayam sabung penakut rupanya


Debat Exco Pemuda Umno-Woong Sin (Ganggu PM di 

London) BATAL (Woong Sin Tarik Diri)


KUALA LUMPUR- Debat antara Exco Pemuda Umno Datuk Muhammad Khairun Aseh dengan
 Hiu Woong Sin,individu yang mengganggu majlis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
 Razak di London,dibatalkan.
Muhammad Khairun berkata Hiu telah menarik diri pada 25 Mei walaupun Hiu terdahulu telah
menerima surat pelawaan Pemuda Umno melalui jentera Umno di London pada 18 Mei untuk 
berdebat dengannya di sana.

"Beliau sebenarnya sudah bersetuju untuk berdebat sehinggalah pada 25 Mei lepas, kami
 (Pemuda Umno) mendapat maklum balas bahawa beliau menarik diri untuk berdebat 
apabila surat penarikan diri beliau disiarkan


























Pemuda UMNO telah mempelawa Hiu berdebat ekoran tindakannya yg berbuat bising dan
melaungkan perkataan "Bersih" pada majlis "Sepetang Bersama Perdana Menteri" di London
 pada 15 Mei lepas.


Muhammad Khairun mendakwa Hiu hanya "kuat berkokok" kerana apabila Pemuda Umno
sediakan platform yang berita di sini hari ini.


Pada 18 Mei lepas, jentera Umno di London telah menghantar surat pelawaan bagi pihak
Pemuda Umno untuk berdebat dengan Hiu dan beliau telah menyatakan kesudiannya untuk
berdebat pada hari yang sama menerusi laman twitter peribadinya.sesuai untuk beliau
meluahkan perasaannya,beliau telah menarik diri walaupun pada awalnya sudah bersetuju
untuk berdebat.Beliau berkata Malaysia tidak menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara, 
tetapi biarlah ada had dan tidak keterlaluan.


Monday, 28 May 2012

panassss nie gaduh mesti guling guling punya


Ng Paik Kheng mungkin nama yang kurang dikenali. Dia bukan bintang filem, bintang sukan pun bukan, tapi ada sesuatu mengenai dirinya yang akan menjadikannya popular – walaupun bukan dalam skop popular seperti mana membabitkan artis dan selebriti ternama.

Dihikayatkan bahawa Ng Paik Kheng ada hubungan terlarang dengan seseorang. Siapa orang itu penulis tidak tahu tapi hubungan terlarang itu menyebabkan ADUN Kota Laksamana dari DAP, Betty Chew begitu terganggu dengannya, sehingga sanggup mengambil tindakan sendiri dengan ‘mengacau’ wanita tersebut. Khabarnya, bukan mengacau yang biasa ni, tapi ada sentuhan fizikal juga.

Isu ini sudah menjadi perbualan panas dikalangan inner circle DAP yang rapat dengan Betty Chew.

Asalnya, kita tidaklah berminat dengan masalah apa Betty Chew dengan perempuan tersebut. Tapi sebab ia membabitkan orang politik, maka kita wajiblah mengambil tahu hal yang sebenarnya. Orang politik ni macam orang seni juga, privasinya tu milik rakyat sebab yang meletakkan mereka di puncak kuasa pun rakyat juga.
Lebih-lebih lagi bila dah masuk bab-bab kaki tangan naik ni, sudah tentulah rakyat perlu tahu, paling tidak, apa hal sebenarnya yang berlaku?

Itu satu hal, satu hal yang lain ialah bila maklumat yang kita terima mengatakan, jentera propaganda DAP bersungguh-sungguh untuk menafikan kewujudan perempuan ini. Sehingga ke satu tahap, penulis dimaklumkan gambar dan nama Paik Kheng ini ditukar untuk mengelak identiti sebenarnya dari diketahui orang ramai. 

Tapi kita pun hebat juga, kita ada gambar dan nama yang sebenarnya.

Kesungguhan ini semualah yang mencetuskan tanda tanya yang lebih besar. Mesti ada sesuatu yang besar cuba ditutup dari pengetahuan ramai. Sebab, kali terakhir ‘kesungguhan’ sama digerakkan jentera propaganda DAP ialah ketika salah seorang anak Ketua Menteri Pulau Pinang dikaitkan dengan cubaan meraba buah dada seorang pelajar perempuan di Pulau Pinang. 

Pokok pangkalnya, jentera propaganda DAP tidak akan bersungguh seperti ini kalau kes itu tidak serius dan boleh menjejaskan parti tersebut.

