Wednesday 31 August 2011

baca sejarah komunis yang mad sabu agong2kan

Pemberontakan bersenjata (1948 - 1989)

Kampung Baru 1948-1960
Jepun mula menakluki Tanah Melayu pada 15 Februari 1942 sehingga 12 September 1945. Kezaliman sewaktu memerintah adalah pahit. Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu telah mendapat sokongan daripada anak negeri yang terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan yang telah dijanjikan. Jepun juga turut menghampakan harapan mereka yang terperangkap dengan janji-janji Jepun untuk memberikan kemerdekaan dengan Propaganda jepun iaitu "Asia untuk Orang Asia" dan "Semangat Asia". Kekerasan berlaku. Mereka yang disyaki menentang Jepun akan dibunuh. Akibat kezaliman Jepun itu, semangat cinta akan tanah air [1]telah dipupuk.
Pada Zaman Pendudukan Jepun, rakyat hidup dalam sengsaraan. Kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh Kempetai amat ditakutkan. Kempetai merupakan unit polis yang menangkap sesiapa yang disyaki menentang Jepun. Banyak masalah sosial juga ditimbulkan. Ekonomi merosot, ramai yang mati kebuluran, hasil pertanian dirampas, bilangan pengangguran semakin meningkat, ubat-ubatan tidak cukup menyebabkan ramai yang mati kerana penyakit. Orang Cina yang menghantar bantuan kepada negara China apabila [Perang Jepun dengan China ditangkap dan dibunuh dengan penuh kezaliman. Memaksa rakyat membina Keretapi Maut di negara Thai. Dasar penjepunan diperkenalkan, sekolah-sekolah diganti dengan sekolah Jepun, bahasa Nippon-go digunakan, Kimigayo iaitu lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan, tulisan Jepun ditulis. Perbuatan tersebut menyebabkan kelahiran MPAJA iaitu Tentera Anti Jepun Tanah Melayu, Force 136, Gerila Kinabalu dan lain-lain gerakan yang menentang Jepun. Akhirnya, Jepun menyerah kalah tanpa syarat setelah Hiroshima dan Nagasaki dibomkan. Walaupun Jepun telah menyerah kalah kepada tentera Berikat, tetapi banyak kesan-kesan positif malah negetif diwujudkan. Antaranya, Zaman Pendudukan Jepun itu telah membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat tetapi masalah perpaduan telah diwujudkan serta masyarakat menjadi kucar-kacir. Ramai yang mati akibat kelaparan dan dijangkiti penyakit.
Setelah Jepun menyerah kalah, MPAJA yang juga dikenali sebagai Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 20 April 1930. Yang pada awalnya bekerjasama dengan pihak British untuk menentang pendudukan Jepun berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940, mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun.
Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang. Manakala dari segi penglibatan negara luar pula, Parti Kuomintang dari China memainkan peranan yang penting untuk menyebarkan perfahaman komunis ke Tanah Melayu. Cawangan Kuomintang di Tanah Melayu diharamkan oleh British. Walau bagaimanapun, golongan komunis di Tanah Melayu menubuhkan Parti Komunis Nanyang tetapi diharamkan pada tahun 1930 kemudian menubuhkan pula Parti Komunis Malaya.
Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis. Semasa pemerintahan Jepun PKM menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun. MPAJA mendapat sokongan daripada orang Cina

[5].Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA dan melalui beberapa pertubuhan seperti Min Yuen, MRL dan sebagainya. Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.
Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D. Parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.
Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang komunis.
Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya.
Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara.

kepada lembu2 yang tak tau sejarah.kita mula dari sini

Sejarah Malaysia.png

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu


Penjajahan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit dan merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan daripada orang putih (British) kepada pemerintah Jepun. Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran orang-orang Melayu umum — pemerintahan oleh bangsa lain selain daripada mereka yang berkulit putih — sebelum ini. Pertempuran ini membabitkan tentera negara-negara Komanwel, terdiri daripada British, India, Australia dan penduduk Melayu dari pasukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dengan Tentera Empayar Jepun bermula dari 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1942 semasa Perang Dunia II.

Latar belakang

Sewaktu antara tempoh perperangan, strategi tentera British di Timur Tengah dilemahkan oleh kurang perhatian dan belanjawan.
Rancangan kerajaan British bergantung terutamanya pada meletakkan angkatan laut yang kuat di pangkalan Tentera Laut Singapura apabila berlakunya sebarang pergeseran dengan musuh, untuk melindungi kepentingan Timur Tengah British dan laluan ke Australia. Bagaimanapun, tempoh jangkaan tiba Tentera Laut Diraja British, sekiranya Tanah Melayu atau Singapura diancam, disambung dari minggu ke bulan, sehingga akhirnya, apabila perang meletus di Eropah pada 1939, ia jelas kelihatan bahawa tiada angkatan laut mungkin akan tiba.
Sebaik sahaja Perang Dunia II meletus, Britain, Timur Tengah dan Soviet Union dianggap lebih penting dalam pembahagian sumber tenaga manusia dan peralatan, sehinggakan angkatan tentera udara Tanah Melayu yang dirancang antara 300 hingga 500 kapal terbang tidak pernah tercapai dan bilamana tentera Jepun menjajah dengan dua ratus kereta kebal tentera British di Tanah Melayu tidak mempunyai walau satu kereta kebal pun.

Penjajahan Jepun

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera ke-25 menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun melancarkan serangan serangan amfibi (amfibious assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula maju kebawah ke pantai timur Tanah Melayu. Ini dilakukan bersama dengan pendaratan di Pattani dan Singgora di Thailand, di mana mereka bergerak keselatan melalui jalan darat menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand untuk menyerang sebelah barat Tanah Melayu.

8 Disember - 18 Disember 1941

Jepun mendarat di Pantai Padang Pak Amat sejurus selepas tengah malam 8 Disember 1941, dan mencetuskan pertempuran hebat antara tentera India British dan tentera Jepun, hanya sejam sebelum berlakunya Serangan ke atas Pelabuhan Pearl. Pertempuran itu merupakan detik rasmi permulaan Perang Pasifik serta merupakan permulaan sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu. Pihak Jepun mengalami jumlah korban yang tinggi tetapi gelombang demi gelombang penyerang menyerbu ke pantai sehingga pihak British terpaksa berundur. Dari situ, mereka bergerak dan menawan lapangan terbang Kota Bharu. Pada masa yang sama, pihak Jepun menyerang Singapura, Hong Kong dan Pelabuhan Pearl melalui udara.
Lt. Jeneral Yamashita, Komander tentera Jepun
Lt. Jeneral Percival, Pegawai Jeneral Pemerintah Tanah Melayu
Lockheed Hudson Mk V
Pihak Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Petani, Butterworth dan Alor Star pada 9 Disember 1941. Pada 10 Disember 1941, kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju ke arah tempat pendaratan Jepun yang dilaporkan di Kuantan. Tanpa perlindungan udara, pesawat Jepun menyerang dengan gelombang demi gelombang dan berjaya menenggelamkan kedua-dua buah kapal tersebut. Kehadiran Tentera Laut British dihapuskan dalam masa yang singkat.
Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menuju Sungai Perak. Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mulai mengebom Pulau Pinang.
Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari yang sama.

