Friday 30 September 2011

Nasharuddin Mat Isa Pilih UMNO?

SIDANG MEDIA hari ini... NASHARUDDIN MAT ISA UMUM SERTAI UMNO!!?


 
Nampaknya kemunculan semula Ustaz Nasharuddin Mat Isa pada  hari ini dikatakan memberi kejutan besar buat dunia politik tanah air. Setelah sekian lama dipulaukan Pimpinan Tertinggi PAS dan Pakatan dek kerana usaha beliau untuk berbincang dengan UMNO mengenai kemantapan Islam demi masa depan Negara. Tidak. Beliau tidak akan menyertai UMNO. Mungkin salah 1 sebab kerana terikat dengan Ba'iah yang telah disumpah, jikalau keluar dari PAS, maka jatuhlah talak ke atas Isteri atau Suami. Namun jauh di sudut hati, beliau masih setia pada perjuangan sebenar PAS. Yang kini kian terpesong akibat kehadiran Pemimpin2 Baru yang bakal mensekularkan parti tersebut. Esok Ustaz Nasha dijangka akan menghadiri dan bekerjasama dalam menjayakan Misi Bantuan Palestin yang dianjurkan oleh Yayasan Al Quds Malaysia pada hari ini(Sabtu) jam 2:45 petang di REST Ar Rawsya, Bulatan Kg. Pandan KL. Program yang dianjurkan sekian lama ini mengambil inspirasi Tun Mahathir yang lantang memperjuangkan nasib rakyat Islam Palestin. Turut hadir pada program ini termasuklah Mukhriz Mahathir. Kehadiran berani Ustaz Nasha ini bakal mencetuskan kemarahan beberapa Pemimpin PAS yang melihat Ustaz Nasha lebih kepada Proksi UMNO. Istilah ini sebenarnya sengaja dibangkitkan beberapa puak Pemimpin PAS yang turut disertai Khalid Samad dan Mahfuz Omar bagi menjatuhkan kepimpinan Ulama' seperti Ustaz Nasharuddin, Dr. Hasan Ali dan yang terbaru, Ustaz Azizan Abdul Razak (MB Kedah). Puak2 ini akan menabur fitnah terhadap Kepimpinan Parti baik di peringkat Pusat mahupun Negeri2 bagi menggambarkan tindakan Ustaz Nasha yang ikhlas mahu turut serta dalam program amal ini sebagai tindakan retorik politik semata2. Semoga Allah melindungi Ustaz Nasharuddin dan diberikan kekuatan dalam meneruskan khidmat seorang Pemimpin. Inilah pengajarannya apabila bersekongkol dengan sebuah Parti yang menggunakan Islam sebagai senjata politik semata2, sehingga dijadikan alat mainan, demi merampas kuasa pemerintahan. Pemimpin yang jujur seperti Ustaz Nasha tidak akan bertahan lama. Yang tinggal adalah dajal2 yang bakal menjahanamkan perjuangan Islam. RL- tiada gunanya kalau tidak sehaluan dalam parti.tidak salah jika ustad Nasa pilih UMNO.

Wednesday 28 September 2011

mat sabu malu

Pemuda PAS Kata Bekas Tentera Major (B) Razali b Zakaria Tidak Waras...

Pemuda pas memperlekahkan seorang bekas tentera dan juga pengerusi Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Negeri Sembilan, Sazali B Ismail (;rl say"sazali ismail ialah YDP PBTM) dengan mengatakan yang dia tidak waras, kata jurucakap pemuda pas Suhaizan Kaiat. komen nie nk ditujukan pada Major (B) Razali b Zakaria

Pemuda PAS Kata Bekas Tentera Ini Tidak Waras...

Dia juga menuduh punca kurangnya kehadiran orang ramai pada ceramah pas di seremban kerana kekecohan yang berpunca dari sikap bekas tentera itu.

Kata suhaizan lagi, “Saya menasihatkan beliau agar tidak cepat melatah dan jangan 'kecoh-kecoh' kerana isu sejarah yang dibawakan oleh Timbalan Presiden PAS itu masih lagi bersifat abstrak dan boleh diperbincangkan lebih mendalam di meja-meja akademik dan intelektual,”
note;sedar ke mat sabu cubit peha kanan peha kiri pun terasa sakit.