Justeru, penulis rasa, wajiblah untuk Betty Chew tampil dalam satu sidang media khas untuk menjelaskan hal ini kepada umum. Betulkah dia ada ‘mengacau’ perempuan tersebut seperti mana yang digambarkan di atas. Sebab kalau ada berlaku kejadian seperti itu, rosaklah imej DAP selama ini yang berbangga dengan konsep akauntabiliti dan intergritinya.

Mana boleh letak undang-undang di tangan sendiri, Betty Chew sepatutnya tahu ini. Kalau ada kesalahan Paik Kheng ini yang menyalahi undang-undang, laporkan pada polis supaya tindakan sewajarnya dapat diambil. Penulis rasa, ramai orang dalam DAP yang boleh menasihatkannya tentang undang-undang, kot kotlah kalau dia tak faham.

Lainlah kalau kesalahan Paik Kheng ini tidak ada kaitan dengan undang-undang tapi lebih kepada peribadi?

Apa pun kita tak berminat nak bincang soal ini dari sudut kesensasiannya, walaupun kalau nak diikutkan, itulah yang menarik sekali dalam politik ini. Kita cuma mahu tahu bagaimana perbuatan yang melanggar undang-undang ini dilakukan oleh seorang penggubal undang-undang, walaupun diperingkat negeri. 

Hari ini negerilah, besok lusa mungkin parlimen pula. Perkara ini bukan mustahil berlaku dalam DAP, yang hanya dikawal dan dikuasai beberapa kerat pemimpin dari kalangan keluarga tertentu sahaja, sejak dulu hingga sekarang.

Apalah rupanya nanti kalau penggubal undang-undang sendiri pun langgar undang-undang?

Wak Jawa Bernam mendedahkan isu ini



Sunday, 27 May 2012

Pendedahan Korupsi DAP : Roonie Liu Perlu Jawab!


Pendedahan Korupsi DAP : Roonie Liu Perlu Jawab!


Dibawah adalah dokumen yang di'scan' . Menurut sumber , Teoh , nama sebenar  ini adalah sebahagian dari dokumen yang menunjukan kontrak yang diberi YB Roonie Liu kepada Wong Chuan How dari kawasan DUN Sungai Pelek.


Dikatakan lebih 84 projek /kontrak bernilai lebih RM200,000.00 diberikan kepada kroni oleh Roonie Liu.
Kesemua nilai ini diberi kepada Tarian Cina Persatuan Bahasa, Perayaan Persatuan Buddha Huan Chian Chuen, Kejohanan Bola Keranjang ,  Perniagaan Seri Makmur,  Era Terbilang Enterprise, Era Gemilang Enterprise dan lain lain lagi yang dimilik/ketuai oleh Wong Chuan How !

Lihatlah dokumen diatas.
 Kesemua 84 projek/kontrak diberikan kepada ORANG YANG SAMA! Ini baru satu dokumen. Banyak lagi bakal didedahkan.Apa jawapan Roonie??

Baru 5 Tahun dah macam ni...nak lagi 55 tahun? Pigidaaaaah! 
 

Benarkah Petronas Beri Wang Pada Anwar?


Benarkah Petronas Beri Wang Pada Anwar?

Buku dalam talian The ‘I’ Files oleh Jonathan Smith yang membongkar kisah-kisah Anwar kini mula diperkatakan umum. Seperti yang penulis sentuh sebelum ini, iaitu kebanyakan kisah yang diceritakan adalah rahsia umum, setidak-tidaknya bagi para pemerhati politik veteran seperti penulis.

Kisah Anwar kahwin lari, bapa Wan Azizah mengamuk ingin menembak Anwar bukanlah sulit walaupun mungkin ramai anak-anak muda hari ini belum pernah mendengarnya. Malah, kisah-kisah bagaimana beliau ditaja oleh kumpulan ektremis Islam, pendokong Wahhabi juga sudah pernah didedahkan.

Penglibatan beliau dengan International Institute of Islamic Thought (IIIT) sememangnya diketahui ramai. Apa yang menarik ialah Smith tidak pula (atau belum lagi) menghuraikan berkenaan IIIT secara terperinci. Kita percaya bahawa lokasi IIIT di Langley, yang juga menempatkan pejabat CIA bukanlah satu kebetulan. IIIT adalah diwujudkan oleh CIA. Menurut beberapa sumber, hasil penyelidikan pemikiran umat Islam oleh IIIT digunakan oleh CIA untuk memanipulasi, melaga-lagakan dan memusnahkan negara-negara Islam secara halus dan tersusun.