Kemasukan tentera Jepun dari Siam

Pihak Jepun telahpun mengugut kerajaan Thai bagi membenarkan mereka menggunakan pengkalan tentera Thai bagi melancarkan serangan ke Tanah Melayu, selepas bertempur dengan tentera Thai selama lapan jam dalam Pertempuran Prachuab Khirikhan pada awal pagi. Thailand kemudiannya akan terlibat dalam perikatan tentera rasmi dengan Jepun untuk terus menyerang Tanah Melayu. Bagi pasukan yang mempertahankan koloni, terdiri daripada tentera British, Australia dan India, Pertempuran Tanah Melayu merupakan kempen yang membawa bencana.
Ketumbukan ke 5 tentera Jepun yang dipimpin oleh Lt. Jeneral Takaro Matsui telah ditugaskan menyerang Kedah mula mendarat di Singgora pada 8 Disember 1941. Pada awal pagi 10 Disember 1941, pasukan tentera Jepun di bawah perintah Kolonel Saeiki mula menyerang sempadan Bukit Kayu Hitam tetapi serangan tersebut dapat ditangkis tentera British. Namun serangan balas pada pagi tersebut juga memaksa tentera British berundur ke Asun. Tentera British yang mempertahankan Asun kemudiannya diasak dan memaksa mereka berundur ke Jitra. Dalam masa yang sama, tentera British yang mempertahankan Perlis terpaksa berundur ke Jitra. Semasa pengunduran, tentera British meletupkan beberapa jambatan kecil di sepanjang jalan antara Kodiang dengan Jitra. Ini menyebabkan banyak senjata berat tidak dapat di bawa ke Jitra.
Sementara itu, di sebelah pantai timur, tentera Jepun yang mendarat, pada awalnya ditentang oleh Kor ke III India dari Tentera India dan beberapa batalion tentera British. Tentera Jepun dengan pantas mengasingkan unit India yang mempertahanan pantai, sebelum menumpukan tentera mereka bagi mengepong dan memaksa pasukan bertahan agar menyerah. Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menuju kearah Sungai Perak.
Pasukan Jepun mempunyai sedikit kelebihan dari segi jumlah tentera di utara Tanah Melayu, dan kelebihan yang banyak dalam sokongan udara dekat, kereta kebal, kordinasi, taktik dan pengalaman oleh unit Jepun yang pernah bertempur dalam China. Sementara, pihak Jepun mempunyai jumlah kapal terbang yang kurang sedikit, kapal terbang pejuang mereka pada kebiasaannya lebih baik dan mencapai kelebihan udara. Pihak Berikat tidak mempunyai kereta kebal, yang meletakkan mereka dalam keadaan kurang baik. Pihak Jepun juga menggunakan infantari berbasikal dan kereta kebal ringan, yang membenarkan pergerakan pantas pasukan mereka melalui darat dan melalui muka bumi yang diselitupi hutan hujan tropika yang tebal.
Pihak British telah mempunyai rancangan bagi melewatkan pendaratan Jepun di Selatan Thailand tetapi Ketua Marshal Udara Sir Robert Brooke-Popham, Panglima Tertinggi (Commander-in-Chief) bagi Markas Gerakan Timur Jauh British menolak memberikan kebenaran bagi melancarkan Operasi Matador dan Operasi Krohcol sebelum serangan Jepun, bagi mengelakkan risiko membangkitkan perang yang akan meletus.
Force Z tentera laut, terdiri daripada kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse, bersama dengan empat pembinasa, dan diperintah oleh Laksamana Tom Phillips telah tiba sejurus sebelum permusuhan meletus. Bagaimanapun, kelebihan tentera udara Jepun mendorong kepada Penenggelaman HMS Prince of Wales dan HMS Repulse pada 10 Disember 1941, menjadikan persisiran pantai barat Tanah Melayu terdedah dan membenarkan tentera Jepun untuk meneruskan pendaratan mereka.

Kemaraan turun Semenanjung Tanah Melayu


Pemerintah Command dan penjajahan Jepun
Pengunduran pasukan tentera British bukan sahaja menjatuhkan moral pasukannya, malah memberi kesan taktikal kepada pertahanan Kedah. Serangan Jepun diteruskan hingga ke malam dan mereka berjaya memduduki beberapa tempat yang strategik di Bukit Jantan dan Bukit Alor iaitu dua tempat yang penting bagi pertahanan Jitra. Akibatnya pasukan British berundur ke selatan dan cuba memperkuatkan kedudukannya di Sungai Bata dan Kelubi dengan menggunakan askar Gurkha dan Punjab.
Sementara itu di pihak Jepun, Mejar Jeneral Saburo Kawamura, pemerintah Briged ke - 9 mengarahkan pasukan pimpinan Kolonel Saeki diberi tambahan kereta kebal dan jurutera bagi membolehkan pasukan Jepun menawan jambatan Jitra sebelum British meletupkannya. Beliau mengarahkan Rejimen ke - 40 supaya menyerang bahagian timur jalan. Taktik penyeludupan juga dibuat untuk mara ke kawasan musuh dengan lebih cepat. Bagaimanapun serangan Jepun pada sebelah malam gagal akibat hujan lebat tetapi bernasib baik kerana pasukan Punjab tidak diselaras bagi menyerang pasukan Jepun, akibat kelemahan sistem perhubungan tentera British.
Mejar Jeneral Murray - Lyon yang mengetuai pertahanan British di Kedah mengambil keputusan berundur ke Gurun. Langkah ini dipersetujui oleh Ibu Pejabat Pemerintah Tanah Melayu. Pengunduran tentera British dari Jitra dijalankan dalam keadaan cuaca buruk. Ternyata ketumbuhan ke - 11 mengalami kemusnahan agak teruk berbanding tentera Jepun. Pertahanan Jitra yang dibina selama tiga bulan musnah dalam masa lima belas jam sahaja.
Kekalahan tentera British dan India ini di Jitra oleh tentera Jepun, yang disokong dengan kereta kebal bergerak keselatan dari Siam pada 11 Disember 1941 dan kemaraan pantas pihak Jepun melalui darat dari beachhead Kota Bharu disebelah pantai barat daya Tanah Melayu mengatasi sistem pertahanan British di utara. Tanpa sebarang kehadiran tentera laut, pihak British tidak mampu mencabar operasi tentera laut Jepun di persisiran pantai Tanah Melayu yang terbukti berguna bagi tentera penjajah. Tanpa kehadiran kapal terbang British, pihak Jepun turut menguasai langit, menjadikan tentera darat Komonwelth dan penduduk awam terdedah kepada serangan udara. Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mula mengebom Pulau Pinang.
Sementara itu, ketumbukan ke-11 kemudiannya berjaya diundurkan ke selatan Sungai Kedah pada 13 Disember 1941. Dalam pada itu, tentera Jepun telah sampai ke Alor Star dan ramai yang berjaya menyeberangi Sungai Kedah. Bagi menyelamatkan keadaan, Murray -Lyon mengambil keputusan meletupkan jambatan Sungai Kedah dan jambatan keretapi. Pengunduran dari Alor Star ke Gurun kemudiannya diteruskan walaupun persediaan pertahanan di Gurun tidak memuaskan.
Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari yang sama.
Sementara itu Pulau Pinang dibom hebat setiap hari oleh pihak Jepun dari 8 Disember sehingga ia ditinggalkan pada 17 Disember. Senjata, bot, bekalan, dan radia station yang berfungsi ditinggalkan begitu sahaja dalam tergesa-gesa dan jatuh ketangan tentera Jepun. Pengunduran orang eropah dari Pulau Pinang, dengan penduduk tempatan dibiarkan begitu sahaja ditangan tentera Jepun menyebabkan malu besar bagi pihak British dan mengasingkan mereka dari penduduk tempatan.