Untuk rekod, ceramah mat sabu di seremban hanya dihadiri 300 orang sahaja, malu dengan kehadiran sebanyak itu, pemuda pas mula membuat provokasi keatas perkasa yang berada di seberang jalan untuk menyerahkan memo kepada mat sabu, berlaku sedikit kekecohan, dan pas gunakan kekecohan itu untuk menutup aib yang ceramah timbalan presiden mereka hanya di hadiri 300 orang.
note:sedar la mat sabu org seremban dah benci....

Note dari Major(B) Razali B Zakaria,Mengalu-alukan kedatangan Mat Sabu ke Seremban lagi. PBTM Negeri Sembilan beramai-ramai menyambut kedatangan Mat Sabu

Tuesday 27 September 2011

Tun mahathir kejam terhadap anwar?

Anwar larikan wang kertas RM500 dan 1000 ke luar negara – Gobala

AHLI Parlimen Padang Serai yang juga bekas pemimpin setia PKR serta penyokong tegar Anwar Ibrahim, Gobalakrishnan telah mendedahkan pelbagai rahsia dan penyelewengan Ketua Umum PKR dalam satu ceramah di Port Kelang pada Sabtu malam, minggu lalu.

Ceramah yang disampaikannya dalam majlis ‘siri ceramah SSDE’ itu menambahkan lagi kefahaman rakyat mengenai siapa sebenarnya pemimpin ‘gila talak’ bernama Anwar Ibrahim yang jadi sasau kerana mengimpikan kedudukan di Putrajaya selepas PRU-13 nanti.

Rakaman video ucapan Gobala seperti yang termuat di blog Darul Ehsan Today itu menimbulkan dua isu yang agak menarik untuk dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia.

Dua isu yang SM maksudkan ialah mengenai dakwaan bahawa Anwar telah melarikan wang kertas RM500 dan 1000 ke luar negara serta kisah perut buncit Anwar yang dilindungi bengkung.

Pada ceramah itu Gobala mencabar Anwar Ibrahim supaya menyaman beliau di mahkamah kerana menuduh Ketua Pembangkang itu melarikan wang kertas RM500 dan 1000 berjumlah lebih 13 bilion ke luar negara ketika Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia dahulu.

Jelas Gobala, selepas Tun Dr. Mahathir memecat Anwar daripada kabinet, Dr. Mahathir juga telah menarik-balik penggunaan wang kertas Malaysia bernilai RM500 dan RM1000.

“Cuba tuan-tuan dan puan-puan ingat balik peristiwa pada tahun 1998 itu. Kenapa Dr. Mahathir batalkan penggunaan wang 500 dan 1000? Saya katakan bahawa sebelum itu Anwar Ibrahim telah melarikan wang berkenaan ke luar negara, mungkin ke Indonesia dengan menggunakan kapal terbang persendirian dengan jumlah tidak kurang daripada 13 bilion.

“Saya cabar Anwar saman saya kerana kenyataan ini,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin di majlis berkenaan.

Tak tahulah sama ada dakwaan bekas pemimpin PKR ini benar atau tidak, tetapi dia sanggup disaman oleh Anwar sekiranya dakwaannya itu tidak benar.

Kalau begitu, patutlah Anwar jadi sasau dan gila meroyan kerana nak sangat jadi Perdana Menteri. Rupanya apabila Anwar berjaya jadi PM sudah tentu kebenaran menggunakan wang kertas RM500 dan 1000 akan dibenarkan semula.

Maka terselamatlah wang yang dilarikan itu untuk digunapakai! 