Melalui IIIT juga diwujudkan Muslim fanatik, Muslim liberal di seluruh dunia bagi mengekang Muslim fundamental iaitu yang berfahaman sederhana selaras dengan ajaran Islam sebenar.

CIA tahu bahawa Muslim fanatik akan secara automatik akan bertelagah dengan Muslim fundamental. Jika perlu, CIA akan menimbulkan isu melalui agen-agen mereka di negara-negara berkenaan, menyemarakkan kebencian sehingga memabawa kepada kekecohan dan mungkin juga perang saudara dan pemberontakan.

Apabila negara-negara Islam mula lemah akibat pertelagahan sesama sendiri, barat akan memberi sokongan, bantuan malah dana untuk mengembangkan fahaman liberal di negara-negara tersebut melalui berbagai sudut, bentuk dan cara.

Maka kita wajar faham bahawa tajaan wang yang dikatakan diterima oleh Anwar dari kumpulan ektremis Islam tadi adalah berakar umbi dari barat, iaitu CIA juga - mungkin pada ketika itu, tanpa disedari oleh Anwar mahupun kumpulan-kumpulan ektremis Arab itu sendiri.

Yang jelasnya, hari ini, kita tahu bahawa Anwar memang cukup sedar mengenai tangan-tangan CIA di dalam IIIT. Tidak mungkin beliau tidak tahu kedudukan sebenar apabila namanya terletak sebaris dengan tokoh-tokoh Yahudi Zionis dan Muslim liberal di dalam beberapa pertubuhan yang berkait rapat dengan CIA.

Selain wang dari kumpulan ektremis Islam, Smith menyebut satu lagi punca kewangan Anwar yang mungkin belum pernah diketahui sebelum ini, iaitu Petronas.

Dan bagi pihak rakyat Malaysia keseluruhannya, penulis yakin inilah yang menjadi persoalan utama yang timbul dari 4 bab buku ini.

Menurut Smith, data kewangan Petronas yang memusykilkan telah pun dibawa ke perhatiannya lama sebelum Anwar mula menunjukkan warna sebenar kepada Malaysia. Pada mulanya, pekerja bawahannya telah mengesan penjualan minyak petronas dalam jumlah yang kecil, tetapi di bawah harga pasaran. Namun, beliau telah menganggap bahawa ianya terlalu kecil untuk dikesan atau diberi perhatian pada waktu itu.

Nama Hassan Marican kemudiannya muncul di dalam fail risikannya pada tahun 1990, sebagai seorang yang berkait rapat dengan Anwar yang merupakan juniornya di MCKK. Menurut rekod juga, bapa Hassan pernah bekerja dengan bapa Wan Azizah pada tahun 1970an. Anwar dikatakan membawa Hassan masuk ke Petronas dan menolaknya terus ke tampuk kuasa tertinggi syarikat tersebut pada 1995.

Tun Dr. Mahathir agak sangsi pada mulanya kerana Hassan baru berumur 43 tahun pada waktu itu, bagaimanapun, beliau mempercayai penilaian Timbalannya lalu bersetuju dengan perlantikan Hassan.

Memainkan harga minyak hanyalah perkara kecil bagi kedua-dua bekas MCKK ini. Apa yang lebih hebat ialah bagaimana mereka membentuk rangkaian yang melibatkan pembinaan, pembelian dan perkhidmatan melalui Petronas yang bernilai berbillion pound.

Dana dari rangkaian Wahhabi/CIA dan Petronas serta entah berapa billion lagi dari berbagai sumber lain itulah yang digunakan oleh Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada waktu itu, untuk membina sokongan dan empayar tersendiri sekali gus, menjatuhkan Tun Dr. Mahathir.

Memandangkan Wahhabi atau CIA bukanlah perkara yang dekat dengan rakyat Malaysia, maka kita letakkan dua perkara ini ke tepi dan biarlah Anwar atau kerajaan atau entiti yang lebih besar menangani mereka.

Sebagai rakyat marhaen, kita hanya ingin tahu apakah benar Petronas telah secara tidak langsung menaja seorang pengkhianat, peliwat dan penzina untuk menjadi Perdana Menteri negara kita? Dan benarkah Hassan Marican terlibat sama?

Petronas dan Hassan wajib menjawab kemusykilan rakyat.