19 Disember 1941 - 31 Januari 1942

Pada 23 Disember Major-General Murray-Lyon dari Division Infantari India ke-11 ditukarkan dari bertugas tanpa memberi apa-apa kesan. Menjelang hujung minggu pertama Januari, keseluruhan daerah utara Tanah Melayu telah jatuh ketangan Jepun. Pada masa yang sama, Thailand secara rasminya menandatangani Persefahaman Persahabatan (Treaty of Friendship) dengan kerajaan Imperial Jepun, yang melengkapkan pembentukan perikatan tentera yang longgar. Thailand kemudiannya dibenarkan oleh pihak Jepun bagi meneruskan penguasaan mereka terhadap beberapa kesultanan di utara Tanah Melayu, dengan itu mengukuhkan pendudukan mereka.
Tentera Jepun mara ke selatan dan menawan Ipoh pada 26 Disember. Penentangan sengit terhadap kemaraan Jepun dalam Pertempuran Kampar berlangsung selama tiga hari dan tiga malam antara 30 Disember 1941 sehingga 2 Januari 1942, sebelum Tentera British terpaksa berundur. Pada 7 Januari 1942, dua pasukan Briged India Tentera British dipintas dalam Pertempuran Slim River yang memberikan tentera Jepun laluan mudah ke Kuala Lumpur, ibu negara Tanah Melayu. Pada 9 Januari, kedudukan pasukan British semakin terdesak dan Komander Jeneral Wavell memutuskan untuk mengundurkan keseluruhan Tentera British ke utara Johor, dan meninggalkan Kuala Lumpur. Ia tidak mengambil masa yang lama bagi tentera Jepun menakluk matlamat mereka seterusnya, bandar Kuala Lumpur. Tentera Jepun masuk dan menduduki Kuala Lumpur tanpa ditentang pada 11 Januari 1942. Pulau Singapura kini berada hanya kurang daripada 200 batu dari tentera penakluk Jepun. Pertahanan Johor
Barisan pertahanan British ditubuhkan di utara Johor antara Muar di barat sehingga Segamat, dan kemudiannya sehingga Mersing di sebelah timur. Briged Ke-45 ditempatkan di bahagian barat antara Muar dan Segamat. Pasukan Australia diletakkan pada kedudukan tengah dan bergerak maju ke utara dari Segamat ke Gemas di mana mereka bertembung dengan pasukan tentera Jepun yang sedang mara pada 14 Januari 1942.
Pada 15 Januari, Divisyen Ke-15 yang merupakan pasukan tentera utama Jepun, tiba dan bertempur buat pertama kali dengan pasukan Australia Division ke 8, di bawah pemerintahan Major-General Gordon Bennett. Semasa pertempuran dengan tentera Australia, tentera Jepun mengalami kekalahan taktikal buat kali pertamanya, disebabkan tentangan sengit yang diberikan oleh (Tentera Imperial Australia) di Gemas. Pertempuran tersebut, berpusat sekitar Jambatan Gemencheh, memberikan kerugian besar kepada pihak Jepun, yang mengalami 600 korban tetapi jambatan itu sendiri, yang telah dimusnahkan semasa pertempuran, diperbaiki dalam tempoh enam jam.
Pihak Jepun kemudiannya cuba mengelilingi pertahanan pasukan Australia di barat Gemas, dengan itu memulakan pertempuran paling sengit dalam kempen penaklukan Tanah Melayu yang bermula 15 Januari di persisiran pantai barat Semenanjung Tanah Melayu berhampiran Sungai Muar. Bennett meletakkan Brigade India ke 45 yang tidak berpengalaman dan masih mentah bagi mempertahankan tebing Selatan sungai Muar tetapi unit tersebut dipintas oleh unit Jepun yang mendarat dari laut dan Brigade tersebut hampir musnah sepenuhnya dan komandernya Brigadier Duncan terbunuh.
Pihak British mengarah Batalion Ke-19 dan Ke-29 ke barat, dan batalion Ke-19 bertempur dengan pihak Jepun pada 17 Januari 1942 di selatan Muar. Diketuai oleh AIF Liftenan-Kolonel Anderson, tentera India yang berundur disokong oleh tentera Australia membentuak pasukan Muar dan bertempur sengit selama empat hari bagi membenarkan sisa tentera Komenwelth berundur dari utara Tanah Melayu, dengan itu mengelakkan dipintas dan berundur melalui pasukan Jepun kekawasan selamat. Apabila Pasukan Muar sampai ke jambatan di Parit Sulong dan mendapati ia ditangan musuh, Anderson, dengan jumlah yang mati dan tercedera meningkat, mengarahkan setiap orang cuba 'menyelamatkan diri masing-masing'. Mereka yang mampu melalui hutan, paya, dan ladang getah bagi sampai ke ibupejabat batalion di Yong Peng. Mereka yang tercedera ditinggalkan kepada ihsan Jepun dan kesemua kecuali dua dari 135 disiksa dan dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong. Leftenan-Kolenal Anderson dianugerahkan Victoria Cross bagi perjuangannya semasa berundur..
(Royal Engineers) bersedia bagi memusnahkan jambatan semasa berundur.
Pertempuran berlanjutan sehingga 18 Januari, dan pada 20 Januari, pendaratan lanjut tentera Jepun dilakukan di Endau, walaupun menerima tentangan hebat dari serangan udara pengebom torpedo Vickers Vildebeest yang lapuk. Pertahanan terakhir Komonwelth di Johor Batu Pahat-Kluang-Mersing kini diserang sepanjang garis pertahanannya. Malangnya Percival telah menentang pembinaan pertahanan kaku di Johor, di persisiran utara Singapura, mengenepikan permintaan berulang untuk memulakan pembinaan oleh Ketua Juruteranya, Brigadier Ivan Simson, dengan ulasan "Pertahanan buruk untuk moral".
Di sebalik cubaan Batalion Ke-19 dan Ke-29, Garis Pertahanan Johor roboh. Jeneral Wavell memerintah pengunduran umum menyeberangi Selat Johor ke pulau Singapura. Menjelang 31 Januari 1942, keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke dalam tangan Jepun.
ikuti kisah selanjutnya setelah jepun menyerah kalah


















































Monday 29 August 2011

Bila Ahli Parlimen ....Kapir bagi perutusan Hari Raya dgn mengunakan nama Allah

Bila orang kapir bagi Perutusan Selamat hari raya siap bagi salam dengan singkatan huruf yang bole dikaitkan dgn nama Allah.....

Perutusan Ahli Parlimen BATU Y.B. TIAN CHUA bersempena
HARI RAYA AIDIL FITRI  / 1 SYAWAL 1432 H

Assalamualaikum w.r.t. w.b.t. dan Salam Perjuangan,

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal yang bakal menjelang tiba, saya disini ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua muslimin muslimat terutama semua kenalan para penduduk di dalam kawasan khidmat saya sebagai Ahli Parlimen Batu (P.115).

Saya yakin dan percaya setelah sebulan menempuh ibadah puasa Ramadhan yakni Rukun Ketiga dalam agama Islam, muslimin-muslimat semua sama-sama sekali lagi diuji selain menahan dahaga dan kelaparan, telah juga berjaya membendung pelbagai nafsu diri dan melalui cabaran mihnah rintangan menjauhi segala larangan semasa meneruskan aktiviti harian sebagai rakyat Malaysia.  Diharapkan dengan semangat ini moga semua muslimin - muslimat kekal redha, bertaqwa dan bersyukur penuh kesabaran seterusnya diberi ganjaran pahala dan keampunan.

Selain itu diteruskan beristiqamah memperbaiki diri dan senantiasa berubah ke arah kebaikan untuk perjalanan kehidupan kita sebagai masyarakat sivil, hidup aman harmoni di lain-lain bulan seterusnya. Ini terutamanya dalam meningkatkan iltizam dan mutu kerja-kerja sukarelawan sesama kita dalam menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran bagi kebahagiaan dan hak rakyat yang sewajarnya. Keupayaan dan dedikasi terutama muslimin-muslimat saya yakini sepanjang bulan Ramadhan boleh dicontohi apabila bersama-sama membantu saya membela golongan yang tertindas dalam gaya kehidupan dan kos sara hidup kian meningkat selain sangat menyukarkan semakin hari terutamanya rakyat yang tidak diberi bantuan yang segera dan sewajarnya.