Monday 26 September 2011

"PEMIMPIN PAS TAK SOKONG SAYA SILA MASUK DAP...!!" NIK AZIZ

"PEMIMPIN PAS TAK SOKONG SAYA SILA MASUK DAP...!!" NIK AZIZ





Kenapa kini baru ditimbul balik Hukum Hudud?Semasa dok berkepit ngan Karpal Singh baru2 ni senyap aje?Sepatutnya sejak dilulus Enekmen ini dlm DUN Kelantan tapi senyap aje.kenapa tak diadakan demonstrasi di KotaBharu.Gegar bandar Kota Bharu.Siang malam ada ceramah Hukum Hudud di Stadium Sultan Muhamad Ke4.pergi berarak ke Istana.knapa buta macam Dtaran Tahrir.Knapa tak berkemah dlm Bandar Kota Bharu.Knapa tak buat kecoh.Halau semua orang-orang Kafir dari bumi Kelantan.Knapa tak buat kerajaan MERDEKA DI KELANTAN.Knapa tak buat Republik of Islam Kelantan.dah pas memerintah.Ada Polis sdiri,askar sdiri n semua sdiri.TGNA jadi Presiden.Pok Jak Rantau Panjang jadi Ketua Tentera...macamana?Tak payah  pakat ngan DAP n PKR la.Demo 2 "kafirun" semua nya(Kalu Islam ok).Kita ikut mace Somamali rakyat dia bagus Islam tulin.Tapi tak iktiraf oleh UN.Biar la asal kita boleh hidup ngan cara kita.MERDEKA RIK(REPUBLIC OF ISLAM KELANTAN.macamana?Pok Nik Merdeka.knapa tak tunjuk perasaan mcm bersih dulu nik aziz penakut dah?Kecut dh ke. bantu semua org PAS.Say..Macamana  Husam,macamana Nasharuddin spekar,Nik Amar,Halim PC,Dtok Wan wakil Rakyat Kota Bharu n semoa org kuat PAS  mula berhimpun ramai2 di Kota Bharu.dulu sibuk tak sokong pas tak masuk syurga sekarang nie tak sokong  nik aziz tak masuk syurga ke.suruh masuk DAP

Politik Harian: Setiausaha Politik Nik Nazmi Gelar Chegu Bard Bodo...

Politik Harian: Setiausaha Politik Nik Nazmi Gelar Chegu Bard Bodo...: Panas! Tak dapat nak disorokan lagi apabila puak Nik Nazmi bertikam lidah dengan Puak Chegu Bard... Macam filem KL Gengster la pulak! Yan...

Mat sabu sampai terkencing datang seremban


mat sabu sampai terkencing kat petronas.lepas tu naik kereta kancil pergi ke program yang tidak sampai 100meter dari majlis tersebut


Kemarahan segelintir pihak terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu (gambar) sampai ke kemuncaknya apabila beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah kehadirannya pada sambutan Aidilfitri anjuran parti berkenaan di Ampangan dekat sini malam tadi.

Kumpulan yang dianggotai kira-kira 80 orang itu berhimpun 50 meter dari tempat majlis berlangsung sebagai tanda bantahan terhadap kehadiran pemimpin tersebut ke negeri ini berikutan kenyataannya yang menghina pejuang negara baru-baru ini.

Mereka yang berhimpun seawal pukul 8.40 malam itu turut membawa sepanduk dan melaungkan slogan mengutuk Mat Sabu.


Perhimpunan tersebut yang pada mulanya berlangsung dalam keadaan aman bertukar menjadi panas seketika apabila Mat Sabu mengambil giliran menyampaikan ceramahnya kira-kira pukul 10.15 malam.

Selang beberapa minit Mat Sabu menyampaikan ucapannya, beberapa peserta perhimpunan yang tidak berpuas hati dengan kenyataan pemimpin pembangkang itu yang masih mempertahankan pendiriannya dalam isu komunis, bertindak menyerbu majlis berkenaan.

Tindakan tersebut menyebabkan berlaku tolak-menolak dan pergelutan antara peserta perhimpunan dengan beberapa ahli Pas yang bertugas pada majlis berkenaan.

Dalam kekecohan tersebut, beberapa tetamu turut cedera ringan dipercayai akibat ditumbuk dan terkena botol minuman serta objek yang dibaling oleh kedua-dua pihak.