Friday, 25 May 2012

ANWAR PANAS!!!hadir 120 org sama dengan 5000 org (yang kena tulis)

CERAMAH ANWAR PANAS!!! ORANG PUN TAK TAHAN!

sesi ceramah di lembah dalam yer. bukan kat kg ghani othman. nipun

Selepas ceramah Lembah Dalam penuh unsur baling membaling. Anwar teruja nak buat lagi ceramah terhebatnya di Johor. Dengan rombongan seramai 80 orang mengiringi king of Drama. Ramai tu! Ni mewakili 800 orang ni! Kuasa haba 10 ganda setiap seorang! 

lokasi ceramah .. kat mana ni, dusun buahker? patut laporan 1-5 ribu. kira sekali manusia+jin+syaitan+pokok kayu (sumber: rakan blogger)
Mukadimah ceramah. Masuklah MP Bakri. Teror habis bahasa Melayu. Tapi tau pendengar ceramah kat kg Ghani Othman ni pakar bahasa cina. Semangatlah dia berceramah dalam bahasa Cina. Ada tukang penterjemah lagi. 5 orang. Hehheheh tu tambah lagi aura 10 kali ganda. 50 oranglah tu! 800 + 50=850 orang dh tu

Nak menarik magnet kuat. Penganjur naik syok pasanglah pembesar suara dengan kuat. Kalah kot konsert AF di studium Bukit Jalil!!! Datanglah 105orang penduduk setempat. Kan bunyi dah besar. Malam pula tu, selepas isyak. Ramai yang nak dengar ucapan kasih king of drama . 105 gandaan 10. Jadilah 1050 orang. Pehhhh.. Cecah 1000 orang berkumpul!
banyak pokok.. sampai tak 5 ribu? ada kot, manusia bersama jin dan syaitan (sumber- rakan blogger)

Melihat punya ramai peminat Anwar. Mulalah anwar berceramah. Tak tahan dek panas. Dahler aura ceramah anwar dan MP bakri panas menyengat. Dihimpit pula aura panas dari peminat. Majlis yang dijangka habis 9-12 tengah malam terpaksa dipendekkan 9-10:45 malam je.

Kelam kabut anwar balik melalui lebuhraya Senai-deseru KM56.2.. Boleh pula kenderaan rasmi Anwar ni terlibat kemalangan! Nasibler anwar tak naik kereta tu! Kot2 aura panas anwar masih kuat melekat kat kereta tu. tu yang hilang kawalan tu! Dek takut dikejar peminat, king of drama tak berhenti walau tahu. Yeler, lambaian orang rumah menanti. Lambat sampai lambatlah terima hadiah :p . Alasan je konon takut lambat sampai sesi ceramah berikutnya. Eh? Dh tau program kt kg Ghani othman sampai 12 malam. Takkan terima jemputan ceramah tempat lain. Sape PA Anwar ni? Azmin ker? CheguBard ker@ rafizi? Takkan jadual tak dapat susun lagi.

Menurut suara keadilan. Kehadiran cecah 5000 ! Ertinya aura gandaan 1000 tu tambah lagi 5. Sampailah jumlah tu!

Psssstttt.. Sengaja pu3 gayakan tulisan pu3 mcm ni. Dah nama anwar always syok ramai gempak kalau datang berceramah. Datang cuma 120 orang je.. Apa tak pening kepala anwar. Lebih sedikit dari jumlah rombongannya. Tu yang sesi ceramah berhenti jauh lebih awal. Yang datangpun seorang demi seorang angkat kaki tinggalkan majlis.

Anwar malu besar kat Kg Ghani othman! Opppssss... Anwar memang jenis tak reti malu. Tu yang selalu dapat gelaran pelakon terhebat dari semua segi. Tak percaya tanya saiful. Takpun shamsidar oppppssss wan azizah sekali




Menurut rakan pu3, seorang dari ahli rombongan Anwar yang terlibat kemalangan dihantar di Hospital Kulai. perkembangannya, pu3 belum terima lagi. apapun pu3 nak kata. Anwar bukan jenis pemimpin yang bertanggungjawab! Dah tau ada mangsa kemalngan dari rombongannya. Sesi ceramah kalau adapun, tak mati dia setakat batal atas alasan musibah tu. bodoh sungguh penyokong yang diperbodohkan oleh keldai yahudi ini. Rupa pun dah tak ada seri. sebijik macam muka askar yahudi!
.

Others Blog Archive