Seiring dengan suasana hari lebaran yang pastinya akan disambut dengan penuh kegembiraan bertemu keluarga, sanak saudara dan sahabat taulan, marilah kita sama-sama memperingati dan tidak sesaat pun melupakan golongan fakir miskin dan pelbagai lapisan dalam masyarakat kita yang berada dalam golongan kurang berada dan memerlukan bantuan. Diharapkan sumbangan bantuan yang kita hulurkan semasa menjalani ibadah Ramadhan yang penuh pahala ini dilanjutkan juga bagi meringankan beban hidup golongan tersebut. Semoga usaha kita akan menimbulkan keinsafan dan seterusnya senantiasa memanjatkan rasa kesyukuran atas nikmat dan rezeki yang kita perolehi.

Akhirul kalam ucapan, saya sekali lagi merakamkan ucapan Selamat Hari Raya dan menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua sekiranya ada tersalah kata-bahasa, tersilap langkah-perilaku, sepanjang perkhidmatan harian saya sebagai Ahli Parlimen sekiranya ada kekurangan dan kelemahan. Insya Allah akan saya perbaiki sedaya upaya dari masa ke semasa atas petunjuk dan kerjasama semua.

Tidak lupa juga saya dengan berbesar hati menjemput semua terutamanya warga Parlimen Batu dan kawasan sekitar agar hadir ke Majlis Jamuan Rumah Terbuka bersempena Perayaan Hari Raya Aidil Fitri yang sebagaimana biasa saban tahun dianjurkan oleh Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Batu / KEADILAN Cabang BATU pada 17 September 2011 (Sabtu) di Taman Dato’ Senu, Kuala Lumpur kelak. Kehadiran anda semua bagi menceriakan majlis adalah amat dialu-alukan dan dihargai.

Moga iltizam Ramadhan dan Syawal menjelang menjanjikan barakah dalam kehidupan mendatang.

Salam perjuangan demi rakyat menuju kemenangan.

CHUA TIAN CHANG (TIAN CHUA)
Ahli Parlimen BATU / Ketua KEADILAN Cabang Batu
Naib Presiden Parti KEADILAN Rakyat

Saturday 27 August 2011

Mat Sabu pengkhianat!

Mat Sabu pengkhianat!
Cuba ubah sejarah dan memperlekehkan sejarah Negara!!

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950. Baca sejarah peristiwa Bukit Kepong di sini...

Mat Sabu kata komunis itu hero! dengan secara terbuka Mat Sabu hina  Lt Adnan dan polis yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong!! 

Matlamat Chin Peng komunis ialah mahu menjajah Tanah Melayu dari Jepun..

Chin peng ialah double agen yang dilatih oleh British untuk menumpaskan Jepun..dan setelah jepun kalah.. Chin peng mahu menakluk Tanah Melayu melalui bantuan China..

Pada waktu itu melayu komunis hanyalah kuda tunggangang kepada komunis dan diberi layanan kelas kedua seperti Dap memperkudakan PAS..

Aku juga percaya puak Pas sendiri pun tidak setuju dengan kenyataan bodoh dari Mat Sabu ini! 

Terus terang aku katakan Mat Sabu telah memalukan bangsa melayu dan memihak kepada komunis, Mat Sabu adalah pembelot kepada bangsa dan negara!

Mat Sabu adalah 
Pengkhianat Negara!!!!
Pengkhianat Negara!!!
Pengkhianat Negara!!!
Orang macam Mat Sabu ini harus ditentang habis-habisan!!


baca di sini...

Video URL: http://youtu.be/ItcuiUCw4qY

Di bulan Ramadhan yang mulia dan sempena memperingatkan hari kemerdekaan, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka(beragama islam) yang gugur dalam pertempuran di Bukit Kepong.. Al- Fatihah....

Anggota Polis
Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
Lans Koperal 7168 Jidin Omar
Konstabel 9136 Hassan Osman
Konstabel 3933 Hamzah Ahmad
Konstabel 8600 Jaafar Hassan
Konstabel 7493 Muhamad Jaafar
Konstabel 5674 Abu Mohd Ali
Konstabel 7862 Abu Kadir Jusoh
Konstabel Marin 60 Ibrahim Adam
Konstabel Marin 68 Awang Ali
Konstabel Marin 181 Basiron Adam
Konstabel Tambahan 3475 Mohd Top Lazim
Konstabel Tambahan 3795 Jaafar Arshad
Polis Bantuan
Ins. Kudarina Naknok
AP 2130 Samad Yatim
AP Mahmood Saat
AP 1925 Ali Akop
AP 2127 Othman Yahya
Keluarga Anggota
Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
AP Redzuan Alias
Embong Lazim
Mendiang Koh Ah Cheng

Politik Harian/Bro Jinggo

Thursday 25 August 2011

Monday 22 August 2011

Politik Harian: Tiada Usaha Musnahkan Karier Politik Khairy

Politik Harian: Tiada Usaha Musnahkan Karier Politik Khairy: Pemuda Umno menolak ura-ura bahawa terdapat usaha dalaman memusnahkan karier politik Khairy Jamaluddin. “Tidak ada usaha sedemikian,” kat...