Namun, kekecohan yang berlaku selama kira-kira 15 minit itu terlerai dengan kehadiran anggota polis yang kemudiannya mengarahkan kedua-dua pihak agar bertenang.

Di sebalik bantahan dan suasana tegang itu, Mat Sabu masih meneruskan ceramahnya hampir satu jam sebelum majlis berkenaan berakhir kira-kira pukul 12 malam.

Dalam pada itu, jurucakap NGO terbabit, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, pihaknya mengadakan perhimpunan tersebut bagi mendesak Mat Sabu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kerana menghina pejuang kemerdekaan.

‘‘Ramai yang hadir pada perhimpunan ini adalah bekas tentera yang terguris dan rasa terhina dengan kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini.

‘‘Kami mahu Mat Sabu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada anggota keselamatan serta keluarga mereka yang berjuang demi kemerdekaan negara ini,” katanya di sini semalam.

Sunday 25 September 2011

Politik Harian: Panas! Ram Ponusamy Akan Bongkarkan Penyelewengan ...

Politik Harian: Panas! Ram Ponusamy Akan Bongkarkan Penyelewengan ...: Bekas Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang iaitu Ponusamy a/l Govindasamy semalam mengadakan satu sidang media tergempar tentang is...

Friday 23 September 2011

bila bahtera dilambung ombak

Friday, September 23, 2011

TERBONGKAAR..! Seorang Wakil DAP Kata " Fuck You Anwar..!! "

Kelmarin, Pakatan Rakyat akhirnya membuat keputusan untuk menyertai Jawatankuasa Khas Parlimen untuk memperbaiki proses pilihanraya. Pengumuman dan kenyataan kepada media nampak macam solid dan bersatu.

Seolah-olahnya, mereka memang sudah membuat keputusan yang bulat dan nekad untuk menyertai jawatankuasa tersebut.

Pada hakikatnya, mesyuarat itu tidaklah berlangsung dalam suasana yang mesra. Banyak juga bertegang urat. Seorang rakan blog ini yang kebetulan menjadi pencatat, memaklumkan bagaimana berlaku ‘heated debate’ antara Anwar dan DAP sewaktu mesyuarat tersebut berlangsung.

Anwar masih dengan pandangan awal, PR mesti menjauhkan diri daripada JK tersebut kerana menyertainya adalah satu ‘endorsement’ kepada Najib.

DAP pula kekal dengan pandangan – perlu merubah dan memberikan pandangan dari dalam JK tersebut. Malahan, DAP merasakan adalah sesuatu yang sangat rugi jika PR tidak menyertai JK terbabit.

Rakyat akan melihat PR sebagai kumpulan oportunis yang hanya tahu menjerit di jalanan. DAP mengatakan bahawa penyertaan dalam JK tersebut tidak bermakna satu endorsement kepada Najib. Tidak semestinya.

Anwar terdiam. Anwar tetap dengan pandangan bahawa PR patut BOIKOT dan tidak menjadi sebahagian daripada JK terbabit.

PAS juga bersetuju dengan DAP – tidak ada gunanya menjerit di jalanan tetapi tidak menjadi anggota JK tersebut.

Anwar akhirnya terpaksa akur dengan desakan rakan dalam PR. Tak ada choice. Muka Anwar berubah.

Namun, DAP pandai memujuk dengan mencadangkan Nurul Izzah menjadi wakil PKR di dalam JK tersebut. DAP menganggap Izzah sesuai diletakkan di situ kerana sangat vokal dan faham mengenai teras perjuangan Bersih. Ianya juga bagus untuk meningkatkan kredibiliti Izzah dalam jangka masa panjang. Anwar mula tersenyum….

PAS juga khabarnya akan menghantar calon yang vokal ke JK tersebut. Orangnya belum dipastikan. Nama Mahfuz disebut-sebut. Tetapi belum mendapat persetujuan.

DAP juga khabarnya akan menghantar seorang Ahli Parlimen wanita ke JK tersebut. Fong Po Kuan adalah antara nama yang dimaklumkan. Graduan UIAM dalam undang-undang ini dikatakan dapat memberikan pandangan guaman kepada JK terbabit.