bongkar sampai lubang cacing


Ummi Lapor Polis, Bongkar Semula Kes 98 & Saman Pihak Tertentu





Ummi Hafilda saksi utama kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, hari ini kembali semula membuat laporan polis di di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pukul 12.35 tengahari 27 Jan 2011.
“Tujuan saya membuat laporan polis hari ini atas beberapa sebab. Membongkar semula segala kepalsuan, fitnah terancang, teori konspirasi yang amat keji oleh Anwar, Azmin dan sekutu-sekutunya.
“Kedua membersihkan semula nama baik saya yang telah tercemar dengan begitu dashyat akibat fitnah terancang mereka. Dan ketiga mengheret semua manusia keji yang suka memfitnah ke muka pengadilan supaya dihukum dengan sewajarnya”, kata Ummi.
AIDCNews difahamkan pada tengahari tadi, Ummi Hafilda telah mengemukakan laporan polis ke atas Norazman Abdullah @Baginda dan Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid yang lebih dikenali sebagai Raja Komando kerana sanggup dipergunakan sebagai saksi palsu oleh Anwar dalam kes perbicaraan 1998 untuk menjatuhkan imejnya :
Fitnah Jenayah Ke atas Norazman Abdullah@Baginda
Pada tahun 1998, Anwar membawa saksinya, Norazman Abdullah@Baginda sebagai saksi untuk merosakkan kredibiliti Ummi Hafilda dengan mendakwa mereka pernah mengadakan hubungan seks di London.
Menurut Ummi, beliau tidak mengenali siapakah Norazman@Baginda yang difitnah keatasnya itu.
“Fitnah Jenayah ke atas Baginda@Iban yang saya tidak tahu nama penuhnya siapa. Secara jahat telah memfitnah saya, kononnya saya telah berzina dengannya.
“(Tuduhan ini) tanpa sebarang asas dan bukti serta kebenaran, walaupun saya telah bersumpah laknat 10 tahun yang lalu, tetapi mereka terus mempertikaikannya dan mengaibkan saya di laman-laman blog. Maka saya wajib membersihkan nama saya.
“Saya klasifikasikan Baginda dan Raja Komando adalah saksi palsu yang dibawa oleh Anwar Ibrahim di dalam mahkamah. Dan kita akan bongkar imbuhan yang diberikan setelah mengaibkan dan memfitnah saya.
“Saya ada bukti dimana Raja Komando ini dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang menguruskan semua projek pasir di Selangor. Saya juga mendapat maklumat Baginda diberikan tanah di Selangor,” katanya.
Menyentuh lanjut berkenaan fitnah Baginda, Ummi berkata :
“Kononnya saya nak bagi Baginda RM200, 000…Siapa dia (Baginda)..kebulur sangat ke saya..despardo sangat ke saya..untuk mendapatkan seorang Iban yang dia sendiri murtad, makan babi, tidak bermaruah, hanya seorang pemandu, sebagai seorang balaci. Mana moral saya..dia orang meletakkan tahap moral saya begitu rendah.
“Dan kalau betul lah wujud ‘satu persetubuhan haram’, kenapa sampai hari ini tidak dilemparkan (sebarang bukti)..
“Mengenal tabiat mereka (Anwar-Azmin), (kalau benar mereka ada bukti), mereka akan dedah (seluas-luasnya) dalam blog, video, gambar, surat..kenapa tidak ada sampai hari ini ?.
“Kalau rakaman perbualan saya dengan Datuk Sng (Chee Hua) secara provokasi tentang buku 50 dalil, boleh dirakamkan (secara sembunyi-sembunyi), (dan) kenapa (kalau benar) berlakunya hubungan seks itu di London..kenapa tidak dirakamkan (kerana) itu adalah satu senjata yang boleh membunuh kredibiliti saya ?
“(Kalau benar) Sekurang-kurangnya dia (Baginda) boleh bawa balik selimut…(atau) bawa balik gambar. Dia kata saya berkasih sayang, kenapa tidak ada satupun gambar (yang menunjukkan saya berkasih sayang dengan dia) ?
“Terus terang saya katakan saya tidak mengenali dia secara peribadi.
“Datuk Sng.. ya saya kenal (dia). Dia (Sng) pernah bersama-sama berniaga dengan saya dalam pengiklanan. Jadi setiap kali Sng jumpa saya, sudah tentu Baginda ada di situ (sebab Baginda adalah pemandu peribadi Dato Sng. Sng pula kroni Azmin Ali).
“Dan saya tidak terfikir satu hari Azmin akan gunakan Baginda untuk mengaibkan saya dengan begitu hina”, katanya.
Fitnah Jenayah Ke atas Raja Komando
Menurut Ummi, Raja Komando telah memfinahnya dengan mendakwa Dato Aziz Shamsuddin menuduhnya sebagai ‘seorang pelacur’, sedangkan tuduhan itu semata-mata direka oleh saksi palsu Anwar itu sendiri.
“Raja Komando telah menjadi saksi palsu Anwar dalam kes 1998. (Dia) telah mengheret nama Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir,Datuk Aziz Shamsuddin, kononnya beliau (Datuk Aziz) mengatakan saya seorang pelacur.
“Hakikatnya Datuk Aziz sendiri telah menafikan dengan sekeras-kerasnya dan (Datuk Aziz) bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak berkata seumpama itu terhadap saya kepada Raja Raja Komando”, katanya
Fitnah Jenayah Ke atas Beberapa Laman Maya
Ummi juga turut melaporkan Saman Jenayah ke atas beberapa laman maya, iaitu Tukar Tiub, Tranungkite dan Pria Malaya dan akhbar tabloid Media Rakyat kerana memfitnahnya secara melampau.
“Fitnah Jenayah ke atas beberapa blogger yang tidak bertanggungjawab seperti blog ‘tukar tiub’, ‘tranungkite’ ruang bicara ‘pria malaya’ dan beberapa blogger lagi yang menjadikan isu ini untuk menghentam kredibiliti saya.
“Tranungkite berniat jahat melaporkan bahawa saya telah dipukul dan diserang di restoran saya di Sri Hartamas oleh isteri Tan Sri Muhamad Taib akibat skandal seks yang berlaku di antara kami.
“Satu fitnah yang amat melampau, di mana tidak ada wujud satu keadaan sekalipun dalam sejarah hidup saya diserang oleh mana-mana isteri menteri. Bahkan saya juga baik dengan isteri beliau (Tan Sri Muhamad Taib), iaitu Tengku Zanariah.
Fitnah Jenayah Ke atas ahkbar tabloid Media Rakyat
“Fitnah jenayah kepada Media Rakyat iaitu Dato Kamal Amir yang berniat jahat menyiarkan gambar saya di muka depan dengan tajuk ‘Kisah Dalam Kain Diselak’.
“(Akhbar itu) memfitnah saya begitu melampaui batas, menjejaskan kredibiliti saya, membangkitkan semula isu Baginda dengan begitu hina terhadap saya”, katanya
Dalam sidang media itu, Ummi Hafilda juga turut memohon kepada pihak polis agar menyiasat segala kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Azmin Ali dan isterinya Shamshida Taharin.
“Azmin dengan relanya telah melacurkan isterinya, Shamshida Taharin kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu yang merangkap Menteri Kewangan bagi tujuan mendapatkan kekayaan secara haram melalui pemberian peruntukan saham-saham yang bernilai berjuta-juta ringgit.
“Saya mencabar Azmin dan Amwar membuat laporan polis fitnah jenayah ke atas saya sekiranya apa yang akan saya laporkan ini hanya fitnah semata-mata. Saya dah buat sumpah laknat, Saiful (Bukhari) dah buat, kenapa mereka tak berani buat?,” katanya.
Ummi yang ditemani penasihat undang-undangnya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz turut membawa semua dokumen-dokumen untuk diserahkan kepada pihak polis supaya dapat membantu siasatan.
“Saya rasa telah sampai masanya saya membersihkan nama saya. Saya dah cukup bersabar selama 13 tahun ditelanjangkan, diaibkan dengan begitu hina walaupun saya telah melakukan mengikut lunas-lunas Islam.”
“Saya memanggil suratkhabar satu ketika dulu dan bersumpah laknat melafazkan Wallahi Wabillahi Watalahi bahawa saya tidak mempunyai apa-apa hubungan atau salah laku seks dengan Baginda yang saya tidak kenali secara peribadi,” katanya dalam nada sebak.
Ditanya pemberita tujuan membuat laporan polis setelah 13 tahun berlalu, Ummi berkata dirinya selama ini sudah cukup bersabar kerana isu ini membabitkan abangnya sendiri.
“Pada ketika Anwar dipenjara saya fikir cukuplah, sebolehnya saya tak mahu heret abang dan (kakak) ipar saya tetapi mereka melampaui batas malah kesabaran saya itu diambil kesempatan untuk memfitnah dan menghina saya.
“Saya bersabar dan fikir mungkin selepas lima atau enam tahun, Azmin akan datang kepada saya dan berkata “Ummi, I am sorry” sudah cukup.
“Saya tidak akan buka mulut lagi selepas itu tetapi sampai hari ini orang masih memfitnah saya sebagai perempuan jalang, pelacur dan tidak bermaruah. Saya inginkan kebenaran supaya yang benar ditegakkan dan yang bersalah itu didakwa dimahkamah.
Telah sampai masanya saya membersihkan nama saya…cukuplah, ini maruah saya yang akan saya bawa sampai akhir hayat saya,” katanya


Saturday 20 August 2011

Lim Kit Siang. Jangan Hina Melayu....

Ahad, 21 Ogos 2011


Lim Kit Siang di dalam blognya mengutuk tindakan Jais melakukan pemeriksaan keatas gereja DUMC dengan menyamakan tindakan Jais, sama seperti kumpulan yahudi gestapo. Apakah Jais bertindak ala samseng dengan menyerang gereja terbabit? Jawapannya tidak, Jais melakukan pemeriksaan dengan protokol yang betul dan beradab.
Malah perbincangan dilakukan selama hampir 1 jam, barulah pihak Jais dibenarkan masuk untuk membuat pemeriksaan. Apakah itu ala samseng?
Sesungguhnya Kit Siang hanya memikirkan sebelah pihak iaitu pihak gereja yang amat di sokong kuat oleh Dap.
Sebenarnya Dap tidak pernah berubah untuk membela Melayu. Kononnya sekarang ni Dap terbuka untuk melayu hanyalah retorik semata-mata. Tujuannya hanya untuk mencari calon melayu dan menjadikan mereka sebagai anjing Dap pada PRU ke 13.
Kit Siang juga turun mempersendakan ketuanan Melayu, ini bermakna babi tua ni tidak suka melihat kebangkitan melayu dan tidak suka melihat melayu bersatu.
Andaikata Melayu di Malaysia bersatu, maka hancur la harapan babi tua ini untuk memulakan perancangannya menjajah semula Malaysia dalam diam.
Ini berbeza dengan Pas yang lebih bersifat peribadi. Pas hanya memikirkan dengan pertolongan Dap, mereka dapat mengalahkan UMNO dalam pilihanraya. Tak kisah berapa harga sehingga mengadaikan agama dan bangsa, Pas tetap dengan pendiriannya yang menyokong Dap laknattulah ini.
Jika Dap berani menyatakan pendirian dan terang-terang membela gereja. Sedan

Ahad, 21 Ogos 2011


PANAS!! LIM KIT SIANG HINA MELAYU??


Lim Kit Siang di dalam blognya mengutuk tindakan Jais melakukan pemeriksaan keatas gereja DUMC dengan menyamakan tindakan Jais, sama seperti kumpulan yahudi gestapo. Apakah Jais bertindak ala samseng dengan menyerang gereja terbabit? Jawapannya tidak, Jais melakukan pemeriksaan dengan protokol yang betul dan beradab.
Malah perbincangan dilakukan selama hampir 1 jam, barulah pihak Jais dibenarkan masuk untuk membuat pemeriksaan. Apakah itu ala samseng?
Sesungguhnya Kit Siang hanya memikirkan sebelah pihak iaitu pihak gereja yang amat di sokong kuat oleh Dap.
Sebenarnya Dap tidak pernah berubah untuk membela Melayu. Kononnya sekarang ni Dap terbuka untuk melayu hanyalah retorik semata-mata. Tujuannya hanya untuk mencari calon melayu dan menjadikan mereka sebagai anjing Dap pada PRU ke 13.
Kit Siang juga turun mempersendakan ketuanan Melayu, ini bermakna babi tua ni tidak suka melihat kebangkitan melayu dan tidak suka melihat melayu bersatu.
Andaikata Melayu di Malaysia bersatu, maka hancur la harapan babi tua ini untuk memulakan perancangannya menjajah semula Malaysia dalam diam.
Ini berbeza dengan Pas yang lebih bersifat peribadi. Pas hanya memikirkan dengan pertolongan Dap, mereka dapat mengalahkan UMNO dalam pilihanraya. Tak kisah berapa harga sehingga mengadaikan agama dan bangsa, Pas tetap dengan pendiriannya yang menyokong Dap laknattulah ini.
Jika Dap berani menyatakan pendirian dan terang-terang membela gereja. Sedangkan Pas, nak buat kenyataan rasmi pun tak berani, kerana mereka takut kehilangan undi kristian dan juga takut pada Dap.
Biarlah umat Islam Malaysia porak-peranda, asalkan Pas puas hati dengan perjuangan Islam songsangnya itu.
gkan Pas, nak buat kenyataan rasmi pun tak berani, kerana mereka takut kehilangan undi kristian dan juga takut pada Dap.
Biarlah umat Islam Malaysia porak-peranda, asalkan Pas puas hati dengan perjuangan Islam songsangnya itu.

Friday 19 August 2011

UNDI POS. 4 BEKAS TENTERA LENGUH MULUT NAK JAWAB



Kepincangan sistem pilihan raya terus dibangkitkan oleh blog-blog pembangkang dengan mendedahkan empat bekas anggota tentera dengan membuat pengakuan bahawa mereka pernah mengundi bagi pihak anggota lain atas arahan pegawai atasan, semalam.



Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, proses undi pos tentera adalah bersih, telus dan profesional tanpa sebarang campur tangan oleh semua peringkat kepimpinan angkatan bersenjata itu.

Justeru, beliau menyangkal berlakunya penyelewengan undi pos seperti yang didakwa empat bekas anggotanya semalam.

Beliau yakin keempat-empat bekas anggota ATM itu telah dipergunakan pihak tertentu untuk membuat kenyataan sedemikian demi kepentingan politik mereka.

Namun, beliau menyifatkan tindakan bekas anggota ATM itu sebagai satu pengkhianatan kepada kerajaan dan ATM.

"Saya kesal dengan pihak tertentu yang sengaja memanipulasikan bekas anggota ATM itu untuk kepentingan peribadi mereka,” katanya pada sidang media di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Zulkifeli mengulas dakwaan empat bekas anggota ATM itu pada sidang media anjuran PAS semalam bahawa mereka kononnya diarahkan pegawai pemerintah untuk menanda ribuan kertas undi pos.

Beliau menegaskan bahawa sistem undi pos tentera adalah berteraskan kepada prosedur yang diamalkan sejak Pilihan Raya Umum pertama dan selaras dengan prosedur yang dipraktikkan negara-negara demokrasi.

Sumber: POLITIK N9


"PAS SUPPORTER.. apa mat sabu kata

HERO Mat Jenin PAS, Haji Mat Sabu hari ini menyalak di bulan Ramadhan sekali lagi menghina tindakan Kerajaan UMNO mengambil serius gejala Murtad di Malaysia. Malah dia siap bertanya 'Kenapa baru sekarang UMNO ambil berat isu ini?' Eh, ditanya pulak UMNO? Dulu kata UMNO ni lakhanat, perangai macam orang Kafir tidak ambil serius Gejala Murtad. Cerita melambung2 kata gejala murtad ini semakin serius walhal Melayu CinDia ingat lagi yang disahkan murtad seorang saja bernama Aisyah. Itupun kerana berkahwin dengan kekasih beliau beragama Kristian. Seorang, tapi Mat Sabu punya kutuk, dengan Anwar Ibrahim sekali dia balun masa tu. Sekarang, bila Media cuba membongkar gejala murtad, kena hina juga. Sepatutnya kau yang kena jawab Mat Sabu, 'Kenapa PAS tidak meminda Enakmen Syariah mengenai Murtad sepertimana yang dijanjikan Parti kamu 1 ketika dahulu? Sekarang UMNO ambil berat. Sepatutnya PAS hadir membantu sekali. Bukan ikut telunjuk DAP yang secara terang mendesak agar membenarkan Orang Melayu memilih Agama yang mereka hendak anuti. Jangan putar alam lah Mat Sabu. Kamu tu kena tunai janji berkenaan isu Murtad terlebih dahulu. Jangan tanya UMNO. Malah bila Hassan Ali langsung tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan kepada DAP mengenai tindakan beliau. ditampal mulut Hassan Ali dengan plaster. Walhal beliau ada bukti. Kenapa tidak benarkan beliau perjelaskan kepada masyarakat? Siapa takut pada bayang2 mereka sendiri sekarang ni. Toleransi Pakatan konon... "PAS SUPPORTER.. Can't you see it.. ur Party just take what DAP give it to you. But DAP will never take what PAS give to them. Especially when your leader try not really give, just want to explain first about Islamic Policy. DAP will ignore forever and saying it's a bullshit." REMEMBER!