Anwar patut sedar, dia semakin kurang dihormati dalam Pakatan Rakyat. Mereka seperti sudah bersedia mengurus Pakatan Rakyat TANPA Anwar…
 
 
 
rajalaut - Jangan satu kapal ramai nakhoda .

Tuesday 20 September 2011

MAT SABU DI TAHAN DLM LOKAP

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah, sebentar tadi.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Selain itu, beliau turut berdepan dengan pertuduhan pilihan mengikut seksyen sama dengan dakwaan memfitnah tiga anggota polis yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.
Pihak pendakwa meminta jaminan RM50,000 dikenakan ke atas Mohamad tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan pemimpin PAS itu dengan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Kumpul wang
Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin kemudiannya menetapkan sebutan kes paad 27 Oktober dan perbicaraan daripada 5 Disember hingga 9 Disember.
NONEKetika diminta mengulas, Mat Sabu berkata beliau telah menjangkakan tindakan mahkamah itu.

"Kes ini adalah mengenai interpretasi sejarah dan sepatutnya diselesaikan melalui dialog dan debat, bukannya di mahkamah.

"Bagaimanapun, oleh kerana ia adalah kes mahkamah, kita akan berdepan dengannya,” katanya.

Menurut Mat Sabu, kerajaan mula kehilangan sokongan rakyat, khususnya golongan muda dan terpaksa menggunakan kekerasan dan undang-undang bagi mengurangkan pengaruhnya.

Sementara itu, ratusan penyokong pemimpin PAS berkumpul di luar pekarangan mahkamah sejak jam 8 pagi tadi bagi memberi sokongan.

Turut kelihatan Timbalan Pesuruhjaya PAS I negeri, Khalid Man dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.
Mereka kemudiannya secara sukarela mengumpul wang dan menderma bagi mengikat jamin Mat Sabu.

Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya "polis British".
NONEUcapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah.

 Mat Syabu ditahan sementara di lokap mahkamah kerana tak cukup duit jaminan (15K). Pengemis Pasbeer sdg kutip derma utk keluarkannya. 
Jika didapati bersalah, Mat Jilat ni akan kedalam selama 2 tahun & didenda. 


Mat sabu tiba di IPK Pulau Pinang malam tadi secara sukarela selepas waran tangkap di keluarkan keatasnya.Dihadapkan ke mahkamah pagi ini.

Monday 19 September 2011

Satu Kem Pun Bole Bertumbuk

Dap dan Pkr lawan tumbuk di Johor.

Setelah Selangor dan Pulau Pinang di kucar-kacirkan. Kini Dap dh berangan-angan nk memerintah Johor.malah Merasakan  kaum cina di Johor juga sudah menunjukkan sokongan yang hebat kepada Dap.Sebab tamak  kuasa sanggup merosakkan peribadi kawan sendiri. Dah jelas Dap sudah merancang segala aktiviti haram akan dihalalkan di Johor.PKR dh lambat nak melobi kaum cina .PAS anguk-anguk jadi kuda tunggangan DAP.Panas miang Pakatan Rakyak Johor sekarang nie.berebut kuasa sampai bertumbuk.belum lagi memerintah kalau memerintah tak tau macam mana jadi pula."Orang Tamak Selalu Rugi"


Saturday 17 September 2011

Belum Jadi PERDANA MENTERI orang dah angkat punggung dengar ceramah Anwar.

16 SEPTEMBER MENUJU PUTRAJAYA

.



Hebatnya Anuar Ibrahim apabila memberi Ceramah Perdana di Stadium Bandaraya tidak mampu untuk menarik jumlah penonton yang ramai.Ada juga penonton angkat punggung meninggalkan stadium bila anuar mula berceramah malam tadi.