Thursday 18 August 2011

Rantau Melayu Sasaran Kristianisasi, Umat Islam Perlu Berhati-Hati

Rantau Melayu Sasaran Kristianisasi, Umat Islam Perlu Berhati-Hati

Akhbar perkauman ultra kiasu membuat liputan besar-besaran mengenai kempen keadilan untuk mendiang Lim Lian Geok (meninggal 1985), seorang aktivitis yang dianggap sebagai hero kerana memperjuangkan bangsa dan bahasa Cina pada tahun-tahun 1950an dan 1960an. Tujuannya tidak lain, supaya rukun politik mereka bertambah utuh dan kukuh.
Tidak ramai kalangan kita yang mengenali Lian Geok kecuali orang Cina. Elok juga umat Islam negara ini mengenali beliau daripada terlalu obses mengenali artis. Sekurang-kurangnya dengan mengenali ultra kiasu akan menjadikan kita lebih peka dan sensitif dalam menjaga maruah agama, bangsa dan negara.
Lian Geok adalah bekas guru Sekolah Cina Confucian sejak 1935 hingga 1961. Kewujudan sekolah tersebut hingga ke hari ini adalah hasil usaha beliau, terutama apabila sekolah tersebut rosak teruk akibat peperangan pada tahun 1945. Maka tidak hairanlah jika Lian Geok diangkat memimpin Persatuan Guru-Guru Cina Kuala Lumpur. Beliau juga adalah pengasas kepada Persekutuan Persatuan-Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia atau Jiao Zong dan Dong Jiao Zong.
Kewarganegaraan dan tauliah mengajar sebagai guru Lian Geok ditarik balik oleh kerajaan pada tahun 1961 disebabkan oleh kelantangannya menentang dasar pelajaran kebangsaan bermula dengan Penyata Barnes hingga Penyata Rahman Talib 1960 dan akta pelajaran 1961. Kesemua akta ini mahu mendaulatkan bahasa Melayu (juga bahasa Inggeris) sebagai bahasa pengantar. Mendiang didakwa sengaja memutar-belitkan dasar pendidikan negara dan menghasut rakyat benci kepada Yang DiPertuan Agong serta Kerajaan Persekutuan sehingga mengakibatkan permusuhan antara kaum.
Tindakan tepat kerajaan ketika itu mendapat tentangan dan kritikan yang hebat daripada ultra kiasu. Kerajaan dituduh mempunyai niat jahat untuk melenyapkan pengaruh dan suara Lian Geok. Hari ini, ultra kiasu mahukan segala ‘fitnah’ terhadap mendiang Lian Geok mesti ditarik balik selepas 50 tahun merdeka. Nama Lian Geok mesti dibersihkan. Lantaran, tekanan demi tekanan diberikan kepada kerajaan supaya mengiktiraf ‘perjuangan’ beliau. Ultra kiasu berpendirian, perjuangan mendiang Lian Geok tidak salah dan dibenarkan oleh perlembagaan atas hak kebebasan bersuara.
Pada hemat saya, hak dan kebebasan bersuara perlu ada batas-batasnya. Adakah wajar kata-kata ini dihemburkan dalam sebuah negara berasaskan kenegaraan Melayu: “orang Cina mesti menghantar anak mereka ke sekolah Cina. Sekolah Cina adalah ibarat nyawa dan roh. Jika orang Cina mahu memastikan mereka tetap Cina, tidak ada cara lain melainkan bersekolah Cina. Ini amat penting bagi mengekalkan identiti Cina, sayangkan bangsa Cina, budaya Cina, bahasa Cina, bangga menjadi Cina, dan lebih penting lagi tahu asal usul atau akar Cina”.
Saya tidak pernah mendengar kata-kata seumpama ini diungkap oleh bangsa minoriti yang tinggal di mana-mana negara yang dihijrahinya. Jika kata-kata ini diungkapkan di Thailand dan Indonesia, sudah lama mereka dihumban dalam penjara.
Tetapi kerajaan Malaya ketika itu begitu berlembut. Di sinilah berhikmahnya kita dalam menangani isu-isu antara kaum. Saya yakin, kerana Islamlah yang melembutkan hati Melayu untuk terus bertoleransi. Lian Geok juga masih diberikan kebenaran tinggal di sini sehingga ke akhir hayatnya walaupun tidak lagi menjadi warganegara.
Bandingkan di Indonesia, apabila Suharto mengambilalih kuasa dari Sukarno, beliau memberi pilihan kepada orang Cina sama ada balik semula ke negeri asal atau mengasimilasikan diri menjadi orang Indonesia. Majoriti orang Cina memilih untuk tinggal di Indonesia. Ini kerana, sudah menjadi dasar negara China ketika itu sudah tidak mahu lagi menerima mereka yang telah berhijrah. Kepulangannya ke tempat kelahiran akan menjadikan mereka lebih menderita.
Perkara yang sama berlaku di Malaya. Justeru, berterima kasihlah kepada kerajaan, kerana begitu berlembut membenarkan bukan warganegara tinggal di sini dan mengekalkan cara hidup tanpa diasimilasikan. Malangnya, ultra kiasu langsung tidak bersyukur di atas kemurahan hati kerajaan, malah beliau terus didendangkan sebagai wira kerana ‘setianya’ terhadap negara ini.
Beliau disanjung, dipuji dan dijulang serta diangkat tarafnya sebagai sebagai seorang patriot. Sedangkan kita tahu makna patriot adalah mereka yang sanggup berjuang mempertahan tanahair meskipun nyawa adalah gadaian. Kata-kata keramat beliau ini telah menjadi rukun politik orang Cina yang langsung tidak boleh disentuh. Jika disentuh, mereka akan mengugutkan untuk mengundi pembangkang.
Malah ultra kiasu terus menerus tanpa berputus asa mencari sebanyak mana hujah untuk memartabatkan perjuangan Lian Geok. Kenyataan Lian Geok dalam akhbar Utusan Melayu pada tahun 1956 sempena Hari Raya Aidilfitri dijadikan hujah untuk menonjolkan kehebatan beliau. Antara lain mahukan agar rakyat Malaysia dapat mendukung gagasan “Hidup Berbilang, Makmur Bersama” dengan melayani semua kaum sebagai anggota sekeluarga. Lian Geok juga dikatakan turut memberikan sumbangan besar kerana mencadangkan agar buku teks yang berkiblatkan negara China ditukar kepada orientasi Malaya sebagai rujukan sekolah vernakular. Perkara ini penting untuk melahirkan generasi muda yang setia terhadap negara ini. Dikatakan juga Lian Geok merupakan pemimpin pertama yang menyeru masyarakat Cina bersetia dan menjadikan Malaya sebagai tanahair dan memohon kewarganegaraan. Jika benarlah perjuangan beliau, sepatutnya perjuangan ultra kiasu menjadi semakin berkurang, tetapi kenapa ultra kiasu tidak pernah puas?
Sebagai mengenang dan menghargai ‘jasa beliau yang begitu hebat’ maka Pusat Pembangunan dan Kebudayaan Lim Lian Geok (PPKLLG) telah ditubuhkan. Saya tidak pasti pusat ini berdaftar secara sah atau tidak, tetapi alangkah malangnya sesebuah pertubuhan diluluskan tanpa dikaji dahulu sejarah, latar belakang dan tujuan penubuhan. Ternyata, pertubuhan ini adalah pertubuhan perkauman yang disokong oleh majoriti NGO Cina yang ada. Ringkasnya, pertubuhan seperti ini akan terus menambah tidak berkurang.
Isu yang dibawa oleh PPKLLG sama sekali tidak banyak berbeza dengan isu yang dibawa oleh 106 NGO Cina di Melaka di bawah naungan Dong Lian (suqiu) ketika penamaan calon DUN Merlimau, 26 Februari 2011 lalu. Suara mereka senada, sehati sejiwa. Mereka mengemukakan tuntutan yang sama iaitu kembalikan taraf warganegara Lian Geok, mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dan berikan layanan sama rata kepada sekolah vernakular. Sebarang bentuk diskriminasi hendaklah dihentikan segera. Tidak cukup dengan itu, sambutan secara besar-besaran sempena memperingati perjuangan beliau diadakan setiap tahun. Kerajaan tidak pernah menghalang, kerana jika dihalang, undi akan lari. Saya amat memuji ‘semangat’ dan keberanian yang ada dalam perjuangan mereka, alangkah baik jika umat Islam mempunyai semangat sedemikian, yang tidak pernah luntur.
Jika dihayati ‘perjuangan’ Lian Geok, sepatutnya ia akan dapat menurunkan semangat ultra kiasu kumpulan ini. Tetapi bermula tahun 2008 hingga ke hari ini, menunjukkan sebaliknya. Mereka sibuk memperbesarkan isu pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar lepasan SPM tahun lalu. Mereka menuduh JPA yang bukan-bukan tanpa memberi peluang kepada JPA untuk membela diri. JPA bukan mudah untuk mengeluarkan kenyataan kerana tertakluk kepada ‘boss’ atau menteri yang bertangunggjawab.
Lebih malang lagi pemimpin-pemimpin ultra kiasu dalam komponen Barisan Nasional turut mengecam JPA. Mereka ibarat api dalam sekam dan duri dalam daging. Berkali-kali saya telah nyatakan inilah strategi paling licik, bersatu dalam senyap. Tekanan demi tekanan dan desakan begitu agresif dibuat.
Ultra kiasu mendesak supaya Talent Corp mengambilalih urusan ini daripada JPA. Pada mereka, JPA tidak telus, hanya mementingkan pelajar Melayu sahaja. Formula yang ada tidak mahu diterima pakai. Andai kata Talent Corp diberikan mandat untuk menguruskan hal ini, saya yakin Talent Corp akan menjadi mangsa seterusnya, jika keputusan yang dibuat tidak menyebelahi ultra kiasu. Pendek kata, apa yang cuba dilakukan kerajaan semua tidak betul. Mereka sahaja yang betul.
Cemerlang tidak hanya boleh dinilai dengan mendapat A+ sahaja. Saya fikir banyak faktor lain yang perlu diambil kira terutama aspek kecerdasan emosi (EQ). Apa guna mendapat A+ jika matlamatnya untuk mendapat biasiswa sahaja. Setelah tamat pengajian, bayang entah ke mana. Mereka tidak terasa terhutang budi. Tidak mahu menabur bakti di bumi sendiri. Malah ada sanggup mengkhianati dan belot.
Justeru, definisi pelajar cemerlang perlu penjenamaan semula, supaya tidak disalahertikan. Bagi memenuhi tuntutan ini, JPA telah mengadakan temuduga kepada semua pelajar-pelajar terlibat. Ultra kiasu begitu menentang tindakan JPA. Ultra kiasu sudah dapat menjangkakan jika temuduga dibuat, pelajar bukan Melayu agak sukar untuk menandingi pelajar Melayu, terutama dari aspek keupayaan berbahasa walaupun mungkin mereka mendapat A+ dalam subjek bahasa Melayu.
Terkini, sempena sambutan ulang tahun ke-120 Sekolah Methodist Lelaki Pulau Pinang, pihak gereja Methodist mahu membina lebih sekolah swasta, sebagai altenatif kepada penurunan standard akademik di sekolah-sekolah kebangsaan. Menurut biskop Dr Hwa Yung, misi Gereja Methodist ialah membina rangkaian sekolah swasta agar golongan muda Malaysia akan menikmati pendidikan terbaik. Kenyataan ini jelas-jelas menghina sistem pendidikan kebangsaan. Jika pendidikan kebangsaan tidak ada standard, kenapa saban tahun pelajar-pelajar kita diterima belajar di luar negara? Kenapa ultra kiasu begitu lantang mahukan biasiswa JPA diberikan kepada mereka? Tidakkah semua mereka produk daripada sekolah kebangsaan?
Alasan simplisitik gereja Methodist dengan merujuk kejayaan dengan kerjasama mazhab Kristian yang lain terlibat dalam bidang pendidikan sejak 1800-an apabila British datang ke negara ini. Gereja Methodist mempunyai 26 sekolah menengah dan 42 sekolah rendah yang mendapat bantuan kerajaan, enam sekolah swasta dan sebuah kolej persendirian. Gereja Methodist kesal kerana kebanyakan sekolah mubaligh kini berada di bawah kawalan kerajaan dan beroperasi atas dasar-dasar yang tidak “simpati” kepada sekolah-sekolah jenis itu.
Kini, gereja Methodist bergerak aktif dengan memulakan sekolah bagi penduduk di kawasan luar bandar yang tiada akses kepada sekolah-sekolah kerajaan. Selepas itu, menurut Gereja Methodist, mereka mahukan Methodist College ditubuhkan bagi mencapai taraf kolej universiti pada masa akan datang. Saya yakin mereka akan menggunakan peluang-peluang ini sepenuhnya di negeri-negeri yang ditadbir oleh ultra kiasu, terutama Pulau Pinang.
Kerajaan perlu sedar akan strategik ini. Matlamat mereka hanya satu, untuk menyebarkan ajaran Kristian di negara ini. Saya amat mengharapkan kerajaan tidak akan tunduk atau melulus sekolah dan kolej missionari ini. Mereka mempunyai perancangan yang licik untuk merealisasikan cita-cita mereka, menjadi rantau Melayu ini sebagai sasaran Kristian setelah mereka gagal di Barat.
Saya cadangkan pihak gereja bawa idea sekolah ini untuk dibina di negara China. Adakah kerajan China akan terima? Janganlah terlalu mengutuk negara sendiri, untuk memenuhi tuntutan dan strategi Kristianisasi. Kita semua tahu perancangan licik dan jahat pihak gereja. Umat Islam tidak banyak bercakap atas menghormati kebebasan beragama. Tetapi jangan terlalu berani mencabar. Sistem sebegini tidak pernah wujud di negara lain. Saya amat pelik, kenapa kita sanggup korbankan kepentingan nasional semata-mata untuk meraikan orang lain? Bertindaklah sebelum terlambat.
Tidak ramai yang mengetahui setakat ini layanan kerajaan terhadap sekolah vernakular sudah hampir sama sekolah kebangsaan. Semua gaji guru-guru di sekolah vernakular dibayar oleh kerajaan. Cuma sebahagian bangunan dan tanah kepunyaan mereka. Kerajaan ingin memberikan layanan yang sama dengan syarat kembali bangunan dan tanah kepada kerajaan untu ditadbir secara profesional, tetapi sampai matipun mereka tidak akan serahkan. Justeru, adakah adil kita meminta layanan sama rata dan sama rasa, tetapi kita langsung tidak boleh disentuh. Keadaan yang sama akan berlaku kepada sekolah Methodist ini. Kita tidak boleh berlembut lagi, kerana kepala kita sudah di pijak. Sudah sampai masanya kita bertegas untuk menjaga maruah agama, bangsa dan negara. Jadikanlah ‘perjuangan’ Lim Lian Geok sebagai iktibar. Apakah kita masih buta?
Wahai pemimpin Islam! Bangunlah. Bukti sudah berada di depan mata. Golongan ini sanggup meletakkan DNA babi dalam produk pembuatan kek yang rata-rata dilanggani oleh umat Islam. Tidak perlu saya namakan kedai kek tersebut. Ini baharu satu kedai dan satu produk, banyak lagi kedai dan produk lain seumpama ini. Rujuklah Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Saya amat pelik kenapa umat Islam begitu obses untuk makan dikedai-kedai kek yang dipunyai oleh bukan Islam. Orang melayu diperalatkan untuk menjadi pekerja-pekerja di sana sebagai daya tarikan HALAL. Wal hal bahan-bahan yang digunakan adalah haram. Semua tindakan ini sengaja dibuat untuk merosakkan ‘hati’ umat Islam. Tidakkah kita tahu bahawa bahawa mereka sentiasa mahu menggelap hati kita agar perjuangan jihad menjadi luntur?

Others Blog Archive