Turut hadir nama besar seperti Husam ,Lim Guan Eng dan lain-lain pemimpin pakatan rakyat..
Yang menariknya apabila Guan Eng telah lari ke Singapura menaiki pesawat jam 9.15malam tadi.Kerana pemimpin DAP tidak mahu dilihat bersama Anwar kerana beliau adalah liabiliti kepada regim DAP Pulau Pinang.Dikhabarkan  tidak mahu dilihat bersama Anwar.Apa yang dapat kita lihat,bagaimana chauvanis ultra kiasu DAP langsung tidak menghormati Anwar sebagai "anugerah tuhan" pakatan.Tetapi seperti biasa melayu haprak PKR dan khawarij PAS begitu sayang dengan bapak segala pembohongan si Anwar.

Dalam keadaan yang dingin. Anuar sampai tersasul ketika memberi ceramah berserta sumpah seranah dihadapan tidak sampai 500 orang penyokong tegarnya dengan diberi kawalan oleh Unit Amal Pas yang menjangka kehadiran ribuan penonton..

Telah ramai penyokong Pakatan Rakyat telah membuat pusingan U.dianggarkan lebih 7000 orang telah menyertai Barisan Nasional.Disebabkan kes-kes yang melibatkan janji-janji  pada PRU 12 dahulu termasuk kes liwatnya.

oleh :RAJALAUT11

17 september 2011

Monday 5 September 2011

Mat Sabu Putar Belit Mengatakan Perjuangan menuntut Merdeka bukan hanya dipelopori UMNO

Mat sabu sudah tiada idea lagi. dengan melabelkan Mat Indera perjuang kemerdekaan. sedangkan Parti Komunis Malaya adalah pengkhinat negara..



Mat Sabu cuba memutar belit fakta seperti dibawah ini:

1. Sebelum menyertai PAS pada Mac 1978, saya telah berkecimpung dalam ABIM.  Di dalam Parti Islam PAS saya telah memegang berbagai-bagai jawatan dan kedudukan samada sebagai AJK dewan pemuda PAS pusat, pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, AJK PAS Pusat, Naib Presiden dan sekarang sebagai Timbalan Presiden PAS.

2. Sepanjang penglibatan saya dalam PAS, di antara tokoh idola saya ialah Jamaludin Al-Afghani, Syed Qutb, Hassan Al-Banna, Imam Khomeini, Omar Mokhtar, Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan tokoh-tokoh ulama' dan cendekiawan Islam.

3. Saya pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah tahanan ISA.  Antara tuduhan ialah sebagai pelampau agama.

4. Adapun tokoh-tokoh lain seperti Lenin, Mahatma Gandhi, Abraham Lincoln, Jamal Naser, Sukarno, Kamal Attarturk, Ho Chi Minh dan lain-lain yang disebut oleh saya adalah sebagai sejarah perjuangan rakyat dan kejayaan mereka sebagai contoh perbandingan.

5. Tuduhan terhadap saya, secara kasar dari 27 Ogos hingga ke hari ini, 2 September sebagai penyokong komunis dan hendak mendewakan fahaman komunis amat keterlaluan dan menjijikkkan.  Segala tohmahan ini untuk memburukkan saya dan parti saya (PAS).

6. Tuntutan BERSIH 2.0, lapan perkara telah membongkar penyelewengan daftar pemilih (electoral role) dan lain-lain kepincangan.  SPR dan kerajaan BN telah dan sedang berada "di kandang orang salah" menurut pandangan rakyat.

7. Pemimpin UMNO dilihat merasa gusar dan panik apabila sejarah perjuangan kemerdekaan mula diketahui oleh rakyat jelata khususnya generasi muda.  Perjuangan menuntut kemerdekaan bukan hanya dimiliki dan dipelopori oleh UMNO sahaja.

8. Isu komunis sengaja ditimbulkan oleh akhbar milik UMNO untuk mengalih pandangan rakyat dari menumpukan hal pilihanraya yang bersih dan kenaikan harga barang (inflasi) yang sedang melanda negara.

9. Kebebasan media (cetak, pandang, dengar) yang hampir tidak ada di Malaysia membolehkan propaganda BN berjalan tanpa dapat disanggah dengan berkesan oleh pihak yang dituduh atau difitnah.

*Kenyataan akhbar oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar kiri) pada 2 September 2011

*Tapi Isu Bersekedudukan dengan Bini Org Tak Di Nafikan

Others Blog Archive